23 February 2009

Incik, Bagi Gula Sekilo!


Sedang syiok membaca paper semalam, terpandang satu berita yang cukup menyayat hati. Kecik jerk berita tuh. Tapi diletakkan diruangan atas sekali. Apa lagi kalu bukan pasal kes pelajar yang mati dibelasah gara² dek seorang perempuan. Korang boleh baca paper online kalu terlepas cerita pasal nih.

Dasyat kan penangan seorang wanita? Tapi kes² macam ni dah jadik macam satu trend. Kalau dah berebut perempuan tuh, penyelesaiannya mati kena belasah jerk. Macam yang berlaku kat Muar dulu. Semuanya gara-gara seorang wanita. Opsss...bukan nak salahkan wanita okeh! Ni sekadar pemandangan dan renungan bersama. No Offence :)

Kadang-kadang saya pelik tengok sikap sesetengah lelaki sekarang. Kenapa perlu berfikiran pendek? Kita dianugerahkan dengan 9 akal untuk berfikiran waras sebelum mengambil sesuatu tindakan. Jangan la cepat melatah bro. Dan kalu korang yang cepat sangat melatah, itu la akibatnya...kita dalam negara yang mempunyai undang². Kalau tak puas hati sangat, see u in court la! Ko bunuh orang, ko pun bakal kena 'bunuh' dek tali gantung. Nasib baik kita duk Malaysia, kalu duk negara lain sana, mau kena pancung terus!

Yang paling kasihan pulak bila jenayah macam ni dilakukan oleh pelajar sekolah. Apala nasib ko jang oii. Sekolah ntah kemana, ilmu ntah kemana. Orang lain duk sibuk ilmu dan kesenangan, ekau pulak duk bergaduh berebut perempuan! Owh, memang satu alasan yang tipikal dan tidak boleh diterima dek akal.

Kalu orang dah taknak tu, carila yang lain. Fakta menunjukkan perempuan lagi ramai kat Malaysia ni. Tak perlu nak risau.

Moral of the story, berfikirlah panjang sebelum membuat sesuatu keputusan. Kadang-kadang kita ni malas nak pikir panjang. Bila jadi macam ni kita tak dapat nak forsee apa kesan tindakan kita tuh. Tuhan anugerahkan akal dan fikiran pada kita untuk berfikir. Jangan la cepat sangat buat tindakan bodoh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan keluarga kita sendiri!

p/s: Lu pikirlah sendiri!

1 comment:

wiseman1stopcentre said...

tu ar...pasal pompuan jadi mcm ni..!sebenarnye xde kefahaman ilmu...! ader akal je 9..tp x tau guna..wat pe!..haiwan pun ader akal gak...erm..erm ader ke?...hehhe
masing2 nak tunjukkan samseng..!ntah la...sama2 renung la...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin