Tuah Ayam Di Kaki Ayam
Permulaan yang cemerlang pada hari isnin. Dapat call dari sebuah bank tentang peraduan yang saja suka-suki masuk hujung tahun lalu. Tup-tup terpilih sebagai pemenang (walaupun bukan hadiah jota-jota atau melencong ke over the sea), tetap membuatkan diri sendiri bangga. Yelah, bukan senang untuk di pilih antara yang terpilih. Apapun terima kasih Ambank :D
Selasa Yang Mengujakan
Alhamdulillah, selepas beberapa lama (lama gak tuuu) harini di maklumkan surat pengesahan dalam perkhidmatan suda keluar! Apalagi, berdesup call orang disana. Diorang cakap nak pos jerk. Tapi oleh kerna tak sabar, mintak trus diorang fax. Dan fax pun sampai. Soalan bonus bila dah dapat surat tu... "Kak saya nak buat apa dengan surat ni lepas ni?" "Tunggu jela. Lepas dah cukup 3 tahun lepas tu bla..bla..bla..bla.." Angguk paham. Terima kasih SPA :D
Rabu Blues
Terlewat skit nak blues. Tiba-tiba teringat masih ada menda belum buat dan hari kejadian semakin hampir. Tiba-tiba terasa banyak menda nak baca. Rasa macam nak rebus satu-satu buku ni lepas tu minum air dia 3 hari 3 malam. hari ke-4 perut suda kembung hahah. Apapun, berusaha jelah! Pantang Hang Jebat mengalah sebelum bertempur ekekeke
Pencuci Kereta Ku
Kawan-kawan selalu tanya, kenapa kereta asyik berkilat jerk? Well, terima kasih pada uncle itu yang selalu mencuci kereta ku dengan air free di ofis ku dan mengenakan caj yang berpatutan pada kami heheh. Sangat memotivasikan melihat beliau bekerja. Dengan basikal tuanya, di tambah dengan 3 baldi air di keliling basikalnya dan beberapa helai kain lap di badannya. Ada ke orang 'kita' yang boleh buat macam tu? Kalu tak dalam hati cakap, "malu la", "takda kelas la" etc. Tahniah kepada uncle tu kerana sanggup membuat kerja halal tersebut. Memang saya respek sama dia.
No comments:
Post a Comment