Dan Ramadhan Datang Lagi ...
Diam tak diam dah nak masuk bulan pose kan? Harini pun dah penghujung Julai. Bermakna lebih kurang salam seminggu lagi kita akan berpose. Cik kak yang tinggal pose dah abis ganti? Cik abang? Ehh? Cik abang pun ada yang 'tuang' pose gak ke? Aiyakkk! Tak seswai tu. Kalu kanak-kanak belum akil baliq bole diterima la. Ni kalu dah jadik bapak budak tapi pose cume 28 hari dari 30 hari huh, memalukan! Errr jangan marah bang, saya tak sindir pun, saya kutuk jek hehe
Apapun, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun lepas kan kawan-kawan? Kalu dulu kita berbuke beli makanan macam nak makan seminggu, kali ni kita beli lah berpada-pada. Ikut rasional setakat mana kita bole makan, bukan ikut nafsu serakah semata-mata. Tu yang penuh meja sampai nak letak air pun tak muat tu.
Bagi smokers, henti-hentikan lah aktiviti tak sihat korang sume tu dalam sebulan ni. Tak lama, sebulan jek kan. Lepas tu kalu nak isap, isap la 10 batang sekali pun takpe :D tips pada wife ata makwe yang laki dia merokok...tak payah beli lauk banyak-banyak. Cukuplah untuk kita je sorang. Sebab apa? Sebab dia bukan makan pun. Dia lebih utamakan rokok dia. Celup jerk rokok tu dalam air sejuk letak straw suruh dia minum. Nyamannnn haha.
Takmo cakap banyak, selamat menempuhi ramadhan. selamat menjaga pose, selamat berbelanja berbuke pose, selamat jaga kesihatan dan macam-macam selamat lagi lah :) Semoga kita dapat berjumpe lagi dalam ramadhan yang akan datang :)
No comments:
Post a Comment