19 May 2008

BERITA: Hajat Terakhir

Ni lagi satu cerita hangat! Aku pun ada terima melalui emel gak pasal ni. Orang kata lagu ni ditulis oleh seorang banduan yang menunggu hukuman matinya. Bila aku baca metro, maka kesahihan atau cerita sebenar disebalik lagu ini telah terbongkar! Berita lanjut seperti dibawah. Untuk info lanjut sila klik sumber.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hajat terakhir

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belum pun reda kisah penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya mengandungi santau dan boleh membunuh, satu lagi ‘bahana’ kecanggihan teknologi membabitkan penyebaran lagu dan klip video didakwa nyanyian seorang banduan akhir untuk kekasihnya kini dikesan menjadi perbualan hangat penduduk negara ini.

Lagu dan klip video yang tersebar di telefon bimbit dan laman web YouTube itu benar-benar mempengaruhi penduduk negara ini apabila ada yang percaya dan simpati dengan nasib banduan berkenaan.

Kakitangan swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 32, berkata dia menerima lagu dan klip video itu daripada seorang rakan yang memberitahunya, lagu dihasilkan seorang banduan yang menunggu masa untuk dijatuhi hukuman gantung.

“Lagunya memang menyayat hati. Tajuknya Cinta Tiga Segi, tetapi saya diberitahu ada judul lain untuk lagu itu.

“Berdasarkan cerita beberapa rakan yang mempunyai lagu dan klip video itu, ia mengisahkan seorang lelaki bernama Hazwan yang dihukum gantung kerana membunuh bekas kekasih dan teman lelaki kekasihnya,” katanya.

Menurut Razman, atas dasar cinta sejati, lelaki itu dikatakan membuat permintaan terakhir untuk menyanyi dan merakam lagu ciptaannya khusus untuk kekasihnya sehari sebelum dia dihukum gantung.

“Kisah Hazwan memang mengundang simpati. Kerana cinta, dia sanggup membunuh dan ketika menunggu hukuman mati, dia masih mengingati bekas kekasih,” katanya.

Pelajar, Anita Awang, 26, berkata dia turut menerima lagu dan klip video itu tiga hari lalu.

Katanya, tajuk lagu yang diterima adalah Permintaan Terakhir dan berdasarkan maklumat daripada rakan, lagu itu dinyanyikan oleh banduan bernama Hazwan.

“Di kalangan rakan, mereka mengingati lagu itu sebagai lagu banduan. Pasang saja lagu itu, memang ramai tahu. Sambil mendengar lagu itu, masing-masing akan bercerita mengenai kisah di sebalik lagu itu,” katanya.

Berdasarkan carian Metro Ahad di laman web YouTube, lagu dan klip video berkenaan mendapat sambutan hangat apabila capaian pengunjungnya mencecah ratusan ribu orang.

Selain menggunakan judul Cinta Tiga Segi dan Permintaan Terakhir, lagu itu turut diberi judul Perangkap Cinta.

Ada sekurang-kurang-kurangnya 20 versi menggunakan tiga judul lagu itu dan yang menariknya pada bahagian komen, pelbagai andaian dibuat.

Ada yang benar-benar percaya, malah mengatakan kisah itu berlaku di Kedah. Ada juga yang memberi maklumat Hazwan sudah meninggal dunia, tetapi bukan kerana hukuman gantung, sebaliknya sakit jantung.

Bagaimanapun, siasatan dilakukan mendapati lagu dan klip video itu hanya hiburan semata-mata tanpa ada kaitan dengan kisah banduan bernama Hazwan.

Ini kerana, menerusi satu klip video dikirim oleh individu bernama Ayie dari Singapura, dia mengakui lagu itu ciptaannya. Pada klip video itu disertakan rakaman video dia dan seorang lagi rakan memainkan lagu itu serta maklumat mengenai lagu yang dihasilkannya.

Metro Ahad menghubungi Ayie menerusi e-mel dan berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Menurut Ayie, dia sedar tidak semua orang percaya dia mencipta lagu itu kerana ramai mendapat tahu lagu itu menerusi rakan dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, katanya, tiap yang benar akan tetap selalu jadi yang benar.

“Lagu itu saya cipta pada 1998 dengan judul ‘Perangkap Cinta’ ketika di bangku sekolah. Saya masih ‘hijau’ lagi dalam mengarang lagu kerana teringin sangat menjadi penyanyi.

“Kerana ditinggalkan kekasih yang saya tunggu bertahun-tahun, saya menggunakan kisah hidup saya untuk mendapat ilham mencipta lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, dia memberi lagu itu kepada rakannya untuk didengar dan ia menjadi detik permulaan lagunya tersebar.

“Seorang rakan menyuruh saya merakam lagu itu supaya dia boleh menyimpannya di dalam komputernya. Dia memberi rakan perempuannya mendengarnya dan saya percaya dari situ, mulalah merebak cerita mengenai lagu saya melalui perkongsian fail di komputer.

“Seorang rakan saya lagi pula dihukum penjara kerana kes gaduh dan dadah. Dia pula menyanyikan lagu saya di penjara dan memberitahu saya, waktu di penjara, sesiapa yang mendengar memang suka lagu itu,” katanya.

Menurut Ayie, lagunya mula tersebar di Singapura pada 2001 dan semua orang di Singapura tahu itu lagunya.

“Lagu itu dah “hot” berapa tahun lalu di Singapura dan ia menjadi kontroversi di Malaysia tahun lalu, malah sehingga hari ini. Saya tak mampu lagi mengulangi kisah lagu saya pada setiap orang yang ingin tahu mengenai lagu itu.

“Tiada gunanya saya menipu. Saya tak ‘makan’ duit daripada lagu itu dan saya tak inginkan nama untuk lagu itu,” katanya.

Ayie berkata, cerita mengenai banduan yang dikatakan mencipta lagu itu adalah tidak benar.

“Jika benar banduan itu menciptanya, sila beritahu keluarganya supaya menghubungi saya secepat mungkin.

“Lagu itu juga bukan daripada kumpulan Strategi seperti didakwa pihak tertentu. Rakaman versi rock lagu itu adalah daripada kawan baik saya yang merakam lagu itu menggunakan komputer di rumah,” katanya.

[sumber]

2 comments:

+ernie+asyura+ said...

huh..bteul gakkan..
kalo orang dok dlm penjara,..camana nk bawak sgala henpon ka nak rakam video tuh..

tp mana la tau kan..kan itu hajat terakhir..hhehe
nyanyi2 pon tarak guna..girlfrren kan dah mati kena bunuh..ish3

tapi apa2 pon lagu tu memang menyentuh hati. :)

video itu incik algojos yg bg sy aritu,kan..hahahaha :))

nadzunix said...

dapat lagu ni dr awal tahun arituh ..
dan br dpt foward: email dr ayie ni bulan lepas ...

tp tulah x tau mana yg betul ...
tp kalo betul itu hajat terakhir banduan@arwah ... nak wat mcm mana kan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin