08 May 2008

BERITA: Mahkamah Syariah Benarkan Mualaf Keluar Islam

Mahkamah Syariah benarkan mualaf keluar Islam
May 8, 08 2:58pm

Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan seorang mualaf - Siti Fatimah Tan Abdullah - keluar daripada Islam.

Hakim Othman Ibrahim berkata mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti Fatimah, seorang tukang masak, keluar dari Islam dan kembali ke agama asalnya Buddha.

Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatihah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Oleh itu, beliau mengarahkansupaya dibatalkan sijil (Siti Fatimah) memeluk Islam.

Siti Fatimah atau Tan Ean Huang, 38, berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.

Katanya, dia memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 tetapi suaminya telah meninggalkannya.

Ekoran itu dia memfailkan permohonan untuk keluar Islam.

Siti gembira

Othman berkata, adalah jelas dari keterangan saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan bahawa Siti Fatimah telah kembali mengamalkan ajaran Buddha walaupun selepas memeluk Islam.

Beliau menegur majlis agama Islam negeri kerana tidak memberi khidmatan nasihat dan menjaga kebajikan para mualaf.

Dalam kes ini, tambahnya, adalah jelas majlis tersebut gagal memenuhi tanggungjawab dan akibatnya adalah apa yang berlaku hari ini.

Siti Fatimah berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah tersebut.

Katanya, dia merasa lega kerana selepas dua tahun lamanya, kesnya telah dapat diselesai untuk membolehkannya meneruskan kehidupannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Sad but true! macam lagu Metallica plak. Tapi itulah hakikatnya!

Atas sebab sikap, kita gagal menjaga kebajikan para mualaf ini. Atas sebab double standard, kita menyebabkan mualaf ini keluar balik dari Islam, atas sebab birokrasi kita 'melepaskan' seorang yang baru memeluk Islam kembali ke agama asalnya. Sayang seribu kali sayang.

Sekali lagi, pandangan dari manusia biasa ini...bukan untuk bersikap prejudis tetapi sekadar perbincangan ilmiah.

Pada pendapat aku insan yang biasa ini, kebarangkalian kecuaian sikap banyak membantu terjadinya perkara ini. Kemungkinan sikap diri itu ada, tapi tipis. Kita bagi contoh macam baby la. Kalu dia baru lahir, sure dia perlukan banyak bimbingan kan? perlu tunjuk ajar, perlu di pimpin sampaila dia boleh berdikari. Takda nye baby tu tetiba boleh terus berjalan atau berlari dengan sendirinya. Semua tu memerlukan tunjuk ajar yang berterusan.

Aku rasa sudah sampai masanya anjakan paradigma minda, sikap dan akal kita lakukan dalam umat Islam kita sendiri. Kita kena ingat, Islam bukan untuk Melayu dan Melayu bukan semestinya Islam. Islam adalah untuk semua umat di dunia! jangan sesekali kita buat perbandingan antara Islam Melayu dan Islam bukan melayu. Dimata Allah swt semua umat itu sama.

Fikir-fikirkan...

4 comments:

Anonymous said...

betul wan..saya sokong, inilah dia impak islam hadhari..konon keislaman sungguh,tp tengok apa dah jadik..betulkan kalo sya silap..yg mana perkara2 mcm ni fardhu kifayah..semua kita umat islam akan menanggung dosa yang sama kerana membiarkan perkara2 mcm nie boleh berlaku..but whatever it is,the role of our leader is very important here aka "Pak Lah" heheh..sbb tu kalo tak bole jadik PM jgn jadik PM..sebar tanggungjawab wooo!! ;P

Anonymous said...

Sayang..Allah dah bagi nur, tapi dia masih memilih kegelapan.

Tak boley salahkan agensi2 berkaitan jugak. Kalau dia peluk Islam dengan ati, dia yang akan cuba carik jalan nak kenal Islam. Jangan salahkan orang lain terhadap semua tindak tanduk kita..apatah lagi dia sndirik pon cakap, dia peluk Islam sebab nak kawen jer...lain la kalo dia dah pegi jab agama islam & dorang tak layan dia, tak bagi dia tunjuk ajar, itu boleh la salahkan jab agama islam...

Apepun, semuanya bergantung pada SIKAP kita sendiri...

aL-gOjO said...

Dalam konteks ni SIKAP diri sendiri memainkan peranan gak. Dia pun nak masuk Islam sebab nak kawin jerk. Langsung takda hati dalam Islam. Husband dia pun satu, orang Islam tapi tak jaga kebajikan wife dia. Kes-kes macam ni memang banyak terjadi...kawin semata-mata sebab personal interest.

Pada aku Pejabat Agama kena selalu buat follow up kalu ada kes perkahwinan macam ni. Bukan apa, kang bila cerai, wife convert balik. Contoh paling senang kita tengok Kes Suffiah jela. Macamana orang islam sendiri boleh jadi macam tu?

Bila ada jadi macam ni, kes siti ni akan jadi precedent bagi kes-kes akan datang! tak takut ke? Mualaf boleh keluar Islam kalau dia tak mengamalkan ajaran Islam...macam tu jer.

Apapun, kita kena sedar diri.

p/s: nak kena ketuk baru sedar kott

Anonymous said...

ermm..faktor "sikap" memang betul..tp kita kena ingat..golongan murtad nie adalah satu penyakit berbahaya dalam masyarakat..even zaman Rasulullah dulu (correct me if i'm wrong) kalo tak silap sesiapa yang murtad hendaklah dinasihat supaya kembali ke jalan benar..kalo berdegil gak, lebih baik dihukum bunuh..fikirkanlah wahai sahabat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin