21 April 2008

Rempit oh Rempit

"Illegal road racers and Mat Rempits may face three strokes of rotan under proposed amendments to the Road Transport Act of 1987, according to Federal Traffic chief Senior Asst Comm II Datuk Hamza Taib." -source www.paultan-

Pada pendapat gue, seorang rakyat yang biasa-biasa ini, walau macam mana pindaan yang dibuat pun tetapi kalu takda perlaksanaannye, baik tak payah buat! Jangan membazirkan kertas dengan membuat pindaan di atas akta semata-mata tanpa sebarang tindakan...kalau boleh jangan kata rotan, bagi lagi hukuman yang lebih berat untuk mengajar mereka-mereka ini!

Aku bukan prejudis atau subjudis atau sewaktu denganya. Tapi kadang-kadang kita tengok sendiri dengan mata dan kepala kita yang mereka ni selalunya kurang ajar dan membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain. Kalu nak mati, matila sorang-sorang beb...jangan susahkan orang lain!

Aku bukan omong kosong, korang boleh tengok sendiri klip aku dapat dari paultan ni. aku nak extract klip dia tak dapat-dapat, aku paste link trus! senang. korang boleh klik sendiri dan tengok mangsa mat rempit ni:

http://paultan.org/archives/2008/04/19/stricter-laws-for-mat-rempits-but-will-there-be-any-enforcement/

Kebanyakkan punca berlakunya kemalangan adalah akibat kecuaian mat rempit itu sendiri! dah tau jalan tu sehala, yang ko pegi buat dua hala tu nape? dahla macam tu, yang ko bawak macam tak ingat dunia tu plak nape? buat aksi berani-bodo untuk tarik perhatian orang. Korang kena ingat...semua tu useless!! dalam bahasa melayunya tak guna walau sesen pun! giler ah, duit satu sen pun guna...ni plak sat usen pun tak guna! memang sia-sia....

Yang aku cukup sedih bila aktiviti mat rempit ni semua di anggotai oleh kaum melayu kita sendiri..sedarlah anak-anak bangsa, PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA. Kalu pemuda pun dah tak boleh harap,pemudi plak dah jadi tiang bengkok, camana agaknya negara kita 20 tahun, 30 tahun hatta 40 tahun akan datang?

Sikap mak bapak (ampunn kalu ada yang terasa) juga memainkan peranan penting dalam menangani gejala ni. Aku cadangkan Mak Bapak juga di kenakan tindakan sekiranya anak mereka terlibat dalam aktiviti yang menyusahkan orang ramai ni. atas dakwaan apa? atas dakwaan gagal mendidik anak masing-masing! takdala kena tindakan penjara ke apa ke...cuma aku cadangkan dikenakan tindakan kaunseling ada keluarga mereka ini.

Aku sendiri penah lalui pengalaman yang menyakitkan hati dengan diorang ni...ada sekali tu mas aku tengah drive on da way ke Batu Pahat. sampai kat jambatan Batu Pahat tu tetiba jalan jadi jem semacam. aku ingat ada eksiden ke apa, rupa-rupanya tengah ada sekumpulan mat rempit bodo ni tengah bawak moto macam jambatan tu mak bapak diorang yang punya! dahla ramai (dalam 20-30 motor) memasing bawak penuhkan jambatan tu. aku kereta yang ketiga..depan aku sekalitu aku perasan kete yang dibawa oleh perempuan. slow je dia bawak seba takut. nak hon pun tak berani. membe aku apa lagi, terus tepon polis batu pahat trus..yang sakit hati time tepon polis ni ada gak...tanya macam-macam plak! kalu orang dah repot tu, datang jela tengok!

Haii....camanala nak mengajar budak-budak melayu ni....selagi diorang terus dengan sikap alpa diorang tuh, selagi tu la kita tak maju-maju!

Kamonla kaumku...bangun-bangun!!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin