Flu..flu..fluu away..
Ada dua menda yang saya tak berapa suka bila saya tak sigat. Pertamanya selsesa dan keduanya sakit tekak. Kalu selsema nih dengan 'srotttt sroott' nye, dengan tisu nye, dengan idung merahnye dan macam-macam la. Kang nakjalan pun kena kepala tegak. Sebab kalu kepala tunduk, hingus pun kuar gak hahaha. Macam kanak-kanak pulak kan :p Sakit tekak pun sama sebab bila sakit tekak nikmat makan itu suda tiada. Rasa nak makan macam-macam tapi sume rasa tawar. Dan biasanya kalu kita gagal jaga kesihatan, maka lengkaplah pakej untuk kita demam! Apa obatnya? Minumlah AIR MASAK banyak-banyak. Ni bukan saya kata, tapi doktor kata. Eh, saya juga doktor apa? Hehehe
Di Ganggu atau Pengganggu?
Tahukah anda, gangguan seksual buleh datang dalam berbagai-bagai bentuk? Dan tidak mustahil juga, lelaki turut kena dengan gangguan seksual ini! Bukan auta, tapi fakta. Ini lah yang saya dengar ketika ceramah keselamatan persekitaran tempoh hari. Laki pun kena kan? Haii, sapa la yang nak buat gangguan seksual tu. Kalu laki gak yang buat, mak karate dia cukup². Watchaaa²! Tak kose nyahh!
Gossip...gossip...gossipp...
Hey u! U la. Haaa, kamu la tu. Amboiii, seronok bersoseh-soseh nampak? Gossip ke bang? Ehhh, jangan tak tau, lelaki juga kadang-kadang gile bergossip! Awww, mak suke la nyah :) Cuma lelaki ni kalu bergossip ikut masa dan keadaan. Dia akan pandang jerkk dulu persekitaran dia. Dah puas pandang baru la dia simpan dalam hati. Nanti bila ada sahabat, baru la dia cerita. Itu pun cerita gitu² jerk. Cume kalu sahabat tadik tiba-tiba menyebut hal dan perkara yang sama, baru dia tadi akan membuka cerita apa yang telah dia simpan. Topik feveret? Tentulah perempuan yang dia nampak, kereta, bola, artis, isu semasa, sampailah ke isu besar dunia! Dasat kan kalu lelaki bergossip? Menda remeh temah macam baju, kasut, jam, etc sangat jarang di gossipkan :) So lelaki, berpada-padalah bergossip yer :)
p/s: hasil gabungan beberapa post yang tak dan nak post hahah
No comments:
Post a Comment