Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri."
Baca selanjutnya [sumber]
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Terkejut aku bila aku baca artikel ni malam tadi. Tun Mahathir keluar dari UMNO setelah 22 tahun menjadi PM dan menerajui UMNO. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja Tun mengumumkan tindakan keluar parti?
Kita semua tahu BN mengalami kekalahan yang agak teruk pada Pilihanraya ke-12 yang lalu. Walaupun masih memerintah Malaysia, kehilangan 5 Negeri bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Di Johor sendiri yang dikatakan kubu kuat Bn juga sedikit sebanyak sudah ditembusi dengan lubang-lubang kecil dimana jika tidak ditampal dengan segera, lubang-lubang ini akan menyebabkan rekahan dan seterusnya memecahkan tembok kebal Negeri Johor!
Kalau mengikut kata-kata Tun dalam blognya;
"UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara."
Aku tak suka nak bagi pendapat bila aku pun tak tau apa-apa. Aku cuma ada dengar khabar angin yang bertiup pasal kewujudan kroni nih.
Pada aku mesti ada sebab kukuh Tun buat keputusan macam tu. Kalau kita nak lihat tahap kesepakatan orang-orang melayu lepas PRU-12, ianya amatlah mendukacitakan. Aku ada baca dalam satu blog. Orang melayu hanya bersatu di Perut!
Apapun keputusan Tun, kita sebagai orang melayu khususnya, kenala banyak berfikir menggunakan akal fikiran akan rasional disebalik apa yang telah berlaku. Mungkin benar Tun amat kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kana kita atau mungkin ada sebab lain. Kita fikirkan...
p/s: suka cara Tun berfikir jauh
Bacaan lanjut:
[sumber]

1 comment:
NO KOMEN!
Post a Comment