Showing posts with label Minyak. Show all posts
Showing posts with label Minyak. Show all posts

07 August 2008

Bila jari menari ...

Masih berbicara soal moral dan sikap.

Sapa dapat full mark masa amik lesen memandu dulu? tak kire la, masa amik ujian 'L' atau ujian memandu. Bukan dapat full mark sebab 'undertable money' tapi dapat ful mark atas usaha sendiri. Ada sesapa? Kalu ada, tahniah, anda memang seorang pemandu yang berkhemah!

Tapi sikap rakyat Malaysia ni lain skittt. Kalau dia jalan kaki punya la bersopan santun. Orang kata sampai pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah bawak kereta @ motor, abis semut tu bersepai kena langgar! Realiti dan bukan omong kosong. Percaya tak kalau geng kita yang biasa kita nampak kat ofis punyala innocent, nerd, pendiam tapi bila dia dah start masuk dalam kereta, perangai dah berubah! Daripada innocent jadi hilang arah dan pertimbangan! Bawak kereta macam bawak jet lajunya. Sabarla beb, ko bawak laju ke slow macam siput sedut ke, ko pun sampai jugak!

Ada ke orang bawak slow tak sampai? Setakat ni yang aku dengar orang yang bawak laju jarang sampai. Sebab apa, sebab dia bawak dah terlampau laju sampai langgar tiang lampu!! Yang bawak slow tak sampai sebab dia tengah tengok orang yang melanggar tiang lampu tu!

Apa bezanya? Ko bawak laju pun ko sampai (dengan selamat), ko bawak slow pun ko sampai (kompom selamat!).

Aku suka travel malam kalau balik kampung sebab jalan agak clear. Banyak kali kalu aku balik malam, hiway PLUS tu dah jadi macam litar lumba. Semua orang nak duduk lane kanan. Kalau duduk lane kanan tu bawak laju takpela jugak, ni bawak macam siput sedut! Sampai jemm lane kanan tu! Hairan bin Ajaib! Bila lane kanan dah jem, lane kiri pulak bertukar secara automatik jadi lane paling laju. Lane tengah jugak yang maintain. Ada sekali tu aku yang tengah memandu kat lane tengah pun kena 'blink²' lampu dari kete belakang. Aku rasa aku bawak dah cukup laju. Tapi masih kena blink² lampu. Aku tengok cermin belakang, laaaa...myvi jeke. Dah tau ko nak laju, ko masuk jela lane kanan. Yang ko nak cucuk aku kat lane tengah nape pulak. Oh ya, lane kanan banyak sangat kete merc dengan bm sebab tu ko tak berani masuk kan. Ish³. Aku pun rasa simpati juga dengan myvi tu. So aku tukar gear 4....nak slow, nak masuk lane kiri sama kasi dia potong. Bila dia dah nak potong tu........aku tuka gear 5, terus pecut masuk lane tengah balik tinggalkan dia!!! Hahahahahahahaha. Sapa suruh main blink² dengan aku. Silau tau. Oh ya, JANGAN DITIRU AKSI INI heheheh.

Niat aku memang baik masa tu. Cuma tu la aku cakap, moral dan sikap. Kadang² terlupa juga...ya ampunn!!


p/s: bila lagi minyak mau turun?

15 July 2008

DEBAT: Shabery vs Anwar

Tak kire, aku nak tulis pasal politik juge!

Pemandangan aku ni adalah selepas melihat secara langsung siaran debat antara dua orang tokoh iaitu Menteri Penerangan Malaysia sendiri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku bukan mahu menyokong mana-mana pihak dalam hal ni.

Tepat jam 9.00 mlm, debat dimulakan.
Round Pertama, hujahan pembukaan kedua-dua pihak.

DSAI telah mengemukakan cadangan beliau bahawa sekiranya PR memerintah negara pada malam ni, esok minyak akan turun sebanyak 50 sen. Bermakna dari RM2.70 sekarang, esok harga minyak akan jadi RM2.20. Beliau memberikan alasan² bahawa dengan menjimatkan sebanyak RM3 billion, harga minyak mampu diturunkan serta merta esok pagi!

DAS, Menteri Penerangan memulakan hujah beliau dengan penuh sindiran kepada DSAI. Satu faktor yang aku tak berapa gemar. Kenapa tak terus dengan hujah beliau mempertahankan tindakan negara menaikan harga minyak? DAS menyatakan bahawa faktor kenaikan harga minyak adalah satu tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Di mana dengan kenaikan harga minyak, subsidi kerajaan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat di agihkan kepada rakyat.

Round Kedua
Soala dari wakil-wakil pendebat. Dimulakan dengan wakil DAS memberi kan soalan kepada DSAI.

Soalan yang lebih kepada ucapan pada perkiraan aku dan meleret-leret serta penuh sindiran. Beliau menyatakan bahawa mengapa DSAI berhujah 'lari' daripada tajuk dan menyentuh kepada IPP dan sebagainya. Dan soalan ini dijawab dengan tenang oleh DSAI bahawa minyak juga melibatkan gas. Dan cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak ini adalah berdasarkan perkiraaan dan keuntungan yang telah di perolehi oleh Petronas sendiri. Penurunan harga minyak in iadalah secara berperingkat-peringkat dan bukanlah mendadak.

Soalan seterusnya adalah daripada wakil DSAI kepada DSA. Satu soalan yang direct to the point pada aku. Bagaimana kerajaan menggunakan keuntungan hasil daripada penjimatan subsidi yang diperolehi. Aku lihat disini DSA menjawab secara meleret-leret dan pada aku la, tak tau la orang lain, tak menjawab soalan pun

Round Ketiga
Soalan Cepu Emas

Soalan dari DSAI kepada DSA berkenaan peranan media dan seterusnya tindakan kerajaan dalam menaikkan harga minyak. DSA menjawab dengan panjang lebar menerangkan perlunya kenaikan untuk mengurangkan bebanan kerajaan dalam memberikan subsidi dan bla..bla..bla..

Soalan seterusnya dari DSA kepada DSAI berkenaan tindakan beliau semasa di kerajaan dahulu.

Seterusnya ucapan penggulungan hujah daripada kedua-dua pihak

Kesimpulan

Betul juga orang kata, orang tua lebih banyak makan garam daripada orang muda. Agak sedikit kaciwa dengan sikap Pak Menteri. Mengapa perlu menyerang peribadi DSAI sedangkan debat ini adalah berkenaan minyak. Aku rasa tidak perlu 'mengenang' kembali kisah² Anwar sewaktu dikerajaan dulu sejak tahun 1974. Aku rasa dia pun tak lahir lagi! Pada pemandangan aku Pak Menteri lebih banyak 'menyerang peribadi' Anwar daripada mengeluarkan fakta² yang relevan dalam debat sebentar tadi. Aku ingatkan beliau akan lebih menerangkan langkah² susulan kerajaan dalam menghadapi kenaikan harga minyak khususnya dalam meringankan beban rakyat! Kenapa perlu mempersoalkan tindakan yang akan dilakukan oleh PR menurunkan minyak hanya sekadar 50 sen pada hari esok dan bukan terus kepada RM1 dansebagainya? Aku bersetuju juga dengan DSAI sedikit, bahawa penurunan ini adalah berperingkat. Logik juga tu. Takkan esok PR memerintah, terus minyak turun RM2.00. Bankrup la kerajaan! Pada aku langkah menurunkan 50 sen adalah berpatutan kerana PR baru sehari memerintah.

Aku mengharapkan debat tadi dapat menyakinkan rakyat. Tetapi Pak Menteri tidak dapat memberi apa-apa kata-kata manis untuk rakyat. Pada aku rakyat pasti akan tertawan dengan cadangan PR. Penerangan DSAI walaupun sikit, tapi dapat difikirkan oleh penonton. Ada fakta-fakta yang boleh di anggap logik. Sekadar cadangan, Pak Menteri seharusnya lebih berfikiran terbuka. Dengan sikap yang nampak agak 'ego' aku tak tau la apa rakyat akan fikirkan. Nasib baik kat TV9, bukan sume dapat tengok.

Dalam keadaan hari ini dan saat ini, aku yakin, rakyat pasti akan memilih apa pilihan yang terbaik buat mereka. Mereka tidak kisah sapa yang memerintah asalkan kebajikan rakyat terjaga. Janjikanlah jambatan emas pun kalau keadaaannya tidak logik, pasti sukar untuk diterima rakyat. DSA agak berhati-hati dalam perdebatan tadi. Mungkin tidak mahu memerangkap diri sendiri. DSAI pula kelihatan mempunyai banyak fakta untuk dikatakan tetapi terdapat batasan waktu.

Apapun, tahniah kepada kedua-dua tokoh. At least terungkai juga apa pelan rahsia PR kalu mereka memerintah kerajaan esok pagi! Sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh aku sendiri! Nampak kedua-dua nye bersikap professional terutama DSAI. Mungkin dia lebih banyak pengalaman daripada DSA. Yelah, tengok usia pun dah tau.

Sekali lagi, aku bukan pro sesapa. Hanya pandangan selepas tengok debat tadi.

p/s: sambil minum koko panas

06 June 2008

Sesekali Menulis ...

Minyak Cap Kapak dan Minyak Petrol

Masih berbicara pasal harga minyak. Kalau korang baca paper, isu minyak ni masih hangat di pasaran! Bukan minyak lintah ye bang, pakcik, tapi minyak petrol! Owhhh...bisa bikin orang naik minyak pak!

Aku sempat membaca beberapa artikel dan komen-komen dari kolumnis dari beberapa akhbar dan majalah di internet dan juga dari blogger² seluruh Malaysia. Majoritinya kisah dengan kenaikan harga bahan bakar ni! Orang Besar Petronas juga dah buat sidang akhbar menerangkan tentang kos yang mereka hadapi untuk kerja² cari gali minyak dan maintenancenya. Mengikut kata beliau, telaga² minyak yang ada sekarnag ni hanyalah bersifat talaga kecil sahaja yang berupaya mengeluarkan kira² 10 juta tong sehari berbanding dahulu dimana minyak boleh dikeluarkan kira² 100 juta tong! Dan mereka juga terpaksa melakukan kerja² menggali minyak di laut dalam yang memerlukan kos yang lebih tinggi. Secara puratanya kos mereka telah meningkat sebanyak 200%!

Tu apa yang diorang cakap la. Pada aku lebih kepada defend diri sendiri je. Macamana pulak dengan rakyat yang berada di luar bandar? diorang paham ke semua ni? kalu tanya orang kampung sure ada yang jawab;

"Alah, belakang umah pakcik ni ada banyak minyak!"

tak pun;

"Pakcik boleh tolong buat kerja gali² ni. Sebab pakcik selalu gali kubur untuk orang"

Ada satu ruangan rencana yang menarik aku baca di satu paper. Menurut kolumnis ni, dia kata kerajaan sepatutnya menaikkan harga minyak ni berperingkat-peringkat. Bukan berdesup macam tu! Terkejut beruk rakyat! Cuba kita bayangkan. Kita ibaratkan harga minyak yang tengah hangat dipasaran dunia ni macam Pisang Goreng panas yang dijual di tepi² jalan tu. Kita beli singgit. Kita balik umah. Sampai kat umah umah, kita buka plastik tu. Pisang goreng yang tengah panas² baru turun dari kuali tadi kita telan terus sebiji². Huh! Amacam? terkejut tak perut kita? So, cara yang selamat, kita makan sikit² sambil tiup pelan² bagi dia sejuk. Macam tu la dengan harga minyak la ni. Apa salahnya naikkan sikit²? Bulan ni naik sikit, bulan depan naik sikit, baru cantik. Sambil tu gak bagi rasional kenaikan secara berperingkat. Amik hati pengguna dan rakyat. Baru betul kan?

Tak salah nak naikkan harga minyak. Sebab kita tau harga minyak semakin hari semakin naik. nak tak nak kita kena absorb semua tu.

Satu lagi peristiwa yang kerajaan kena bagi rasional. Sekatan penjualan minyak kepada kenderaan asing. Kira² seminggu sebelum kenaikan minyak ni kerajaan dah buat sekatan harga minyak pada kenderaan asing. Dengan alasan bahawa minyak kita untuk rakyat kita. Pada aku langkah ni bagus. Tapi lepas harga minyak di naikkan secara mendadak haritu, sekatan ini juga telah ditarik balik! Tepuk tangan jiran² kita. Nasib baik kata diorang. Kalau yang dari selatan tu, siap rasa terima kasih pada kerajaan kita sebab dah tarik balik sekatan. Rakyat kita...? terpinga² je.

Aku ada pergi satu talk peluang perniagaan semalam. Talker tu kata, eh, talker ke? Penceramah la heheh. Dia kata bila harga minyak naik, tak langsung semua harga barang akan naik. Aisey aku lupa la istilah dia cakap tu...multi apa ntah. Tapi keadaannya macam ni la; Contoh Ahmad tokey ayam. Bila harga minyak naik dia mesti nak naikkan harga ayam dia gak sebab kos nak hantar dah naik. Bila kedai makan yang terima ayam dari ahmad ni tengok harga ayam dah naik, dia pun akan naikkan harga makanan dia plak. Katala bila Ahmad makan kat kedai yang dia biasa supply ayam ni, dia tengok harga makanan naik. Terus dia dah set dalam kepala dia yang dia mesti naikkan lagi harga ayam dia. Dan keadaan ini akan berterusan!

Kat dalam paper gak, sudah ada Pengusaha bas dang pengangkutan awam dah mula gatal tangan naikkan harga tiket dan tambang mereka. Sepatutnya mereka ni tak mengambil kesempatan,tapi tengok² sama je. Bayangkanla, bila harga minyak naik, ramai diantara kita mula belaja nak naik kenderaan awam. Yang sepanjang hayat tak pernah naik LRT mula belaja naik LRT. Yang tak pernah naik bas, cuba naik bas. Tapi kalau harga tiket pun dah naik, serupa juga diorang naik kenderaan sendiri kan?

Nasib baik ada subsidi yang diberikan olah kerajaan. Tapi ramai yang berpendapat subsidi ini masih tidak dapat menampung kos mereka. Sektor pelancongan sure jatuh merudum! Sapa nak pergi jalan² kalau harga minyak dah naik? Lebih baik diorang duk umah bersama family je, terutama bagi yang berpendapatan sederhana dan kecil. Mengikut satu statistik, di Malaysia seramai 3% rakyat nya berpendapatan dibawah RM2000 sebulan. Bayangkanla, RM2k sebulan dengan yang dah berfamily, camana nak survive?

Dalam muka depan sebuah akhbar hari ni juga menunjukkan ramai pengguna sudah beralih arah ke penggunaan NGV. Aku yakin, bukan setakat NGV sahaja, banyak lagi pengusaha alat penjimatan minyak akan muncul menawarkan produk mereka kepada pengguna. Yela, pengguna mesti nak cari sesuatu yang dapat meminimakan kembali wang mereka. Tak kisahla alat tu berharga ribuan ringgit pun tapi kalau kesannya bagus, sure ramai yang nak pakai. Apapun dalam hal ni pengguna kena bijak memilih. Jangan membe pakai, awak pun nak pakai. Tengok² tak sampai sebulan abis rosak! Jadilah pengguna yang bijak!

Aku juga berpendapatan bahawa sumber bahan api lain macam biodiesal atau apa² la harus diperkenalkan. Kajian tentang bahan² harus dipertingkatkan. Kita kena ingat, simpanan minyak kita pun bukan boleh tahan sampai akhir hayat! lambat laun akan habis juga. Bahan api alternatif harus dibangunkan. Kita kan ramai penyelidik yang bijak pandai. So, lakukan tugas dengan cargass!

Sebenarnya kita semua ni selalu je berharap pada nasib yang baik. Kita harap minyak takkan naik, tapi still naik. Kita harap kita nak cuti² Malaysia, tapi harga minyak sudah naik! Kita harap itu, harap ini tapi hasilnya harapan kita hilang ntah kemana...

Satu je cara nak nak mengatasi semua ni, kita cari peluang! Peluang apa? Boleh emel aku personally :)

-Without Prejudice-

p/s: Nasib baik ada minyak cap kapak!


04 June 2008

Terhangat Di Pasaran!

Harga Minyak Naik: Sume Orang Boleh Naik Minyak!

Ini bukan lagi omongan kosong di tepi² jalan, tapi sudah menjadi realiti! Teringat lagi dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapuk...

"Ini bukan lagi cobaan pak, ini betul²!"

"Cobaaannnn"

Kronologi:

5.45 pm - Dapat sms dari membe kata harga minyak bakal naik

6.30 pm - Sampai umah. Housemate cakap harga minyak naik ke RM2.70!

7.00 pm - Terus keluar pi Pekan Ampang nak isi minyak. Dari jauh dah nampak kereta beratur tepi jalan. Tak boleh jadi ni, aku kuar pi MRR2, cadang nak isi minyak kat Shell tepi jalan tu

7.20 pm - Dah nak sampai Shell. Dari jauh dah nampak kereta beratur. Bagi signal, belok kiri. Tengok² stesen minyak dah full! Takpe, aku boleh tunggu

7.35 pm - Baru dapat isi minyak! Bantai isi full! Alamak kredit kad tak boleh pakai plak, mamat bangla tu cakap. "Abang, harini ini kita offline" siut betui. Keluar cash. Nasib baik ada.

7.45 pm - Sampai umah, terus online. Cari paper internet. Jumpa kat web Malaysiakini. Kompom harga minyak naik esok dari RM1.92 ke RM2.70 (kenaikan sebanyak RM0.78 sen). Giler naik banyak!

8.00 pm - Mengadap Buletin Utama. Dengar Pengumuman PM kita sama interbiu dengan Datuk Shahrir Samad

8.30 pm - Buat posting kat blog ni!

Macam tu la kisahnya. Aku rasa macam baru je baca paper yang harga minyak akan naik dalam bulan Ogos. Tapi tak sangka juga naik secepat ini! Dari RM1.92 seliter sudah jadi RM2.70 seliter! Kenaikan sebanyak RM0.78 sen! Kalu korang tengok carta kat bawah ni; (ikhsan Malaysiakini)


Aku rasa kenaikan paling tinggi adalah dalam tahun ni, 2008. Maybe antara faktor kenaikan harga minyak ni disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia yang tidak dapat lagi di kawal. Dan kerajaan, nak tak nak kena absorb kenaikan harga tu. Antara yang dimuatkan dalam web Malaysiakini;

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Sejak 2004, harga petrol naik sebany7ak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus

Walaupun dengan kenaikan harga minyak ni, masih ada subsidi yang akan diberikan oleh Kerajaan kepada pengguna. Ni kire subsidi la. Apapun, subsidi ni akan dimansuhkan pada masa depan.

Aku terpikir...dengan kenaikan harga minyak ni, tak lama lagi sure harga barang lain akan naik! Kesian gak pada pengguna yang pendapatan isi rumah mereka bawah RM1000 sebulan. Macamana nak survive tu? Kalu yang gomen, gaji sudah naik! Yang swasta ni camana? Boleh ke survive dengan gaji RM800 sebulan? Nak isi minyak lagi, anak sekolah lagi etc².

Aku rasa kerajaan kena amik kire semua ni. Bukan sume orang keje gomen. Yang kerja swasta ni sapa nak bela? Harga barang naik, harga minyak naik, sume naik! gaji tak naik²! Apa cer ni?

Balik tadi borak² dengan housemate, agaknya lepas 5 tahun nanti, pilihanraya sapa yang menag ek? Adehh...tak dapat aku bayangkan walaupun ada terbayang dalam kepala otak. Hmm...bila kena macam ni, sapa tak naik minyak!

Untuk info lanjut pasal info ni korang boleh cek [sini]

p/s: guna minyak rambut murah je

Peluang Hebat Menjana RM900,000

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin