03 June 2008

Ini ada satu cerita

Selamat Datang Ke Jabatan Imigresen Malaysia [klik for info]

Hujung bulan ni nak kena pegi oversea! aduhhh! pening kepala. Yela, pasport tak penah ada beb! yang ada cuma kad pengenalan, surat beranak sama lesen memandu heheh

Nak tak nak, hari senin haritu aku mengagahkan diri jua pergi ke Jabatan Imigresen kat Wisma Sri Rampai untuk membuat pasport antarabangsa buat kali pertama! Tahniah²!

Pukul 9.00 pagi aku dah siap² kuar umah. Withdraw duit nak buat pasport. Mula² singah kedai gambar dulu. Maklumla gambar pasport takda. Yang ada pun gambar masa kanak². Kalau submit kat sana kang diorang reject plak sebab muka tak sama. Buat gambar yang siap dalam sejam kena la dalam RM12.00. Abis dia edit pic aku tu. Nasib baik tokey kedai tu tak buat superimpose ke, tuka muke ke apa ke. Siap bergambar tengok jam dah pukul 10.00 pagi. Terus aku berdesup ke Sri Rampai berpandukan peta yang dilukis oleh membe. Maklumla, aku ni bukan tau jalan sangat. Tau pi shah alam jekk...Oppss!! hehehe

Sampai Sri Rampai jam dah pukul 10.45 pagi. Cari parking dah dekat 15 minit! siut betui! susag giler nak cari parking! Last² park kat bawah bangunan Wisma Sri Rampai tu. Sejam RM2.00. Maksimum parking RM5.00. Okla tu.

Oh ye, kalau korang nak memudahkan urusan buat pasport ni, aku cadangkan korang donlodla siap² form dia dari website Imigresen ni. Bukan apa, sampai² je terus serah borang, amik nombor giliran! tak payah isi² lagi dah.

Lepas lebih kurang 45 minit tunggu, giliran aku sampai...submit borang dulu sama gambar 2 keping dengan salinan IC. Lepas dah cek sume info, officer tu akan suruh kita duduk dulu. Tunggu dipanggil untuk buat bayaran.

Lepas 20 minit. Nombor aku baru dipanggil lagi untuk buat bayaran. Bayar RM300.00 lepas tu duduk balik untuk tunggu pasport siap. Kalau nak ikut dalam resit tu dia tulis masa serahan ialah 2 jam. So, aku tunggu jela. Nasib baik ada beli paper. Boleh gak baca. Tapi tu pun dah baca banyak kali! Penantian satu penyiksaan!

Dalam kul 2.00 petang gitu baru nombor aku dipanggil lagi. Kena pi kat bilik serahan. Officer tu bagi pasport kita untuk kita cek butiran dulu. Lepas dah cek , baru kita sign untuk kompomkan pasport kita.

"Nak pegi mana ye cik?"

"Saya ada seminar kat singapore"

"Urusan kerja?"

"Yup"

Aku nak cakap nak pi seludup orang kang sure kena tahan pasport aku sama aku² sekali hehehe.

FYI, Nak buat pasport antarabangsa la ni boleh siap dalam masa satu (1) hari sahaja! Senang dan mudah!

Btw, kalu aku tak kena hantar dengan company untuk ke Singapore, sure aku tak buat pasport ni. Dah kena hantar, pegi jela. Orang kata 'Jauh berjalan luas pengalaman' kan. Err..tapi aku pegi naik Flight hehehe

Dah ada pasport ni sure kena jalan jauh pulak lepas ni. Yela membazir je RM300.00 kalu semata-mata untuk pergi Singapore. Dahla pasport tu valid sampai 5 tahun!

Kita pegi Jakarta pulak lepas ni! Waduh², pokoknya kapan mau pergi? Hujung tahun la! Hahaha

p/s: boleh pergi honeymoon :p

Click here to get The Blog Profits Blueprint







4 comments:

nadzunix said...

erm...nak ikut pi Singapore..
erm...jakarta leh ikut gak x ?

ermm...ermm...sy ada pasport gak ...

aL-gOjO said...

Hehehe
Buat rombongan ramai² ajak semua orang kampung! Ahaha

p/s: jadik tourist guide

nadzunix said...

ehehe ...

tak kecah r .. janji dapat ikut!!!

Anonymous said...

huhu..tak dak pasport lg :(
nnt nak buat pasport ikut al gojos jalan :p
huhu.yeayea

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin