Cuaca: Redup
Just nak share sedikit apa yang aku duk baca time lunch tadik;
Bacaan lanjut, anda boleh dapatkan buku Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang bertajuk "Jangan Main-Main" di pasaran.
p/s: 'Sori naik lori' pulakk...
Just nak share sedikit apa yang aku duk baca time lunch tadik;
Tanamkan sendiri di hati bahawa, aku bagus, itu lebih baik daripada kita kata, aku tak bagus. Mengatakan aku bagus akan terus memacu kita pada kebagusan, mengatakan aku tak bagus akan terus memacu kita ke belakang pada kemunduran.
Ini bukan mengajar orang supaya riak, takbur, sombong, tapi inilah dia motivasi, iaitu oercaya diri, yakin diri, hormat dan hargai diri.
Kata-kata belum diucap adalah hak milik kita, tapi kata-kata telah diucap adalah milik orang lain.
Maka itu, jagalah lidah, awasilah bibir. Kata-kata yang melukakan kekal dalam ingatan orang sampai bila-bila. Majoriti manusia sensitif dengan perkataan, perasa dengan ayat. Majoriti manusia tak dapat terima kata-kata yang menghina, mengata, mengumpat, mengherdik, memarah. Semua kata-kata ini akan kekal dalam ingatan seseorang hingga dia mati. Maka, itu awasi lidah, awasi bibir, sebab kata-kata yang telah dilepaskan dan telah pun sampai ke telinga seseorang akan kekal dalam ingatan orang itu sampai bila-bila. Biarpun dibasuh dengan kemaafan, kadang-kadang ia tetap berbekas.
Bacaan lanjut, anda boleh dapatkan buku Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang bertajuk "Jangan Main-Main" di pasaran.
p/s: 'Sori naik lori' pulakk...
No comments:
Post a Comment