31 December 2008

Kelentang...Kelentung!

Selamat Tinggal 2008 ... Selamat Datang 2009!



Aku rasa macam dah lama aku menulis dalam blog ni. Aku bajet dah setahun, tapi sekali cek balik aku register bulan April 2008. So belum setahun la pembukaan blog ni. Kalu dah setahun mau aku rancangkan sambutan besar-besaran kat blog nih hehehe.

Orang kata susah nak menulis dalam blog. Antara puncanya sebab kurang nya idea dan tak tahu apa yang nak ditulis sebenarnya. Nak senang kita copy-cat jer kerja orang. Macamana tu? Ala, macam korang buat zaman-zaman belaja dulu la....dapat assigment, tiru assigment orang lain. Kasi edit-edit dan diberi wajah baru, terus jadi korang nya hakcipta. Wallawei! Buat kerja nak senang macam tu la. Langsung takda semangat ke'blog'an.

Sebenarnya nak menulis sesuatu bukanlah susah seperti yang disangka. Apa yang perlu ada ialah keazaman untuk menulis. Takda idea? Tak kisah...Kalau korang cerita pasal ayam kat kampung korang pun ia sudah menjadi satu posting. Lepas tu korang letak la pic ayam kampung korang tu. Sure pic ayam kampung tu akan diklik dan di ambil orang lain. Tak percaya? Trya jela sendiri!

M.A.L.A.S! Hah, yang ni tak dapat den nak menolong la. Malas ubat nya....takda ubat! Sendiri kena ingat. Bak kata orang tuhak (orang tua), kalau malas, tak makan la jawabnya. Kita bukan berada dalam cerita Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, tapi kita berada dalam alam realiti. Kemalasan adalah sifat paling teruk dalam diri. So, kenala buang. OPsss...! Aku tak kata aku ni rajin, sesekali bila tiba angin kus-kus malas aku ni, serba serbi jadi malas. Hatta, nak makan pun malas! "Perghhh...ini suda kronik ni cik.." "Takpe, sedangkan ulat dalam batu buleh hidup, inikan kita manusia.." Bagus la tu. Ulat tu berusaha nak tebuk lubang dalam batu, ko pulak apa usahanya? Nak duduk dalam batu jugak? "Batu belah, batu bertangkup...telan aku..makanlah aku...aku kempunan telur tembakul.." Mana nak cari bang oi...

Apa dia soalan wajib bila menjelang tahun baru?

Yes, tepat sekali... Apa azam baru ko? So, aku pun nak bertanya gak... apa azam baru korang? Azam oh azam. Apa dia azam sebenarnya? Merujuk pada pembacaan aku (kalau silap sila betulkan), azam ialah matlamat atau target atau cita-cita yang kita inginkan dalam hidup. So, kalau kita berazam nak maju, nak cemerlang, kita kena pastikan kita akan dapat. Nak berazam pun kena ada pantang larang dan syarat-syarat nya. Fuhhhh! Nak azam pun ada syarat? Macam nak jumpa Tok Bomoh daaa.

Apa dia? Kalau nak berazam, pastikan azam yang korang target tu sepadan dengan apa yang korang ada sekarang. Contohnya, korang berazam nak pakai kereta ferrari tahun depan. Tapi korang hanya kerja tukang kebun, so agaknya azam korang tu tercapai ke? Kalau azam macam tu punya gaya, azam akan jadi angan-angan. Bila jadi angan-angan, sure jadi Mat Jenin yang sekadar berada di atas pokok kelapa. Alamak!! Aku bukan maksudkan korang tau. Ni aku bagi contoh kat penduduk kampung aku kat Planet Zargus sana!

Berazamlah mengikut kemampuan kita. Jangan sesekali berazam di luar kemampuan. Contohla, kalu tahun ni kita tengah bertunang, dan kita berazam nak kahwin tahun depan, kira logik la kan. Jadinya start je tahun baru kita akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai azam kita.

Spesifikkan azam kita. Bukan susah sangat pun. Katala tahun depan kita nak beli kereta. Kereta apa? Kereta sorong? Tu pun namanya kereta jugak. Set kan dalam kepala siap-siap, aku nak beli kereta sekian, sekian, kaler sekian, sekian pada sekian, sekian. Secara tak langsung bila kita dah set dalam kepala macam ni, tubuh badan kita akan bertindak balas untuk mencapai target kita tuh.

Azam tanpa usaha ibarat menyirap air ke daun keladi. Kenapa? Aku dulu kecik-kecik cikgu sekolah rendah aku selalu cakap macam tu. Jangan ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Aku pun punya la confius. Kenapa kena curah air kat daun keladi pulak? Kenapa bukan daun pisang ke? Daun kelapa ke? Last-last bila aku balik ke kampung aku, aku nampak satu pokok keladi yang cukup besar dan daunya cukup lebar. Apa lagi, kena buat eksperimen ni. Amik air, curah kat daun keladi... Oho! Baru ku tahu ... daun keladi tak basah kena air! Padanla orang selalu buat perumpamaan macam tu. Seterusnya, relate dengan sikap. Baru kita dapat.

Banyak orang (termasuk aku la tu) ada azam yang berjela-jela panjangnya. Kalau diberi kertas mahjong, mau penuh azam dalam tu. Tau tak kertas mahjong tu apa? Kertas kaler putih yang besar tu. Carik kat kedai alat tulis ada. Tapi biasala, azam tinggal azam. dari 10-20 azam yang di tulis, adala dalam 5-6 yang tercapai. Tu pun nasib baik ada. Yang takda pulak macamana? Kalau takda yang tercapai tu, errr something wrong somewhere la encik. Semak balik apa punca ketidakkecapaian tu.

Ada orang pulak langsung takda azam. Eh? Biar betul ni? Betulll. Tak percaya tanyala pada kawan-kawan kita. "Apa azam korang yob?" "Errr..azam aku..err macam biasa laa.." Laaa...macam biasa pulak! Apa yang biasanya? Makan, tido, makan tido? Hah, kalau yang tu korang cakap macam biasa, tak dapat la den nak nolongnya.

Susah sangat ke nak berazam. Macam masa sekolah rendah dulu, bila cikgu tanya.. "Yob apa cita-cita kamu.." "Saya nak jadi askar sama bomba cikgu" Akibatnya daripada 40 orang murid dalam kelas tu, 30 orang pasti akan menjawab nak jadi askar dan bomba. Yang lain...cikgu, polis, etc-etc. Tu kira azam la tu. disemai dari kecil untuk menentukan apa yang bakal kita tempoh bila dewasa. Kalau dari kecil takda cita-cita, maka tak tau la apa nak di kata.

Bila kita kena berazam? Orang kata tiap-tiap tahun baru baru boleh berazam. Pelik jugak. Pada aku azam ni hari-hari boleh! Tak payah tunggu tahun baru nyela. Set je azam hari-hari. Kan kita biasa dengar, jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik lagi daripada hari ini. Mutiara kata tuh. Buleh simpan dalam hati. Bukan simpan dalam telinga. Sebab kalau sinpan dalam telinga, telinga akan lupa. Kena simpan dalam hati. Sebab hati akan ingat sampai bila-bila.

Azam takda teknik. Nak azam, azam jela. Punyala senang. Tapi masih ada jugak orang yang tidak mampu buat. Hidup kena ada matlamat. Macam bawak kereta. Kita ada hala tuju. Bukan sembrono je bawak kereta kan? Ada ke orang macam tu. Dia duduk rumah. Tetiba dia rasa busan, amik kunci kereta terus bawak kereta laju-laju tak tau kemana. Ehh..sapa kata takda? Adaaa...sapa dia? Hah, sesapa la yang terasa. Opsss!

Tapi kan orang kita selalu lupa. Harini punyala berazam macam nak rak. Esok nya terus lupa dan buat-buat lupa. Tu namanya azam yang tidak ikhlas. Ikhlasla dalam berazam. Bukan semata-mata mengikut orang atau terasa diri kena berazam sebab orang sekeliling duk sibuk berazam.

Sambutan Tahun Baru

Tak salah kalau kita nak 'terkinja-kinja' menyambut tahun baru. Tapi lebih baik banyakkan bersyukur sebab masih berpeluang jumpa lagi dalam tahun baru. Kita ni untung. Dalam sebulan kita sambut 2 tahun baru. Satu Maal Hijrah (yang ada sesetengah tu langsung tak tahu) dan Tahun baru Masihi. Sorry to say, aku ada tengok satu rancangan tv tempoh hari. Dua orang pengacara, sorang tu tanya lebih kurang macam ni .."xxxx tahu tak, apa peristiwa penting dalam bulan disember ni" Maka dia pun dengan konfiden jawab.. "Yer xxxx, satunya hari krismas, dan satu lagi tahun baru 2009" OPsss! Awak tak tahu ke hari senin tu Maal Hijrah. Tahun Baru Islam. Tu bukan peristiwa penting ke? Takpela, awak sekolah omputih, kawan sekolah pondok. Sebab tu tak tahu kott.

Kita selalu bercakap pasal hijrah. Tapi kadang-kadang kita sendiri keliru dengan hijrah tu sendiri. Apa dia hijrah tu? Yelatu, berpindah la namanya. Ada orang berhijrah dari jahat ke baik. Ada orang pulak berhijrah dari jahat ke lebih lagi jahat... alamak! Terlebey suda!

Tula yang aku kata ramai orang keliru. Kalau nak hijrah, hijrah la betul-betul. Jangan hijrah hari ni je. Esok lusa tulat tonggeng, sama jerk. Mana hijrah ko yob? Hijrah ke? Aku dah hijrah la ni..dari duduk sebelah ko ke sebelah minah ni. Adessss!! Itu macam ka?

Selamat Datang 2009

Dunia yang penuh pancaroba. Hidup pun macam tu jugak. Mana lagi susah, berperang di medan perang atau berperang dengan diri sendiri? Semalam tengok cerita Enemy At The Gate, cerita lama daa. Tatkala Jeneral tu tanya anak buah depa, nak buat camana nak kalahkan musuh, masing-masing jawab buat itu, buat ini, Tapi ada sorang mamat ni jawab; "Give them a HOPE". Macamana harapan boleh menghentikan perang? Macamana harapan boleh naikkan semangat.

Macam diri kita jugak, kalau takda semangat sure tak jalan la keje. Betul tak? So, kalu tahun baru takda semangat baru, camana nak maju, ye tak? Jadinya, jadikanlah diri kita sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Buat geng-geng bloggers sume, aku/saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009! Semoga tahun 2009 lebih baik dan cemerlang dari tahun 2008!

Selamat tinggal 2008, Selamat datang 2009 \(^_^)/


3 comments:

eedany said...

Happy New Year to you...

Azam 2008 yg lalu dah tercapai? Kalau belum teruskan di tahun 2009. Jangan putus asa...heee.

Goodbye 2008...
Welcome 2009...

XOXO...

eedany said...

alamak tertaip XOXO...

tolong abaikan yer....

:p

aL-gOjO said...

eedany - HEpi new yer eedany! azam lama yang dibarukan tiap-tiap tahun ekekek

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin