25 April 2008

Polis oh Polis!

Masa balik semalam aku ikut Lebuh AMJ (by-pass baru Muar – Melaka). Sampai kat satu simpang traffic light sebelum Rembia tu (aku lupa la nama simpang tu), aku pun berenti la sebab lampu merah. Sambil tu tangan memegang henpon sambil cek-cek mesej. Tetiba satu moto polis traifc berenti sebelah aku. Gulpp!! Terus aku letak henpon kat dashbod, takut beb! Kang tak pasal-pasal kena saman. Encik polis tu tengok je aku, aku pun dengan cara biasa melemparkan sebuah senyuman pada beliau heheh. Masa tu lampu merah lagi. Memang lama skit lampu merah kat Melaka ni. Tetiba encik polis tu (aku rasa sebab dia tak tahan panas atau sebab nak pi toilet kottt) terus memecut laju motor dia melanggar lampu merah tu, di ulangi langgar lampu merah tu! Siap buka lampu biru lip-lap lip-lap dia tu lagi. Geng-geng motor belakang dia aku tengok tercenggang-cenggang jerk…antara nak ikut atau tak…yele sebab lampu merah beb! Pemandu kereta sebelah kanan aku siap geleng kepala lagi. Aku pun senyum sendiri…

Kepada abang-abang polis atau tuan-tuan polis, kepimpinan melalui teladan. Kalu tuan-tuan sendiri sebagai penguatkuasa undang-undang melanggar undang-undang, apala agaknya orang bakal cakap nanti.

“Tengok polis tu, selumber je langgar lampu merah”

Ala, takpe..dia kan polis..”

Nehi, nehi…bukan macam tu! Kalu aku nak kata dia tengah escort orang besar,tak juga. Ada hal emergency lepas tu kena jaga jalan, tak juga. Kena kejar penjenayah, tak juga…memang la jalan tu lenggang…tapi integriti kena jaga beb! Integriti apa kebenda tu? Tak paham? Sila rujuk kamus.

No heart feeling aaa abang-abang polis, sekadar teguran J

Bukan bermakna anda ada kuasa, anda boleh buat apa aja. Kita ada undang-undang sendiri. Pada aku setiap rakyat kena tau apa hak dia. Macam korangla…jangan takut tak tentu pasal. Korang boleh rujuk Perlembagaan Persekutuan untuk tau hak korang. Boleh rujuk Akta Polis untuk tau apa yang korang boleh mintak balik kat polis bila dia tahan korang. Semua-semua ni simple, tapi penting. Dengan tau hak korang, korang takkan mudah tertipu. Tak semestinya anggota polis yang berunifom tu ialah polis, percaya tak? Sebab tu kita banyak didedahkan dengan kes-kes anggota-anggota polis palsu ni. Kita sendiri mau kena ingat beb!

1 comment:

Anonymous said...

Ala..polis tu saja ja nak test..
kalo ada org ikut gak dia time2 tu gak saman :p
nasib baik smua ponn buat2 baik :D
tahniah2;)


~Asyura~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin