25 April 2008

Berita Terkejut!

Lepas urusan di Kastam Melaka selesai hari rabu tu aku singgah sekejap dekat ofis membe dengan misi yang lain. Bila jumpa membe ni banyakla berita up to date yang dapat. Ada juga berita terkejut dan berita kelakar dari membe-membe.

Mula-mula singgah dulu kat bengkel membe ‘M.V. Trading’ kat Jalan Tanjung Agas, Muar (semua kereta dia boleh baiki, ferarri pun boleh kalu ada yang nak hantar hehe). Borak punya borak tengok membe bakal jadi usahawan ikan keli! Uwahhh!! Ikan keli ke? Siap ada 8 kolam dah kat belakang umah! Bagus beb, bagus! Teruskan usaha anda! Sesungguh salah satu cabang rezki itu ada pada perniagaan. Rasulullah pun dulu berniaga juga kan. Aku nak cite pasal ikan keli pun tak guna, sebab korang tau la kan ikan keli. Sapa yang ‘peminat susah mati’ (die hard fan) ikan keli ni bolehla berhubung dengan membe aku ni kalu nak beli ikan ni. Korang nak 500 ekor on da spot pun boleh dapat! Ikan membe aku ni tak hanyir sebab dia buat kolam simen, bukan kolam tanah. Lepas tu plak makan ‘palet’ yang dibekalkan oleh jabatan pertanian. Takda makan benda-benda pelik macam isi ayam ke apa ke. Oppss, lupa…membe aku kat Bakri, Muar. So orang muar boleh cari dia J

Singgah pulak kat Tetuan Tay Puay Chuan & Co, jumpe cik loyer zila kat ofis dia. Masuk-masuk je dia cakap ada berita terkini.

“Saya punya majlis bulan 8 ni”

Erkkk!! Diam tak diam je ye ko zila. Aku rasa tak sampai setahun pun aku tinggalkan muar tuh, tengok-tengok membe dah nak kawin. Apa lagi, aku pun jadila abg nas kejap, kita terjahh!! Ahahaha. Cerita punya cerita, rupanya baru saja dirisik oleh keluarga sebelah taman perumahan (OoOhooo). Sangat simple, dia kata takda tunang-tunang, trus masjlis jerk. Alhamdulillah, bagusla macam tu J eh, sapa nama bakal ko tu? Eddy? Aku tak tengok pun lagi orang nya. Jangan lupa tunjukkan pada membe-membe nanti beb! So, buat zila dan eddy, selamat melangkah ke gerbang perkahwinan! Err…kursus kawin dah pegi? Hehehe sukses!

P/s: aku bila lagi? Sabarr…

Cerita plak pasal sorang membe kat JA Nathan… en. Arfizan kita dengan swif nye. Dulu masa aku kenal dia ni aku ingat otai mana la jalan sorang-sorang kat mahkamah tu. Nak tegur pun takut beb! Bila dah kenal rupa-rupanya sekepala plak!

Dulu dia pakai satria…ala satria biasa jerk heheh. Lepas aku beli gen2 sama farid beli neo, dia trus angkat swif! Mak aaii! Terkejut den. Berita terkini aku dengar dia eksiden plak!! Terkejut gak aku. Aku tanya membe dia ok tak? Eksiden dengan apa? Bila tanya eksiden dengan apa, membe dah gelak dulu…adehh…ni yang buat aku muskil ni…

“kete dia kena langgar dengan babi masa jalan kat parit jawa”

Erkkk!!!! (tahan gelak) bbeetuii ke ni? Ahahaha adehhhh…abis bumper depan rosak teruk katanya…dia ok. Haiwan itu mati di tempat kejadian……

Perghhh…swift kena langgar dengan haiwan itu sampai rosak bumper beb! Eh, fizan, jangan lupa samak kete ko bila dah siap nanti heheheh

Buat membe-membe yang aku tak sempat jumpe, mintak maaf banyak-banyak! Bukan sengaja, tapi masa amat mencemburui kita. insyaAllah kita kan berjumpa juga nanti J Kolumpur – Muar bukan jauh beb hehehe

2 comments:

laiciemanis said...

kalo nak kire kes fizan tu mmg bole buat sumer org terkezut gitu..hehe merana lar dier..baby kena masuk wad la katekan..kuikuikui

Anonymous said...

wah..kak zila dah nk kawen eh..huhuh..tahniah2..eddy tu cina ka mlayu?haha..almaklumla..ex supervisor nama eddy gak cina :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin