20 March 2010

Ada Mata Pandang

Uncle Basikal Tua


Tentu korang mash ingat lagi pasal posting semalam kan, tentang seorang uncle yang saya selalu nampak sewaktu balik kerja ni. Dengan basikalnya, baldi berisi airnya, beberapa kain pengelap, pen sebatang dan buku kecik.

Sebenarnya saya galit melihat bagaimana uncle ni begitu bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal dengan menumpahkan keringat sebegitu. Saya sangat bermotivasi bila melihat beliau. Orangnya saya agak dalam 40-an, berseluar pendek berkocek dengan kameja lusuh. Kerja beliau, mencuci kereta di kawasan parking di tepi-tepi jalan hatta di mana saja yang pelanggan mau. Dia tak pedulikan apa kata orang, dia tak kisah apa orang nak kata, dia tak malu mengayuh basikal sebegitu, dia tak heran kalu orang takmo suruh dia cuci kereta mereka. Sebab dia ada pelanggan setia. Dalam buku keciknya ada tertulis senarai kereta pelanggan yang hendak dicuci dan dia ingat dimana kereta pelanggannya diletakkan! 

Saya berkesempatan berbual-bual dengan uncle ni sewaktu balik kerja tempoh hari. Sehari sebelum tu saya nampak dia mencuci beberapa kereta staf saya di kawan pejabat. So, pada hari itu memang kebetulan betul saya pun mau pulang dan dia lalu. Dia hanya senyum mengangkat tangan dan saya terus memberhentikan kereta, menyapa nya dan bertanyakan beberapa soalan tentang pekerjaannya. Dengan senang uncle ni menjawab tanpa banyak soal sambil mengambil pen dan mula menulis flat kereta saya untuk tujuan di cuci pada ke esokan harinya. 

Sikap orang-orang macam ni lah yang perlu kita contohi dan ikuti. Mencari rezeki yang halal lebih baik dari mencuri atau hu-ha sana sini tanpa sebarang pekerjaan. Ada ke budak-budak kita yang sanggup tiru uncle ni? Owhh, nehi². Panas katanya, kulit terbakar nanti, tak larat nak kayuh basikal etc. Akhirnya, duduk dirumah mengharapkan wang 'ehsan' mak bapak. Dahla tak kerja, tambah pulak pandai isap rokok! Haishh...ada duit pulak isap rokok? Manusia yang pelik bin ajaib! 

Disuruh bekerja, mau yang standard ada econs, gaji setimpal etc. Tak salah begitu, tapi belajar susah dulu lebih baik dari terus senang. Bekerjalah kamu walau apa kerja sekalipun. Yang penting halal. 

Tak mahu kerja jugak? Baik jadik si luncai dengan labu-labu nye jelah.


Photobucket

19 March 2010

Dikala Petang Mengambang

Kembalilah Mood!

Rasa macam banyak nak tulis, tapi bila dah login, duk galit baca blog orang, mood nak tulis blog sendiri pun malas. Inilah penyakit yang paling kronik yang tiada obat...M.A.L.A.S! Carik kat Jalan Chow Kit pun sure takda obat ni. Apatah lagi kalu carik kat Jalan TAR atau Jalan MAsjid India. Kalu sesapa ada terjumpa obat ni, boleh bagitau saya. Saya pun nak try jugak heheh

Sewaktu balik kerja saya selalu ternampak sorang uncle ni, bawak basikal dengan dua baldi air di kiri dan kanan basikal serta sebiji lagi baldi kosong di handel basikal. Tak ketinggalan jugak dengan beberapa helai kain. Sebatang pen tersemat di baju kamejanya dan sebuah buku kecik di dalam kocek. Kadang-kadang saya sendiri galit tengok beliau sampai kena hon dek kereta dari belakang. Siapa agaknya ye beliau ini? Kita jumpe di entry akan datang!

Tak lupe jugak baru-baru ini (sebenarnya semalam) sewaktu saya pergi ke sebuah hypermarket di sini, hujan lebat, saya pun drive la macam biasa. Tapi sepanjang jalan menuju ke hypermarket tu saya dapat rasakan kereta saya beratnya lain macam. setering power tu dah macam paut setering! Aneh tapi benar..sampai la saya suda habis makan disana dan menuju ke dalam kereta. Jeng jeng jeng...next entry jugak! hehehe


Posting ni sekadar untuk mengembalikan mood sahaja :)


Photobucket     

23 February 2010

Bila Kena Skodeng

Berani Jatuh


Salam sepi heheh. Yelah, dah lama duk menyepi kan? Tapi sepi bukan sebarnag sepi, sepi pergi mencari hepi. Kajang pak malau kajang berlipat, jom kita pekena sate kajang hahaha. Okeh cukup. 

Pernah jatuh tak? Tak kisah la jatuh cinta ke, jatuh dari pokok ke, jatuh dari kerusi ke jatuh apa ke itu ke, yang penting semua orang pernah jatuh kan? Jatuhkan diri sendiri pernah? Pernah jugak ke? Owh, sebab biasanya orang yang duk berusaha menjatuhkan seseorang yang lain. Jarang orang itu jatuh sendiri melainkan kelalaian diri sendiri juga. 

Kawan yang pernah jatuh tentu tau kan bagaimana rasanya. Seorang yang jatuh dari bisnes yang maju sure terasa nak terjun jambatan bila dipikirkan kredit keliling pinggang. Seorang pemimpin yang tetiba jatuh dengan skandal yang memalukan sure terasa nak terjun jambatan juga. Orang yang bercinta bagai nak rak tetiba jatuh sure nak terjun jambatan jugak. Last², semua jumpe kat jambatan yang sama. 

Jatuh tak semestinya GAGAL. Gagal tak semestinya tak berjaya. Tak berjaya tak semestinya tak boleh hidup. Tak boleh hidup tak semestinya tak nak campur orang dah. Jatuh bermakna kita kena BANGUN semula. Dari jatuh terduduk, kita bangun pelan-pelan. Amik kerusi, duduk balik. Dari jatuh terlentang, kita tengok balik ada luka-luka tak, ada sakit-sakit tak. Kita tepuk-tepuk seluar kita yang kotor tu balik lepas tu kita bangun. 

Takkan la sampai ke sudah kita nak terduduk je. Takkan kita nak terlentang je. Nanti kena langgar steamrool trus baru tau. Terus tak boleh bangun, terus tak boleh duduk. Biasanya bila kita jatuh pasti akan ada SESEORANG yang akan menghulurkan TANGAN untuk kita sambut. Takpun kita akan berusaha BERPAUT kepada sesuatu yang lebih kukuh.

Nah, itu normal, jatuh kena bangun. Jadiknya kenapa bila kita jatuh kita terus-terus menjatuhkan diri kita? Kamonlah, rulesnya JATUH terus BANGUN!

Ayoh sume! Kita bangun! Jom pi kedai mamak dulu! Opsss...kita minum dulu yer hehehe


Photobucket 

13 February 2010

Bila Orang Bercakap

Selamat Hari-Hari

Sedikit tak paham bila masih ada orang melayu muslim islam kita mempersoalkan tentang sambutan Hari Valentine. Aneh dan pelik. Takkan kita masih tak paham, umat Islam tidak boleh menyambut Hari Valentine kerana itu bukan cara kita. Nak ucapkan selamat kepada kekasih, nah, ucapkan sahaja hari-hari. InsyaALLAH semakin bertambah erat perhubungan. Lainlah kalu malam, mestilah kita ucapkan selamat malam pabila malam hari sahaja, bukan pada siang hari. Tetapi kekasih ialah seseorang yang kita jumpe hari-hari. So, ucapkan sajalah hari-hari. Tak salah pun. Lagipun lagi bagus sebab hari-hari kita ingt kekasih kita kan.


Photobucket

12 February 2010

Apa Barang Beb?

Terjual, Menjual dan Dijual


Amacam, panas lagi memanaskan tak tajuk tu? Hehehe, sengaja dicipta, tapi bukan pasal kisah panas atau sewaktu dengannya. Cuma ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang etika bisnes. Yes, maybe saya bukan paling layak untuk berbicara tentang ni, tapi tak salah kan kalu kita sharing is caring :)

Saya rasa sejak dua menjak ni banyak bebenor program perniagaan yang ada dalam facebook nih. Saya rasa korang pun tau, saya pun tak nak sebut nama. Tapi satu saya ingin ingatkan pada kawan-kawan semua, yang orang kampung saya selalu cakap, 'easy money, easy go' Apa maksudnya? Orang kampung saya yang belah darat pulak cakap maksudnya cenggini, dapat duit dengan segera, pasti akan hilang dengan segera. Paham ke? Kalau tak paham buat-buat paham jela okeh. Yeah, that right, good macam tu la orang kampung saya cakap heheh.

Nak kaya kenalah berusaha kan? NO SHORTCUT orang kampung saya kata lagi. Macam program swishcash dahulu. So, kalu anda melakukan perniagaan atau pelaburan, pastikan anda mematuhi etika pernigaan anda. Jangan duk kejar kepala orang jerk (head hunter) sampai mengabaikan produk. Kenalkanlah produk anda dahulu dan pastikan anda betul-betul paham apa yang anda jualkan! Konsep mereplika atau mengikut membuta tuli samalah ibarat lembu dicucuk hidungnya.

Owh, saya tak kata anda yang membaca blog ini, saya berkata pada orang di planet zargus sana hehe.

Gong Xi Fa Chai!


Photobucket

10 February 2010

Tanya Sama Hati

Blurrr...blurrrred...blurrresssttt

Penah tak tetiba korang rasa tak bermaya? Hidup macam ntah apa-apa ntah, rasa macam hidup takda erti dan sebagainya? Rilekss, itu bukan tanda korang ada penyakit jantung atau penyakit tubuh badan yang kronik, cuma korang mungkin ada penyakit kurang motivasi yang kronik! Atau dalam kata lain, dah takda motivasi dalam siri.

So, camana ni doktor? Saya kena buat apa? Saya kena makan tak hengat dunia ke? Saya kena menjerit-jerit macam orang gila ke? Ke saya kena berlari sampai tak cukup tanah?

Owh...nehi². Jangan buat begitu beb. Apa yang korang perlukan ialah duduk sejenak, tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus! Kemudian, cubalah bangkit semula dan buat perkara-perkara berikut;
  1. Perbaiki Imej anda
  2. Lakukan senaman ringan
  3. Senyum
  4. Berfikiran positif
  5. Dapatkan tido yang mencukupi
  6. Luahkan pada seseorang
  7. Curahkan atas kertas
  8. Bersedia untuk berubah
  9. Cari kegemaran baru
  10. Bertegaslah!
Dan jangan lupa, dalam apa keadaan sekali pun, hormatilah diri anda kerana dengan menghormati diri sendiri secar atak langsung kita akan mendapat nilai diri yang tinggi. Orang yang selalu memandang rendah dirinya akan sentiasa rendah lagi merendahkan. Camana orang nak pandang tinggi pada kita kalu kita sendiri tak pernah pandang tinggi pada diri kita kan? Nampak tiang tu? Haaa, pi langgar, sure tersedar dari tido yang lena hehehe [jangan dibuat pulakkk, ni perumpamaan jerkk]

p/s: bacaan lanjut boleh didapati dalam buku "Membina Jati Diri Gemilang" oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Photobucket

27 January 2010

Bila Orang Bercakap

Sama Dan Serupa

Situasi 1 - Lif

'ting'
"lif ni nak pegi mana?"
"ke atas"
"naik ke?"


Situasi 2 - Kereta

"Nak ikut mana ni?"
"Tegak je"
"Terus ke?"



Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin