19 August 2009

Tanya Sama Itu Hd Hud

Al-kisah...

Masih berbicara tentang impian, angan-angan dan cita-cta.

Sambil-sambil membaca terpandang pulak kat satu forum ni. Situasi dia macam ni;

Seorang pekerja di sebuah syarikat swasta. Dalam masa yang sama sedang belajar dalam subjek yang agak menarik. Agak-agak subjek apa tu? Saya masa tu hanya terpikir, mesti dia ni sambung master, tak pun amik degree, tapi bila baca cerita dia sampai abis... Owh belaja menjahit rupanya. Kawan-kawan dia tanya, kenapa belaja menjahit? Dia pun cite la, sebab dia ada angan-angan nak buke satu kedai jahit sendiri. Lepas tu, bila dah maju, dia nak buka butik pulak. Dan lepas dia berjaya, dia nak jadi pengajar pulak pada orang-orang yang ingin belajar menjahit.

Wow, saya lihat cerita dia sangat memotivasikan. Dalam hati saya pun terdetik, "Aku pun nak buke satu la!". Errr...bukan buka kedai jahit, tapi buka la kedai yang saya ada skill. Macam gubahan bunga ke, apa ke, ...opsss terlebey sudaa hahaha.

Bagi kita-kita yang bekerja makan gaji kadang-kadang lupa satu perkara. Sampai bila kita mahu kerja dengan orang? Takda impian dalam hati yang kita mahu bekerja sendiri? I'm the boss! Best tak macam tu? Tapi bila dah jadi bos, jangan la terlebey pulak..pegi kerja ikut suka hati, datang kerja ikut mood, kebajikan pekerja tak diambil kira, joli sakan tak hengat dunia. Takut tak sampai beberpa bulan, sompany sudah tutup pintu. Pekerja suda lari, bos kayu, ikut hal sendiri. Lepas tu jadila 'I'm no boss'. Time tu nak terngadah lepas terhantuk pun tak guna. baik teruskan hantuk je kepala kat tiang.


So, kawan-kawan, setiap manusia ada angan-angan, impian dan cita-cita. Kalau korang pernah baca posting saya sebelum nih, tentu korang ingat dengan kisah si luncai dan mat jenin. Tak guna ada angan-angan tapi tak direalisasikan. Ibarat ada kereta, tapi park dalam garaj je. Lama-lama jadi basi. Nasi kalau dah basi ada orang makan ke? Jawapanya, dalam tong sampah la tempatnya. Saya doakan sahabat tadi berjaya dalam merealisasikan impian dia membuka butik idaman dia itu.

Sampai ketemu lagi!

p/s: selamat berposa!

4 comments:

TMUkmkd said...

makin lama tajuk tak ikut post ^^
mungkin ada kaitan dengan orang yang bertanya datang mana nama algojo ke?

apa yang K target, want to be pensyarah la wakakkakaka..

aL-gOjO said...

hahaha tu la pasall
sebab duk buat isi dulu, tajuk kendian. tengok² tajuk lain, isi lain haha

wow, semoga suksess beb! ^^

eedany said...

jom berniaga di Pasar Ramadhan...
ada juga extra income buat belanja raya nanti.

Selamat berposa al-gojo. jangan puasa eyang eyok. Kalau fompuan ada tak per, ada sebab.

:p

aL-gOjO said...

wahh..kak edani berniaga apa? fm ke? huhu.

selamat berposa gak kak!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin