Kerja Banyak Atau Banyak Kerja?
Seorang teman mengadu di dinding muka bukunya "Kerja banyak sampai tak cukup tangan!" Dasat tu,sampai tak cukup tangan. Saya terbayangkan kalau tangan dia macam paul si soton, agaknya camana dia nak buat kerja sebab mata dia tetap cume dua :D masih tidak membantu dia menyelesaikan kerja-kerja dia. So, camana nak buat? Rileks, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Minum air masak dulu. tak pun berehat sebentar bersama kit-kat :p Buat satu persatu. Sume urgent? Rileks, buat yang mana urgent dulu :) jangan pening-pening. Orang yang cemerlang ialah orang yang sentiasa bertenang. Sebab bertenang ialah kunci kejayaan :)
Tensennnnn!
Bila kerja dah banyak, lepas tu ada orang yang tak paham-paham memang tensen kan? Apa kata tepuk je dahi orang tu dengan buku. Mesti dia diam. Ehhh, jangan dibuat begitu dong. Itu gurauan semata-mata sahaja heheh. Sesetengah orang bukan tak paham bila tengok kita tengah banyak kerja ni, dia paham cuma dia sengaja nak menambahkan lagi ketensennan kita tu. Anggap sahaja dia tiada disitu dan kita fokus pada kerja kita. Kalau dia datang jugak lagi bilang saja sapa bos kita, dia ke? Kalu dia bukan bos takpela, kalu dia bos kita, follow jela. Jangan melawan bos, nanti SKT tak lawa hahah
Ada Aku Kesah?
Ada seorang teman yang agak normal di sebuah organisasi. Normal maksud saya pendiam, tidak kacau kerja orang lain dan tidak begitu bergossip sesama teman. Pendek kata memang pijak semut tak mati la. Tetapi dalam diam masih menjadi seorang superstar bila ada sesuatu perkara. Dia yang diam ni tiba-tiba di heret di dalam kancah gossip sesama rakan sepejabat. Sampai dia pun pelik, eh ada juga orang yang kisah pasal kewujudan aku? Macam tu lah manusia. Bila kita baik tak kacau orang pun ada jugak yang mahu mengacau kita. Bukan apa, mereka ni sebenarnya nak tengok respon kita jek. Bila kita respon nanti maka bersorak-soraila penduduk kampung pening lalat itu. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya ye.
Hati ...
Semalam makan hati ayam. Sedap jugak. Ok, terima kasih.
p/s: Buat Kerja!
No comments:
Post a Comment