03 January 2011

Isnin Yang Cerah

Sorotan 2010

Selamat bertemu di pagi 2011 yang indah heheh. Banyak mau cerita tapi tiada masa ahaks. Apapun saya simpulkan kat bawah jerkk:

Muka Baru Blog

Rasanya dah 3 tahun blog ni menggunakan kulit yang sama. Terasa macam perlukan perubahan yang lebih segar dan heading yang menarik. Tengok kiri kanan pun macam agak sesak dan memerlukan sedikit make-over semula. Macam ni kena godeh² layout orang la untuk carik inspira eh, inspirasi heheh.

New Year

Malam tahun baru korang semua ke mana? Duk umah tengok bunga api dari balkoni uma? Ke pergi ke kawasan-kawasan tertentu untuk celebrate? Ke masjid? Alhamdulillah. Jangan tido masjid sebab LRT atau bas takda lepas celebrate kat dataran merdeka suda la.

Saya? Celebrate dalam kereta. Tersangkut dalam kesesakan yang amat luar biasa! Ehh, saya bukan mau pegi celebrate tau. Tapi mau menghantar mentua ke stesen bas di Shah Alam. Tiket bas jam 11.30 malam. Keluar rumah jam 10.30 malam. Tak duga lepas Tol Batu 3 kesesakannya amat luar biasa dan seterusnya mengakibatkan mentua saya tertinggal bas! (sampai stesen bas jam 12.30 malam!!) tu pun dah bawak cukup too fast & too furious tu.

Moral of the story, kalu ada perkara urgent, sila la keluar awal dari rumah. Jangan ingat rumah dekat ke stesen bas boleh keluar lewat². Jadi la macam saya kuang kuang kuang.

Apa Azam Tu Bang?

Soalan feveret setiap kali tahun baru. Bakal di tanya oleh semua orang tak kira budak sekolah atau pun orang tua. Apa azam tahun baru? Apa azam tahun baru? Banyak azammmm. Salah satunya azam tahun lepas yang tak abis lagi heheh. 

Apa tujuan azam nih? Tujuannya untuk memastikan kita sentiasa ada matlamat dalam kehidupan kita. Tak kisahla nak azam tiap-tiap tahun ke, tiap-tipa hari ke, yang penting ada azam. Kalau takda azam, hidup ni ibarat tiada matlamat. Macam kita balik kerja, kita berazam untuk sampai ke umah dengan selamat. Haa tu la azamnya. Takda orang yang nak balik kerja tak mau selamat kannn.

Angka Bergerak Lagi

Diam tak diam suda masuk tahun 2011. Sejajar dengan peralihan tahun, maka angka juga bergerak sama. Tahun lepas baru masuk 3-series. Tahun ni suda 3.1-series heheh. Early 30's apa :p Tapi, apa ada pada angka kan? Gunala Rania Gold heheh.

Macam tu lah kehidupan. Takda orang yang semakin hari semakin muda. Life goes on. Jangan la umo suda meningkat tapi perangai masih macam budak-budak. Tak seswai tu bangg.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya!

p/s: soldier of fortune

Photobucket

1 comment:

nadzunix said...

yaa ... geng2 ya sudah mencapai ke angka 3-series

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin