06 May 2008

BERITA: Mahkamah Benar Permohonan Herald

Mahkamah benar permohonan Herald
Soon Li Tsin | May 5, 08 12:46pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan akhbar Herald untuk menyemak semula arahan kerajaan yang melarangnya menggunakan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dari bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas, membaca keputusan tersebut di mahkamah yang penuh sesak hari ini.

herald court case 050508Beliau menolak hujah peguam kanan persekutuan, Azizah Haji Nawawi bahawa pengisytiharan yang dipohon oleh Herald itu sepatutnya didengar dalam saman sivil dan bukannya melalui semakan penghakiman, yang hanya terhad kepada arahan-arahan yang dibuat oleh kementerian berkenaan.

Archbishop Murphy Pakiam, bagi pihak Herald, memohon:

bullet button Kebenaran untuk memohon bahawa arahan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya adalah batal dan tidak sah; dan Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya dan bahawa perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam sahaja.

bullet button Kebenaran untuk membatalkan keputusan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

bullet button Mendapatkan perintah untuk Herald terus menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya sehingga pihak mahkamah membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

herald the catholic weekly online 241207Editor Herald, Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."

Pada 19 Mac lalu, pemohon, Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan semakan penghakiman terhadap menteri dalam negeri dan pihak kerajaan berhubung arahan melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut telah menahan permit Herald, yang diterbitkan setiap minggu, tahun lalu berhubung perkara tersebut, tetapi permitnya diperbaharui tanpa sayarakat selepas mendapat bantahan daripada masyarakat Katholik.


sumber: www.malaysiakini.com
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan nak menjadi api, tapi sekadar pandangan ilmiah dari manusia biasa ini.

First time baca pun memang aku terkejut. Akhirnya permohonan untuk judicial review bagi kes ni telah dibenarkan oleh Mahkamah. Aku masih belum baca penghakiman penuh bagi kes ni tapi pada pendapat aku kes ni akan membawa satu impak dalam masyarakat islam khususnya. Kenapa? sebagai seorang yang waras dan berilmu, mengapa kita mahu bermain dengan api sedangkan kita tahu api boleh membakar?

Begitu juga dengan permohonan yang telah dibuat oleh pihak terbabit. Mengapa mereka mahu menggunakan perkataan 'Allah' dalam bahan pernerbitan mereka? bukannye diorang tak tau bahawa perkataan 'Allah' amat sensitif pada orang islam. Allah bermaksud Tuhan yang Esa. Kalu perkataan ini digunakan dalam agama mereka, adakah perkataan ini membawa maksud yang sama?

Mengapa tidak menggunakan sahaja perkataan 'tuhan' yang lebih sesuai dengan agama mereka? atau mencipta satu perkataan baru? Ini juga merupakan satu cadangan dari PKIPM.

Semoga umat Islam Malaysia khususnya mengambil iktibar akan perkara ini dan bukan sekadar "ala, dah keputusan mahkamah macam tu, nak buat camana.."

Kita fikirkan...

4 comments:

RafflesiaRimba said...

Aku masih ingat. Ari tu ko cakap, blog aku berat sgt la...sume isu2 yang kena guna otak, yang aku tulis kat blog. Tapi aku tgk, blog ko skang ni lagi berat dari blog aku. tapi tak per, bukan aku marah pon, malah aku suka baca, sbb byk benda yg kita akan fikir bila baca isu2 yg ditulis. Blog aku skang dah tak berat dah...kan? huhuhu...

aL-gOjO said...

hehehe
baru aku teringat aku penah cakap camtu. yela...sebab blog ko penuh dengan nutrien-nutrien sama vitamin-vitamin kesihatan. tu yang aku tgk macam berat tuh. aku pun sja jer masukkan isu berat-berat dalam blog aku supaya kita sume fikirkan hehehe

Jiran akuarium sebelah said...

Apo sajo lah al-gojo... nnt ko ada anak nnt, baru ko tau betapa pentingnyer vitamin & nutrien2 tuh sume..hehehe. Tak caya, tanya pembaca setia blog ko tue...hehehe. untuk penulis bolog nih & pembaca setia blog nih, bila nak bagi makan nasik minyak free nih? takkan nak aku prgnant lagi skali, baru nak jamu nasik minyak nih...

ernieasyura said...

hahahaahaha..itu kena tanya penulis setia blog la :p
hari2 dia buat blog tak ingat nak kawen..kuh3 :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin