06 May 2008

Bila aku menulis...

Salam Ceria!

Percaya pada zodiac atau ramalan horoskop?

Bila dah duduk umah baru ni barula aku ada peluang nak baca buku-buku yang telah aku beli bulan lepas kat book fair masa kat pwtc dulu. Aku beli 3 buku. Semuanya keluaran Alaf 21 atau lebih tepat lagi buku karya Dr. HM Tuah. Kenal tak korang akan beliau ni? Laaa…tak kenal? Bukan Hang Tuah tau tapi HM Tuah. Seorang pakar motivasi dengan formula 3E beliau. 3E apa? Nak tau kena baca buku beliau ni hehehe

Camana aku boleh tertarik pada buku beliau ni?

Pendek je citernya…aku memang dah terdedah dengan buku-buku beliau ni masa aku sekolah lagi. Tapi yang kelakarnya bila start join program sebagai fasi part time kat muar dulu baru aku beli buku beliau! Buku pertama aku beli ialah ‘Nak ke tak nak’. Tajuk yang simple tapi banyak pengisian. Lepas abis baca buku tu terus beli lagi 2 buku beliau, ‘Jangan tidak-tidak’ dengan ‘Membina Imiginasi Gemilang’. Masa kat book fair haritu terus beli lagi buku beliau; ‘Buat sampai jadi’ (baru baca separuh), ‘Membina Jati Diri Gemilang’ dengan ‘Jangan Tidak-Tidak' (beli lagi sebab masa tu dia jual pakej 3 buku).

Sangat menarik untuk memotivasikan diri sendiri! Tak percaya? Cubala baca. Bukan mahal pun. Sekadar promosi je

Ok..bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya. Hanya selingan sahaja. Berkongsi ilmu dengan korang semua. Sebagai manusia biasa kita kena mencari ilmu. Kita kena ibaratkan diri kita macam segelas gelas yang kosong. Bayangkan jela. Kalu kita isi air banyak-banyak mesti gelas tu akan penuh kan? macam tu la mencari ilmu. Penuhkan diri dengan ilmu yang berguna. Bukan tarak guna punya ilmu. Bila dah ada ilmu tu, kenala share-share dengan kawan-kawan lain gak. Jangan kedekut ilmu.

Dalam buku ‘Buat Sampai Jadi, Dr. HM Tuah ada memberi sedikit rahsia potensi diri mengikut bulan kelahiran anda. Jangan tak tau, setiap antara kita ni ada kelebihan dan ada kekurangan. Kadang-kadang kita tak sedar pun kita ada kelebihan itu atau ini. Kenapa? Sebab kita tak pernah explore diri kita sendiri. Kita hanya berserah pada takdir. Korang jangan silap, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri mengubah dirinya!”. So bila lagi kita nak berubah? Esok? Lusa? Bulan depan? tahun depan?

Sepatutnya hari-hari kita berubah. Jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini! Kata Dr. Fadilah Kamsah. Bagaimana pula dengan mencapai kejayaan? Semua orang nak berjaya kan? tapi tahukan korang, setaip kejayaan bermula dengan langkah yang pertama! Selagi korang taknak melangkah atau takut melangkah untuk berjaya, selagi tu la kita tidak akan berjaya! Apa? Ulat dalam batu pun boleh hidup? Ok, cuba korang duk dalam batu…boleh hidup? Paling lama 24jam. Lepas 72 jam terus tak hidup! Jangan samakan ulat dalam batu dengan kita manusia di bumi yang nyata ni.

Kalau korang diberikan peluang untuk berjaya korang nak? Sori to say, bodohla sesapa yang tak nak berjaya kan? setiap orang dalam dunia ni nak berjaya. Dan nak berjaya kena dimulakan dengan langkah yang pertama! Amacam? Ada bran?

3 comments:

Anonymous said...

cayalah incik al gojos..
awak nya ayat dah nak ala2 HM Tuah ;)
lepas ni bulih buat buku tuh..
buku apa nak buat? buku lima ka buku lali ka..hehe..
keep it up ;)
saya pembaca dan pengomen setia..ahaks :p
blog2 gak..keja jangan lupa naa...

aL-gOjO said...

Caiyok2!
Tak lama lagi kuarla buku tajuk 'Buat Jangan Tak Buat' hehehe

Anonymous said...

hahaha..buat..jangan tak buat tu merujuk kepada apa ?keh3..
macam tau ja :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin