30 September 2011

Hello Mariaa!


Oh no! Oh no! I bukan artis Mariaaaa, sampai apa i pakai, i makan, i beli, i itu i ini, u nak kecoh-kecoh! I rakyat biasa je Mariaaa. Tu pun u nak bagitau semua orang. Sampai i jalan sume orang nak tengok i. I bukan apa Maria, i tak suke glamer-glamer ni. Terutama bila i glamer sorang-sorang. Tak suke tau. Kalu nak glamer, baik kita berdua yang glamer Mariaa. Macam tu baru la orang lain pun pandang kat u. Takdala orang asyik pandang kat i sampai orang tak nampak u. Ciann kat u, jalan kehulu-hilir, pakai letop-letop pun orang masih tak nampak. Ke u nak i kepoh-kepoh pasal u plak? Awww, pliss la Maria, i tak kuasa nak gile-glamer kan u. U nak glamer, u glamer sorang-sorang suda. Biarla i dengan idup i ni. Btw Maria, beapa elaun yang u dapat untuk bawa kisah i tu? Ribu-ribu? Jota-jota? Wattt? U tak dapat apa-apa? OMG! U bazirkan air liur sama kredit sms u jela Maria. Dahla Maria, i penat. Tadi baru sign otograp kat sapa ntah. Seronok gak idup glamer ni. Ingat nak kena masuk AF baru bole glamer. Daaa~~

muackkk!
-jijah-

Ok  saya no komen. Hanya menyampaikan apa yang diceritakan oleh teman kepada saya. Renung-renungkan ... dan selamat beramal :D



Photobucket

29 September 2011

Kabare? Waras?


Sejak dua menjak nih cuaca sangat tidak menentu. Dengan hujan tidak dijangka-jangka di sebelah petang. Abis basah baju anak makcik kat umah tu. Eh itu jiran saya cakap la. Saya cume tulis untuk buat intro jerk hehe.

Sekali lagi faktor ujan bukanlah alasan saya untuk tidak mengupdate blog ini. Blog ini masih bernafas .. cume sesekali bernafas dalam lumpur heheh..

Sikit jerk update, sebab dalam plan untuk mengemakini blog ini :)

Nanti kita ketemu lagi yerrkk :D

Photobucket

05 August 2011

Edisi Bulan Pose

Berubah dan merubah?

Orang kata nak berubah perlukan keberanian. Sebab selagi kita tak berani nak berubah, selagi tu lah kita masih di takuk lama. Nak berubah kena ada keyakinan. Sebab kalu tak yakin, nak melompat antara parit pun belum tentu lepas. Silap-silap masuk parit der. Apapun pada saya, berubah perlu kalu kita rasa ia merupakan jalan yang terbaik untuk kita. Berubahlah berdikit-dikit kalu tidak boleh berubah sekali gus :) Jangan terperanjat bila anda berubah, pasti ramai yang akan menyokong anda nanti :)

Gelak Tergolek

Saya baru sahaja di beri pinjam oleh seorang rakan sebuah novel melayu. Haishh..novel melayu ni saya kureng skit nak baca. Tengok pun dah rasa nak pitam. Yela tulisan kecik-kecik lepas tu tebal giler! Tapi bila dia bagi novel ni, hati saya tergerak pulak untuk baca. Owh, bukan novel cintan cintun yang bisa membuatkan saya lemas di awan-awangan yer hehe tapi sebuah novel santai bertajuk 'Gelak Tergolek' Gelak tak? Heheh. Baru baca tajuk sahaja saya suda tersenyum. Semalam sempat baca sampai bab 3 dah gelak bagai nak rak hahaha. Serius menarik. Memang ubat bagi orang yang tengah tension. Mana nak cari? Kedai buku la kan, takkan kedai gunting rambut :p


Photobucket

21 July 2011

Edisi Julai

Dan Ramadhan Datang Lagi ...


Diam tak diam dah nak masuk bulan pose kan? Harini pun dah penghujung Julai. Bermakna lebih kurang salam seminggu lagi kita akan berpose. Cik kak yang tinggal pose dah abis ganti? Cik abang? Ehh? Cik abang pun ada yang 'tuang' pose gak ke? Aiyakkk! Tak seswai tu. Kalu kanak-kanak belum akil baliq bole diterima la. Ni kalu dah jadik bapak budak tapi pose cume 28 hari dari 30 hari huh, memalukan! Errr jangan marah bang, saya tak sindir pun, saya kutuk jek hehe

Apapun, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas kan kawan-kawan? Kalu dulu kita berbuke beli makanan macam nak makan seminggu, kali ni kita beli lah berpada-pada. Ikut rasional setakat mana kita bole makan, bukan ikut nafsu serakah semata-mata. Tu yang penuh meja sampai nak letak air pun tak muat tu. 

Bagi smokers, henti-hentikan lah aktiviti tak sihat korang sume tu dalam sebulan ni. Tak lama, sebulan jek kan. Lepas tu kalu nak isap, isap la 10 batang sekali pun takpe :D tips pada wife ata makwe yang laki dia merokok...tak payah beli lauk banyak-banyak. Cukuplah untuk kita je sorang. Sebab apa? Sebab dia bukan makan pun. Dia lebih utamakan rokok dia. Celup jerk rokok tu dalam air sejuk letak straw suruh dia minum. Nyamannnn haha.

Takmo cakap banyak, selamat menempuhi ramadhan. selamat menjaga pose, selamat berbelanja berbuke pose, selamat jaga kesihatan dan macam-macam selamat lagi lah :) Semoga kita dapat berjumpe lagi dalam ramadhan yang akan datang :)


 Photobucket

09 May 2011

Edisi Hari Lahir

Ada Apa Dengan Angka?

Salam uols! Blog dah berhabuk dahhh. Tima kasih pada korang yang rajin jenguk. At least hilang gak la sarang lelabah yang banyak kat tepi-tepi tu ;)

Macam biasa, alasan tipikal saya ialah tiada masa untuk mengupdatekan diri dalam blog. Ditambah dengan kepesatan teknologi khususnya FB, lebih tertumpu pada FB plak. Padahal FB pun sekadar main game jerkk. Sapa nak add tu silalah. Tapi pastikan anda bersedia untuk menerima update Mafia Wars saya hari-hari! Hahaha

Saya masih ingat lagi, waktu saya sambuk hari lahir saya yang ke-30 (fuhhhh suda 3 series tuuu), saya sedang berkhusus. Huuuu terharu sebab ada kawan-kawan duk nyanyikan lagu untuk saya masa tu. Tima kasih la. Memori terindah ketika berkhusus tu ;)

Tup-tup esok suda masuk ke angka 31! Haha gosok lah mata tu berkali-kali. Angka tetap bergerak. Tahun tetap berganti. Kalu di ingat-ingat dan di berangan-angan, memang banyak kenangan yang saya lalui. Pahit, sedih, gembira, ceria, semua ada. Maklumlah, bila umo dah meningkat, pengalaman juga bertambah, ye tak? Semoga pengalaman yang ada ini akan mengajar saya tentang erti kehidupan.

Alhamdulillah, apapun saya tetap bersyukur ke hadrat ILAHI atas kesihatan yang telah di berikan kepada saya selama ini. Juga segala rezki dan sebagainya lah yang telah di berikan dan dipinjamkan kepada saya. Syukur yang teramat ...

Saya tak nak tulis panjang-panjang, saya cume nak ucapkan selamat hari lahir buat diri saya sendiri esok, 10 Mei dan buat semua kawan-kawan yang mempunyai tarikh lahir yang sama pada hari esok. 

Selamat hari lahir!
Photobucket 

p/s: beli cake tanpa lilin hehe

01 April 2011

Edisi April Fool

Plis Teacher May I Go Out?

Pada mulanya blur-blur juga bila di minta hadir ke satu program "English For Effective Communication" tadi. Saya bayangkan ianya macam satu kusus pendek tentang cara-cara bercakap ke, betulkan grammar ke apa ke, sekali rupanya marketing untuk satu syarikat ni mencari pelajar-pelajar baru dalam mendalami bahasa inggeris. Marketing yang menarik :) Kire enjoy juga la. Dapatlah mencukupkan jumlah kehadiran bekursus saya yang masih kurang beberapa hari nih heheh. Berminat? Boleh tengok info ini:

The English Masters
03-7803 9425


Antara Darjat

Kelakar bila kita kalu nak berkawan kena melihat pangkat dan gred seseorang. Tapi itulah realiti. Seorang kerani di katakan bersalah sekiranya mempunyai seorang kawan berpangkat besar dalam sesebuah organisasi. Begitu juga apabila seseorang kerani itu di nilai dari apa yang dia pakai dan ada. Kiranya kalu dia pakai kereta import sikit, orang mula meraguinya. Kalu dia pakai henpon mahal sikit, orang akan mempertikaikannya. Aneh, tapi benar. Pada saya tak kisahla awak kerja apa pun. Selagi awak mampu nak beli sesuatu yang di luar linkungan gaji awak, itu terpulang pada awak. Sebab awak mampu. Yang orang lain nak dengki-dengki tu kenapa? Ntah-ntah dia dah buat saving setahun lamanya untuk menda tu ke, menang peraduan powe root ke, apa ke, ada korang tau? Haiya, kalu korang mau, korang pun boleh lorr. Tepuk dada tanya selera :)


Photobucket

07 February 2011

Edisi Senin

Berjuta Kawan Seribu Sahabat

Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat danmembina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak di  panggil sahabat.

Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana kemari; ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya kita tak rebah. Tanpa pebgetahuan kita, dia sanggup betulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.

Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah di timpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.

Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan.

Perenggan ini saya petik dari buku "Membina Personaliti Terbilang" oleh Dr. HM Tuah Iskandar :)



Photobucket

27 January 2011

Edisi Kemalasan Melanda

Flu..flu..fluu away..

Ada dua menda yang saya tak berapa suka bila saya tak sigat. Pertamanya selsesa dan keduanya sakit tekak. Kalu selsema nih dengan 'srotttt sroott' nye, dengan tisu nye, dengan idung merahnye dan macam-macam la. Kang nakjalan pun kena kepala tegak. Sebab kalu kepala tunduk, hingus pun kuar gak hahaha. Macam kanak-kanak pulak kan :p Sakit tekak pun sama sebab bila sakit tekak nikmat makan itu suda tiada. Rasa nak makan macam-macam tapi sume rasa tawar. Dan biasanya kalu kita gagal jaga kesihatan, maka lengkaplah pakej untuk kita demam! Apa obatnya? Minumlah AIR MASAK banyak-banyak. Ni bukan saya kata, tapi doktor kata. Eh, saya juga doktor apa? Hehehe

Di Ganggu atau Pengganggu?

Tahukah anda, gangguan seksual buleh datang dalam berbagai-bagai bentuk? Dan tidak mustahil juga, lelaki turut kena dengan gangguan seksual ini! Bukan auta, tapi fakta. Ini lah yang saya dengar ketika ceramah keselamatan persekitaran tempoh hari. Laki pun kena kan? Haii, sapa la yang nak buat gangguan seksual tu. Kalu laki gak yang buat, mak karate dia cukup². Watchaaa²! Tak kose nyahh!

Gossip...gossip...gossipp...

Hey u! U la. Haaa, kamu la tu. Amboiii, seronok bersoseh-soseh nampak? Gossip ke bang? Ehhh, jangan tak tau, lelaki juga kadang-kadang gile bergossip! Awww, mak suke la nyah :) Cuma lelaki ni kalu bergossip ikut masa dan keadaan. Dia akan pandang jerkk dulu persekitaran dia. Dah puas pandang baru la dia simpan dalam hati. Nanti bila ada sahabat, baru la dia cerita. Itu pun cerita gitu² jerk. Cume kalu sahabat tadik tiba-tiba menyebut hal dan perkara yang sama, baru dia tadi akan membuka cerita apa yang telah dia simpan. Topik feveret? Tentulah perempuan yang dia nampak, kereta, bola, artis, isu semasa, sampailah ke isu besar dunia! Dasat kan kalu lelaki bergossip? Menda remeh temah macam baju, kasut, jam, etc sangat jarang di gossipkan :) So lelaki, berpada-padalah bergossip yer :)

p/s: hasil gabungan beberapa post yang tak dan nak post hahah
 
Photobucket

13 January 2011

Edisi Cuaca Mendung

Kerja Banyak Atau Banyak Kerja?

Seorang teman mengadu di dinding muka bukunya "Kerja banyak sampai tak cukup tangan!" Dasat tu,sampai tak cukup tangan. Saya terbayangkan kalau tangan dia macam paul si soton, agaknya camana dia nak buat kerja sebab mata dia tetap cume dua :D masih tidak membantu dia menyelesaikan kerja-kerja dia. So, camana nak buat? Rileks, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Minum air masak dulu. tak pun berehat sebentar bersama kit-kat :p Buat satu persatu. Sume urgent? Rileks, buat yang mana urgent dulu :) jangan pening-pening. Orang yang cemerlang ialah orang yang sentiasa bertenang. Sebab bertenang ialah kunci kejayaan :)

Tensennnnn!

Bila kerja dah banyak, lepas tu ada orang yang tak paham-paham memang tensen kan? Apa kata tepuk je dahi orang tu dengan buku. Mesti dia diam. Ehhh, jangan dibuat begitu dong. Itu gurauan semata-mata sahaja heheh. Sesetengah orang bukan tak paham bila tengok kita tengah banyak kerja ni, dia paham cuma dia sengaja nak menambahkan lagi ketensennan kita tu. Anggap sahaja dia tiada disitu dan kita fokus pada kerja kita. Kalau dia datang jugak lagi bilang saja sapa bos kita, dia ke? Kalu dia bukan bos takpela, kalu dia bos kita, follow jela. Jangan melawan bos, nanti SKT tak lawa hahah

Ada Aku Kesah?

Ada seorang teman yang agak normal di sebuah organisasi. Normal maksud saya pendiam, tidak kacau kerja orang lain dan tidak begitu bergossip sesama teman. Pendek kata memang pijak semut tak mati la. Tetapi dalam diam masih menjadi seorang superstar bila ada sesuatu perkara. Dia yang diam ni tiba-tiba di heret di dalam kancah gossip sesama rakan sepejabat. Sampai dia pun pelik, eh ada juga orang yang kisah pasal kewujudan aku? Macam tu lah manusia. Bila kita baik tak kacau orang pun ada jugak yang mahu mengacau kita. Bukan apa, mereka ni sebenarnya nak tengok respon kita jek. Bila kita respon nanti maka bersorak-soraila penduduk kampung pening lalat itu. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya ye.


Hati ...

Semalam makan hati ayam. Sedap jugak. Ok, terima kasih.


p/s: Buat Kerja!


Photobucket

05 January 2011

Hari Ini Hari Rabu

Tuah Ayam Di Kaki Ayam

Permulaan yang cemerlang pada hari isnin. Dapat call dari sebuah bank tentang peraduan yang saja suka-suki masuk hujung tahun lalu. Tup-tup terpilih sebagai pemenang (walaupun bukan hadiah jota-jota atau melencong ke over the sea), tetap membuatkan diri sendiri bangga. Yelah, bukan senang untuk di pilih antara yang terpilih. Apapun terima kasih Ambank :D

Selasa Yang Mengujakan

Alhamdulillah, selepas beberapa lama (lama gak tuuu) harini di maklumkan surat pengesahan dalam perkhidmatan suda keluar! Apalagi, berdesup call orang disana. Diorang cakap nak pos jerk. Tapi oleh kerna tak sabar, mintak trus diorang fax. Dan fax pun sampai. Soalan bonus bila dah dapat surat tu... "Kak saya nak buat apa dengan surat ni lepas ni?" "Tunggu jela. Lepas dah cukup 3 tahun lepas tu bla..bla..bla..bla.." Angguk paham. Terima kasih SPA :D

Rabu Blues

Terlewat skit nak blues. Tiba-tiba teringat masih ada menda belum buat dan hari kejadian semakin hampir. Tiba-tiba terasa banyak menda nak baca. Rasa macam nak rebus satu-satu buku ni lepas tu minum air dia 3 hari 3 malam. hari ke-4 perut suda kembung hahah. Apapun, berusaha jelah! Pantang Hang Jebat mengalah sebelum bertempur ekekeke

Pencuci Kereta Ku

Kawan-kawan selalu tanya, kenapa kereta asyik berkilat jerk? Well, terima kasih pada uncle itu yang selalu mencuci kereta ku dengan air free di ofis ku dan mengenakan caj yang berpatutan pada kami heheh. Sangat memotivasikan melihat beliau bekerja. Dengan basikal tuanya, di tambah dengan 3 baldi air di keliling basikalnya dan beberapa helai kain lap di badannya. Ada ke orang 'kita' yang boleh buat macam tu? Kalu tak dalam hati cakap, "malu la", "takda kelas la" etc. Tahniah kepada uncle tu kerana sanggup membuat kerja halal tersebut. Memang saya respek sama dia. 

Photobucket

03 January 2011

Isnin Yang Cerah

Sorotan 2010

Selamat bertemu di pagi 2011 yang indah heheh. Banyak mau cerita tapi tiada masa ahaks. Apapun saya simpulkan kat bawah jerkk:

Muka Baru Blog

Rasanya dah 3 tahun blog ni menggunakan kulit yang sama. Terasa macam perlukan perubahan yang lebih segar dan heading yang menarik. Tengok kiri kanan pun macam agak sesak dan memerlukan sedikit make-over semula. Macam ni kena godeh² layout orang la untuk carik inspira eh, inspirasi heheh.

New Year

Malam tahun baru korang semua ke mana? Duk umah tengok bunga api dari balkoni uma? Ke pergi ke kawasan-kawasan tertentu untuk celebrate? Ke masjid? Alhamdulillah. Jangan tido masjid sebab LRT atau bas takda lepas celebrate kat dataran merdeka suda la.

Saya? Celebrate dalam kereta. Tersangkut dalam kesesakan yang amat luar biasa! Ehh, saya bukan mau pegi celebrate tau. Tapi mau menghantar mentua ke stesen bas di Shah Alam. Tiket bas jam 11.30 malam. Keluar rumah jam 10.30 malam. Tak duga lepas Tol Batu 3 kesesakannya amat luar biasa dan seterusnya mengakibatkan mentua saya tertinggal bas! (sampai stesen bas jam 12.30 malam!!) tu pun dah bawak cukup too fast & too furious tu.

Moral of the story, kalu ada perkara urgent, sila la keluar awal dari rumah. Jangan ingat rumah dekat ke stesen bas boleh keluar lewat². Jadi la macam saya kuang kuang kuang.

Apa Azam Tu Bang?

Soalan feveret setiap kali tahun baru. Bakal di tanya oleh semua orang tak kira budak sekolah atau pun orang tua. Apa azam tahun baru? Apa azam tahun baru? Banyak azammmm. Salah satunya azam tahun lepas yang tak abis lagi heheh. 

Apa tujuan azam nih? Tujuannya untuk memastikan kita sentiasa ada matlamat dalam kehidupan kita. Tak kisahla nak azam tiap-tiap tahun ke, tiap-tipa hari ke, yang penting ada azam. Kalau takda azam, hidup ni ibarat tiada matlamat. Macam kita balik kerja, kita berazam untuk sampai ke umah dengan selamat. Haa tu la azamnya. Takda orang yang nak balik kerja tak mau selamat kannn.

Angka Bergerak Lagi

Diam tak diam suda masuk tahun 2011. Sejajar dengan peralihan tahun, maka angka juga bergerak sama. Tahun lepas baru masuk 3-series. Tahun ni suda 3.1-series heheh. Early 30's apa :p Tapi, apa ada pada angka kan? Gunala Rania Gold heheh.

Macam tu lah kehidupan. Takda orang yang semakin hari semakin muda. Life goes on. Jangan la umo suda meningkat tapi perangai masih macam budak-budak. Tak seswai tu bangg.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!

p/s: soldier of fortune

Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin