05 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat Part 2

Tak Pernah Tengok Orang Ke? Part 2

Salam ramadhan. Amacam puasa stakat ni? Full? Half-time full? Zero full? No full? Kalau yang masih full, tahniah. Yang lain dari tu, berusaha kuat sikit kawan. Kanak-kanak bawah umur pun boleh puasa penuh, takkan kita yang dah atas umur ni pun masih nak merangkak-rangkak. Malu tau. Aaa..gastrik ke? Pelik betul kan. Bila bulan puasa je datang gastrik, asal gastrik je bila bulan puasa. Macam tau-tau jer penyakit gastrik tu kan? Hebat, hebat.

Bersambung pada cite semalam. Kisah remaja ajaib, eh ajaib pulak. Kisah seorang remaja yang menarik perhatian saya.

Lepas selesai saya hantar budak tu, saya pun balik ke rumah untuk tukar kasut, makan etc. Masa saya drive keluar tu, saya jeling-jeling gak kat tepi jalan, mana tau ternampak budak tu lagi. Tapi takda. Dalam pikiran saya, maybe dia dah jumpe umah adik dia dan adik dia ada kat umah. Boleh la dia letak barang dia tu.

Sampai kat masjid, saya terus duduk di saff belakang skali. Tengah 'bertafakur' tu tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya ingat sapala nak lalu, sekali tengok budak tadi sambil dia hulurkan tangan untuk bersalam. Saya pun salam dia nak sambung 'bertafakur'.

Lepas 15 minit macam tu saya tersedar balik. Dan saya tiba-tiba melilau mencari di mana budak tu duduk. Tapi... saya tersenyum. Rupanya beliau masih bersalaman dengan jemaah lain. Maksud saya, beliau bukan sahaja bersalaman dengan sorang atau dua orang jamaah, tapi beliau bersalam dengan semua jemaah yang ada dalam masjid ketika itu!! Saya lihat sampai la ke saff depan sekali dia salam. Sampai ada 2-3 orang pakcik tu terkebil-kebil tengok dia. Sure kalau ada orang yang perasan ketika itu akan terpikir dalam hati, budak ni betul ke tak.

Tapi saya tak terpikir macam tu. Saya cuma kagum dengan semangat dia yang sanggup dan berani untuk bersalam dengan semua jemaah dalam masjid ketika itu. Ramai jugak tu beb. Lagi satu, kita kan jenis takkan salam orang kalau kita tak kenal dan melainkan dia duduk sebelah kita je kan? Kalau sembahyang disurau tu lain cerita la, sebab jemaah sikit. Ni semayang jumaat ni beb, ramai tu. Maybe dia ada azam nak bersalam dengan semua orang di masjid sebelum dia sampai tadi. Apapun kita bukan tahu. Tapi pada saya, dia memang seorang yang unik.

Sampai ketemu lagi!

04 September 2009

Ini Kisah Satu Jumaat

Tak Pernah Nampak Orang Ke?

Saya masih teringat satu peristiwa beberapa jumaat yang lalu dimana saya telah berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik perhatian saya. Ohh...dia bukanlah perempuan okeh. Dia ialah lelaki yang saya tak kenal pun! Jumpa di tepi jalan dan saya telah menumpangkannya ke kediaman saya dimana kebetulan beliau juga mahu berjumpa seseorang disana.

Al-kisah...

Waktu itu cuaca memang agak panas (macam drama swasta pulak!)... ok-ok, kita cut-short. Saya mahu pulang ke rumah pada haru jumaat haritu. Biasalah, saya memang biasa balik ke rumah dahulu sebelum ke masjid berhampiran untuk solat jumaat. Sewaktu saya nak keluar dari ofis tu, ternampaklah seorang pemuda yang saya kira agak muda sikit dari saya. Siap ber-blazer dan bertali leher. Perghh, tak panas agaknya mamat tu. Saya nampak dia memegang sehelai kertas sambil memandang sekeliling pintu gate ofis saya tu. Dalam hati saya, tentu sesat mamat ni. Saya pun buat-buat tak tahu jela.

Baru saya nak tekan minyak, memecut keluar, dia tahan saya dan bertanyakan arah. Agak dah tu. Saya kire dia ni sure jurujual, tak pun nak carik ofis tapi tak jumpe. Owhh...rupanya dia sedang mencari rumah adiknya. Dan kebetulan pula adik dia bekerja dalam satu jabatan dengan saya dan tinggal dalam satu kawasan perumahan dengan saya. Dia kata, bila dia search dalam google earth, dia dapat tahu lokasi rumah adik dia tu di ofis saya. Memang dah agak dah. Buat yang 1st timer datang sini sure akan ingt flat ni kawasan perumahan kakitangan jabatan ni, tapi sebenarnya tidak. Rumah flat ni ialah pejabat saya buat sementara waktu ini sehingga ofis saya yang sedang dalam pembinaan siap.

Maka, saya pun bersetujulah untuk bawak dia kerana kebetulan rumah adik dia tu dalam satu kawasan dengan saya. Dalam kereta tu saya pun berbual-buallah dengan dia;

"Dari mana ni?"

"Dari stesen putra bang"

"Stesen putra mana?"

"Kelana Jaya sana" saya tengok dia macam tak percaya. Jauhhh tu jalan! Dengan berpakaian macam tu, maka tak hairan lah muka dia berpeluh-peluh sampai macam tu sekali.

"Kenapa tak turun kat LRT Taman Bahagia je? Kan lagi dekat dari situ nak ke sini"

"Saya tak tau la bang. Ni 1st time saya datang area ni"

Ohoo..padanla

"Ni dah telefon adik ke nak datang rumah dia ni?" Saja je nak buzy body skitt.

"Belum lagi"

Laaa...biar betul ko ni mat. Datang main terjah jerk. Kalu dibuat adik ko takda nanti camana tu.

"Eh, takkan tak telefon langsung? kang kalau adik awak takda camana?"

"Dia guna banyak number hp bang. Susah nak call dia. Kalau dia takda, saya patah balik jela. Saya cuma nak tumpang letak barang je sebab nak sembahyang jumaat ni"

Ada jugak orang macam tu eh. Datang rumah saudara sendiri main terjah jer. Dahla dari jauh. Dia kata dia ni dari Pahang. Datang KL sebab ada interbiu di area-area sini. Tu yang dia teringat adik dia duduk sini dan dia nak main terjah je.

Maka sampailah di blok di mana adik dia tinggal itu. Saya pun tunjuk lah blok nya. Lepas tu... "Kirim salam kat adik awak la ya. Balik kang suruh je adik hantar ke LRT Taman Bahagia tu. Dekat sikit". Dia angguk sambil mengucapkan terima kasih.

Lepas tu saya terpikir. Datang jauh-jauh, lepas tu tak call sesapa, bahaya gak tu. Dibuatnya adik dia takda, naya lah. Mana pulak dia nak lepak nanti. Nasib baik saya dah bagitau dia masjid kat mana. Kalau tak sure dia ingat surau dalam kawasan ni ialah masjid! Takpelah, lain orang lain stylenya. Apapun, kisah beliau ini tak tamat disini. Ada lagi sambungnya heheh.

Sampai ketemu lagi!


03 September 2009

Amacam Puasa?

The Power Of Niat

Terdengar satu siaran radio sewaktu balik ke utara tempoh hari. Yang menarik hati saya adalah kisah seorang lelaki cina yang bukan islam berpuasa di bulan ramadhan ini. Beliau menceritakan, sewaktu mula-mula beliau belajar berpuasa dahulu. Mula-mula dapatla 2-3 hari. Lepas tu naik ke 2-3 minggu dan selepas itu hampir 26 hari berpuasa dan saya yakin satu hari nanti beliau akan dapat berpuasa penuh selama 30 hari!

Bila di tanya oleh juruhebah radio tersebut, bagaimana perasaan berpuasa walaupun rakan-rakan sebangsa lain makan dan minum di depan mata beliau, beliau menjawab; "kalau kita dah niat dalam hati mau berpuasa, sure tak akan jadi apa-apa punya", lebih kurang macam tu la ayatnya. Tengok tu, power tak power niat nih!

Dari niat, ia akan terus menjadi mind setting dalam otak kita yang kita mahu berpuasa. Bila dah jadi mind setting, mesti tubuh badan dan nafsu kita akan berpegang pada niat kita yang itu. Jadinya bila niat mantap, mind setting mantap, segala godaan akan dapat dihindarkan dengan jayanya. Sebab itu bila berpuasa kita disuruh niat untuk berpuasa sebulan. Kot-kot kita terlupa.


Oleh itu kawan-kawan, dalam berbuat apa jua perkara, berniatlah kita sebab bila kita ada niat dalam hati, secara tak langsung ia akan menjadi mind setting kita untuk terus pergi ke arah itu. Errr..kalau nak buat jahat tu, jangan la niat nak buat jahat pulak! Saya tak ajar yang itu okeh.


02 September 2009

Bila Perut Keroncong

Makan apa bang?

Rasanya bila tiba bulan ramadhan je mesti nafsu makan kita akan meluap-luap macam gunung berapi nak pecah kan. Yela, ibaratnya kalau ada ikan paus depan mata pun sure tinggal tulang ikan tu kita makan! Sampai macam tu sekali kita bila setahun sekali berpuasa. Opsss... saya tak maksudkan kawan-kawan yang baca blog ni. Saya berbicara tentang kawan-kawan kita dari planet pluto sana.

Apapun, sebenarnya berpuasa itu mengajar kita untuk bersikap bersederhanaan, simple, tidak mewah-mewah dan sebagainya. Ini tak, mak aihh...sampai tak cukup tangan ye kak nak pegang beg plastik tu. Satu jari kepit murtabak, satu lagi roti john, satu lagi nasi kerabu, satu lagi air, etc. Tu utk makan sorang tu. Larat ke nak abiskan tu nanti? Bukan apa, takut last-last ke tong sampah jugak tempatnya!

Oleh itu kawan-kawan, berjimat cermatlah anda ketika berbuka dan berpada-padalah nanti ketika berhari raya. Bak kata kawan saya, 1 ramadhan, ibadat didahulukan, puasa di utamakan.

Selamat berbuka!

26 August 2009

Bila Lif Berbunyi

Salah Siapa?


Bila cakap pasal fasilitasi kelas pertama tapi mental kelas ke tiga sure korang boleh bayangkan camana keadaanya kan? Dalam kata mudah, takda kesedaran sivic la. Hairan jugak kadang-kadang dengan mereka-mereka yang suka melakukan vandalisma ni. Takda keje ke agaknya? Ke memang tangan dah gatal sangat?

Saya tinggal di tingkat 12 sebuah apartment di sini. Kalau dah tinggal di tingkat tinggi ni, tentulah perkhidmatan lif amat penting dalam menjalankan kehidupan seharian. Kalu lif rosak, fuhhh memang bersenam la nak turun dari tingkat 12 ke ground floor dan naik dari ground floor ke tingkat 12. Dan perkara ini berlaku! Bayangkan jela nak naik dari ground floor tu ke tingkat 12. Abg Jem pun tak larat taww!

Apapun, satu hari tu salah satu lif tu rosak. So, dari 2 lif tinggal la 1 lif je yang beroperasi. Lama jugakla kiranye kontraktor tu nak betulkan lif yang satu ni. Ibaratnya boleh ada sarang labah-labah dah lif tu. Punya la lama diroang tak baiki. Pernah juga risik-risik pada orang-orang besar yang duduk satu blok dengan saya, diorang cakap kontraktor tengah tunggu sparepart pulak. Fuhh, baru saya tau lif bangunan ni sparepart dia susah mau dapat. Macam nak pasang turbo pada enjin kereta pulak sampai nak tunggu sparepart. Agaknya disebabkan lebih 2 bulan lif tu tak ok, adala satu haritu masa saya nak turun pergi kerja, saya tengok dekat tepi punat tekan lif tu suda ada orang menulis meluahkan perasaan mereka;


Lorr, apa cite ni beb? Saya rasa orang ni marah sangat sebab ada satu haritu kedua-dua lif ni rosak! Dahla hari sabtu. Dalam setengah hari gitu rosaknya. Abis semua penduduk blok ni kena eksesais. Lagipun dengar cerita gak masa lif tu rosak ada orang suda tersangkut dalam lif tu. Kesiannn. Nasib baik takda ada apa-apa.

Tak lama selepas itu, lif yang rosak ini pun berfungsi semula. Jadinya, sekarang dua-dua lif suda boleh digunakan seperti biasa. Tapi agaknya kontraktor yang betulkan lif tu bengang kot dengan tulisan yang tak pasal-pasal marahkan mereka atas kerosakan lif tu, maka ke esokkan harinya sewaktu saya nak pergi kerja, ada pulak 'jawapan' pada pernyataan di atas;


"Sykur apa yang ada!!" Saya quote balik apa dia tulis heheh. Saya ingat nak je tambah kat situ;
"Tolong Jangan Conteng Dinding boleh tak?" Tapi disebabkan pintu lif pun dah terbuke, maka niat yang suci murni ini dibatalkan. "Ting"

p/s: syukurr...


20 August 2009

Ini Ada Satu Cerita

Al-Kisah Seribu Satu Malam

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..


"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

"Surah Ar Ra'd?"

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

p/s: ingatlah wahai bakal pengantin

19 August 2009

Tanya Sama Itu Hd Hud

Al-kisah...

Masih berbicara tentang impian, angan-angan dan cita-cta.

Sambil-sambil membaca terpandang pulak kat satu forum ni. Situasi dia macam ni;

Seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Dalam masa yang sama sedang belajar dalam subjek yang agak menarik. Agak-agak subjek apa tu? Saya masa tu hanya terpikir, mesti dia ni sambung master, tak pun amik degree, tapi bila baca cerita dia sampai abis... Owh belaja menjahit rupanya. Kawan-kawan dia tanya, kenapa belaja menjahit? Dia pun cite la, sebab dia ada angan-angan nak buke satu kedai jahit sendiri. Lepas tu, bila dah maju, dia nak buka butik pulak. Dan lepas dia berjaya, dia nak jadi pengajar pulak pada orang-orang yang ingin belajar menjahit.

Wow, saya lihat cerita dia sangat memotivasikan. Dalam hati saya pun terdetik, "Aku pun nak buke satu la!". Errr...bukan buka kedai jahit, tapi buka la kedai yang saya ada skill. Macam gubahan bunga ke, apa ke, ...opsss terlebey sudaa hahaha.

Bagi kita-kita yang bekerja makan gaji kadang-kadang lupa satu perkara. Sampai bila kita mahu kerja dengan orang? Takda impian dalam hati yang kita mahu bekerja sendiri? I'm the boss! Best tak macam tu? Tapi bila dah jadi bos, jangan la terlebey pulak..pegi kerja ikut suka hati, datang kerja ikut mood, kebajikan pekerja tak diambil kira, joli sakan tak hengat dunia. Takut tak sampai beberpa bulan, sompany sudah tutup pintu. Pekerja suda lari, bos kayu, ikut hal sendiri. Lepas tu jadila 'I'm no boss'. Time tu nak terngadah lepas terhantuk pun tak guna. baik teruskan hantuk je kepala kat tiang.


So, kawan-kawan, setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Kalau korang pernah baca posting saya sebelum nih, tentu korang ingat dengan kisah si luncai dan mat jenin. Tak guna ada angan-angan tapi tak direalisasikan. Ibarat ada kereta, tapi park dalam garaj je. Lama-lama jadi basi. Nasi kalau dah basi ada orang makan ke? Jawapanya, dalam tong sampah la tempatnya. Saya doakan sahabat tadi berjaya dalam merealisasikan impian dia membuka butik idaman dia itu.

Sampai ketemu lagi!

p/s: selamat berposa!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin