22 May 2008

Putra LRT: Station Masjid Jamek

Ketemu lagi kita!

Salam Ceria! Warga kerja, apa khabar? Adik-adik student, apa khabar? Uncle jual buah, ni hao ma? Uncle surat khabar, அப க்சபர்? hehehe. Macam ni baru nampak berbilang bangsa kan?

Tau tak kat mana lokasi ni:

Yes! Station Putra LRT Masjid Jamek. Belakang tu plak jalan yang famous, Jalan Masjid India. Kalau tak silap aku la dah hampir 7 bulan projek menaiktaraf/mencantikkan/dan sebagainya la ini dijalankan. Aku yang lalu hari² pegi kerja dengan balik kerja ni pun tak nampak sangat apa sebenarnya yang telah dibuat oleh kontraktor² berkenaan.

Persoalannya, kenapa memerlukan masa yang begitu lama untuk menyiapkan projek tersebut? Adakah projek ni telah di 'Ali Baba' kan oleh kontraktor tersebut atau sumber kewangan mereka yang tidak cukup? atau pun mereka telah terjumpa tapak sejarah bawah tanah semasa kerja menggali dijalankan atau terdapat emas yang berketul² dalam tu sampai mengambil masa untuk disiapkan?

Sekali lagi, bila sesuatu projek yang berkaitan dengan kemudahan umum di lewatkan atau ditangguhkan perlaksanaannya, selagi itu lah ianya akan menyusahkan rakyat!

Kita tunggu jela bila pintu stesen Putra Masjid Jamek sebelah ni akan dibuke semula.

p/s: naik motor dah sekarang







1 comment:

Anonymous said...

algojos dah merempit dah sekarang..hoho..
tapi dia pembonceng saja :p
keh3..berhati2 di jln raya!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin