07 May 2008

Bila aku berbicara….

Salam Ceria!

Korang dah mulakan langkah pertama? Tak pun, apa langkah pertama korang untuk berjaya? Aku yakin, setiap orang ada force sendiri untuk berjaya. Tapi awas…jangan salah melangkah sedara! Kang masuk longkang! Aiyaa!! Penah tengok cerita Ali Baba dengan 40 orang penyamun? Ingat tak masa Marjinah pimpim tangan apek tu sambil dia tutup mata apek tu untuk pergi ke rumah Kassim Baba? Apa lagu dia?... “Apek…jaga depan ada longkang…lompat! Aiya! Lompat! Aiya!”. Sekadar selingan.

Apabila aku diberikan peluang untuk berjaya, aku tanpa berfikir panjang terus melangkah. Sebab aku yakin…ketika aku memulakan langkah pertama aku ni, ramai yang sedia menunjukkan jalan atau tempat yang betul untuk melangkah. Ramai yang sudi memimpin tangan aku untuk memastikan langkah aku tak tersasar. Bukan melangkah secara sembrono, tapi melangkah dengan berhati-hati.

Begitu juga korang. Kalau korang bersedia untuk melangkah, pastikan langkah korang betul. Jangan tersasar atau terbabas sebab nanti masuk longkang ma!

Be positif! Susah tak? Kalu nak ikut keadaan sekeliling kita memang susah kita nak bersikap positif nih. Yela bangun pagi jerk kita dah ada sikap negative. “Ala..malasnya nak datang kerja..” negative la tu. Sudahnya, sampai ofis on time tapi takda mood nak buat keje sebab kita dah set dalam kepala otak kita yang malas nak buat keje. So bermalas-malas jela sepanjang hari…

Sampai ketemu lagi!

2 comments:

aku said...

kalau asyik kena marah memang takkan ada mood :(

Jiran Akuarium Sebelah said...

macam kenal je saper itu 'aku'..hehehe

Kalau masuk longkang pon tak per, kalau tersasar jalan pun tak per, kalau jatuh pon tak per..sebab sume itu akan jadik pelajaran yang berguna untuk kita!!! Anak aku, kalo dah sonot gelak, jalan kedepan tak pandnag depan, nonong jer..tetiba nangis, kepala terhantuk kat pintu..nak marah dia? tak boley...nak marah pintu? lagi tak boley...sudahnyer ayat yang paling bijak akan keluar: "itu pengajaran namanyer...lain kali, kalo jalan, kena pandang depan...fikri tak boley salahkan pintu sebab pintu memang dah ada kat situ..fikri pon tak boley salahkan diri sendiri, sebab fikri tak penah tau lagi yang kalau kita jalan kena pandnag depan, kalu tak, nnt terhantuk di pintu..."

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin