24 June 2008

Ini ada satu cerita!

Gajah oh Gajah!

Tak tau la kalu korang pernah dengar cerita ni atau tak.

Al-kisah....

Dalam sebuah kampung tinggal 6 orang pemuda yang buta. Mereka duduk dalam satu rumah. Walaupun buta, mereka mempunyai skill membuat kraftangan yang sangat cantik. Masing-masing cuba menyaingi diri masing-masing untuk menunjukkan bahawa mereka adalah orang yang hebat.

Pada suatu hari...

Pemuda yang pertama teringin benar nak mengetahui tentang gajah. So, dia pun bertanyala pada kawan-kawan dia yang lain. Masing-masing tidak tahu bagaimana nak menceritakan tentang gajah kerana mereka tidak dapat melihat. Setelah puas berfikir, salah seorang daripada mereka mendapat satu idea.

"Apa kata kita pergi berjumpa Ketua Kampung dan minta dia ceritakan pada kita bagaimana haiwan yang bernama gajah itu"

"Setuju!"

Maka mereka pun berangkatlah ke rumah Ketua Kampung. Setelah sampai disana, mereka pun menceritakan hajat mereka kepada Ketua Kampung. Sambil mengangguk-angguk, Ketua Kampung berkata;

"Baik, aku paham permintaan korang semua ni. Mari aku tunjukkan kepada korang rupa gajah yang sebenarnya. Kebetulan aku ada bela sekor gak kat belakang rumah ni"

Mereka beramai-ramai pun berjalan bersama Ketua Kampung ke belakang rumah untuk mengetahui tentang gajah tersebut.

"Hah, itulah gajah yang maksudkan tadi"

Lantas pemuda buta tersebut tadi terus berbondong-bondong menghampiri haiwan tersebut. Ada yang memegang ekor, ada yang memegang telinga, ada yang memegang kaki, ada yang memegang badan gajah tersebut.

Kemudian pemuda pertama berkata;

"Owh, aku dah tahu bagaimana rupa gajah yang sebenarnya. Gajah ni kurus rupanya" sambil beliau memegang ekor gajah tersebut.

"Bukan, gajah ni lebar dan tipis" jawab pemuda kedua sambil mengusap-ngusap telinga gajah tadi

"Kamu semua salah, gajah ni panjang dan lembut" jawab pemuda ke tiga sambil memegang belalai gajah tadi

Ketua Kampung hanya tersenyum memerhatikan gelagat pemuda-pemuda tadi. Tammat.

Erkk...macam tu je cerita? hehehe. Kalu aku citer panjang lebar ni kang ada yang tertidur plak baca blog ni karang. BTW, aku nak korang tengok apa moral di sebalik cerita ni. Dapat? Biar aku bagi hint; Kalau kita tak tahu tentang sesuatu dan hanya mendengar daripada mulut orang lain, perkara itu tak semestinya betul. Anda perlu lihat sendiri, baru boleh percaya! Kadanag-kadang orang lebih suka menceritakan tentang sesuatu tanpa mencubanya atau melihatnya. Mereka lebih mudah percaya cerita-cerita dari internet dan daripada membe² yang kadang-kadang tidak pernah mencuba sendiri!

Renung-renungkan...dan selamat beramal! (^_^)

p/s: melompat lebih jauh!

2 comments:

Anonymous said...

incik gajus..
saya rasa..kalo nak tau pasal something kita kena dapatkan dari sumber yg boleh dipercayai..
pastu..orang yg nk tukang cerita tu plak mestila beri penerangan yg lebih details..sbb org2 tu buta..
contohnya..dia cerita..ha ni belalai gajah..bg la smua org buta tu pegang dan discribe..
tu jala..kiranya jgn suruh dia pi pegang gajah tu buta2 cam tu ja la..tq

aL-gOjO said...

mana ada orang sekarang nak macam tu. bila cakap gajah jerkk, sume pegang part ynaglain-lain. tu sebab la diorang citer gajah tu lain dari yang lain. kena ada sorang yang guide la cite sume-sume tu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin