15 July 2008

DEBAT: Shabery vs Anwar

Tak kire, aku nak tulis pasal politik juge!

Pemandangan aku ni adalah selepas melihat secara langsung siaran debat antara dua orang tokoh iaitu Menteri Penerangan Malaysia sendiri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku bukan mahu menyokong mana-mana pihak dalam hal ni.

Tepat jam 9.00 mlm, debat dimulakan.
Round Pertama, hujahan pembukaan kedua-dua pihak.

DSAI telah mengemukakan cadangan beliau bahawa sekiranya PR memerintah negara pada malam ni, esok minyak akan turun sebanyak 50 sen. Bermakna dari RM2.70 sekarang, esok harga minyak akan jadi RM2.20. Beliau memberikan alasan² bahawa dengan menjimatkan sebanyak RM3 billion, harga minyak mampu diturunkan serta merta esok pagi!

DAS, Menteri Penerangan memulakan hujah beliau dengan penuh sindiran kepada DSAI. Satu faktor yang aku tak berapa gemar. Kenapa tak terus dengan hujah beliau mempertahankan tindakan negara menaikan harga minyak? DAS menyatakan bahawa faktor kenaikan harga minyak adalah satu tindakan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Di mana dengan kenaikan harga minyak, subsidi kerajaan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat di agihkan kepada rakyat.

Round Kedua
Soala dari wakil-wakil pendebat. Dimulakan dengan wakil DAS memberi kan soalan kepada DSAI.

Soalan yang lebih kepada ucapan pada perkiraan aku dan meleret-leret serta penuh sindiran. Beliau menyatakan bahawa mengapa DSAI berhujah 'lari' daripada tajuk dan menyentuh kepada IPP dan sebagainya. Dan soalan ini dijawab dengan tenang oleh DSAI bahawa minyak juga melibatkan gas. Dan cadangan beliau untuk menurunkan harga minyak ini adalah berdasarkan perkiraaan dan keuntungan yang telah di perolehi oleh Petronas sendiri. Penurunan harga minyak in iadalah secara berperingkat-peringkat dan bukanlah mendadak.

Soalan seterusnya adalah daripada wakil DSAI kepada DSA. Satu soalan yang direct to the point pada aku. Bagaimana kerajaan menggunakan keuntungan hasil daripada penjimatan subsidi yang diperolehi. Aku lihat disini DSA menjawab secara meleret-leret dan pada aku la, tak tau la orang lain, tak menjawab soalan pun

Round Ketiga
Soalan Cepu Emas

Soalan dari DSAI kepada DSA berkenaan peranan media dan seterusnya tindakan kerajaan dalam menaikkan harga minyak. DSA menjawab dengan panjang lebar menerangkan perlunya kenaikan untuk mengurangkan bebanan kerajaan dalam memberikan subsidi dan bla..bla..bla..

Soalan seterusnya dari DSA kepada DSAI berkenaan tindakan beliau semasa di kerajaan dahulu.

Seterusnya ucapan penggulungan hujah daripada kedua-dua pihak

Kesimpulan

Betul juga orang kata, orang tua lebih banyak makan garam daripada orang muda. Agak sedikit kaciwa dengan sikap Pak Menteri. Mengapa perlu menyerang peribadi DSAI sedangkan debat ini adalah berkenaan minyak. Aku rasa tidak perlu 'mengenang' kembali kisah² Anwar sewaktu dikerajaan dulu sejak tahun 1974. Aku rasa dia pun tak lahir lagi! Pada pemandangan aku Pak Menteri lebih banyak 'menyerang peribadi' Anwar daripada mengeluarkan fakta² yang relevan dalam debat sebentar tadi. Aku ingatkan beliau akan lebih menerangkan langkah² susulan kerajaan dalam menghadapi kenaikan harga minyak khususnya dalam meringankan beban rakyat! Kenapa perlu mempersoalkan tindakan yang akan dilakukan oleh PR menurunkan minyak hanya sekadar 50 sen pada hari esok dan bukan terus kepada RM1 dansebagainya? Aku bersetuju juga dengan DSAI sedikit, bahawa penurunan ini adalah berperingkat. Logik juga tu. Takkan esok PR memerintah, terus minyak turun RM2.00. Bankrup la kerajaan! Pada aku langkah menurunkan 50 sen adalah berpatutan kerana PR baru sehari memerintah.

Aku mengharapkan debat tadi dapat menyakinkan rakyat. Tetapi Pak Menteri tidak dapat memberi apa-apa kata-kata manis untuk rakyat. Pada aku rakyat pasti akan tertawan dengan cadangan PR. Penerangan DSAI walaupun sikit, tapi dapat difikirkan oleh penonton. Ada fakta-fakta yang boleh di anggap logik. Sekadar cadangan, Pak Menteri seharusnya lebih berfikiran terbuka. Dengan sikap yang nampak agak 'ego' aku tak tau la apa rakyat akan fikirkan. Nasib baik kat TV9, bukan sume dapat tengok.

Dalam keadaan hari ini dan saat ini, aku yakin, rakyat pasti akan memilih apa pilihan yang terbaik buat mereka. Mereka tidak kisah sapa yang memerintah asalkan kebajikan rakyat terjaga. Janjikanlah jambatan emas pun kalau keadaaannya tidak logik, pasti sukar untuk diterima rakyat. DSA agak berhati-hati dalam perdebatan tadi. Mungkin tidak mahu memerangkap diri sendiri. DSAI pula kelihatan mempunyai banyak fakta untuk dikatakan tetapi terdapat batasan waktu.

Apapun, tahniah kepada kedua-dua tokoh. At least terungkai juga apa pelan rahsia PR kalu mereka memerintah kerajaan esok pagi! Sesuatu yang tak dapat dibayangkan oleh aku sendiri! Nampak kedua-dua nye bersikap professional terutama DSAI. Mungkin dia lebih banyak pengalaman daripada DSA. Yelah, tengok usia pun dah tau.

Sekali lagi, aku bukan pro sesapa. Hanya pandangan selepas tengok debat tadi.

p/s: sambil minum koko panas

6 comments:

e^asyura said...

dasat..baru ja tgk dan tak hbs lagi..dah dapat buat kesimpulan :p

Rafflesiarimba said...

Emm..ku sokong pemandangan ko nih. aku pun tak pro sesape (erk?), yg salah tetap salah, yg betol tetap btol... Tunggulah, kalo2 anak aku nnt jad PM, kot2 dia boley bagi free ke minyak..ekekek...

Erk...tapi ok lagi lah Kerajaan antar DSA, kalo antar 'org tuh' mcmn? ko tau kan saper?

Honeylemon said...

x sukakkk dgar serangan peribadi tue... kluar tajuk...

yg best tgok yg diserang tue cool jer... n maintain bg hujah2 yg bernas gitew.... :)

aL-gOjO said...

asyura: awak tengok yang kul bape tu? sy tgk yang kul 9 mlm :p

rafflesia: Tula jadinya bila hantar orang muda berdebat dengan orang tua. Prang muda bercakap berdasarkan pembacaan dan emosi, orang tua bercakap berdasarkan pengalaman, pembacaan dan rasional

honey: Orang makan banyak garam beza dengan orang yang baru nak makan garam :)

p/s: dengar² pandang²

eedany said...

bagi DAS, menteri penerangan tak well-prepared. itu jer...

:)

aL-gOjO said...

eedany: dia bajet DSAI akan hentam kerajaan giler² nye. tengok² DSAI sokong petronas gak. tu yang mati idea kott heheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin