Ampang ke Taman Melati, 1 jam.
Biar betul?
Jauh ke?Macam pegi Shah Alam patah balik je. Tapi tu la hakikatnya. Sekali lagi berbicara soal sikap dan moral! Topik yang glamer aku bawa untuk minggu ni.
Semalam KL hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sampai boleh basah kuyup. Helmet aku yang membe pinjam pun dah macam baju basah yang boleh diperah. Maybe dia jadikan helmet aku sebagai tempat tadah air kot. No wori beb, aku tak kisah. Nasib baik helmet cap appollo jer. Kalu helmet mahal mau aku suruh ko vacuum sampai kering!
Macam biasala KL ni. Asal hujan je, jalan jem. Asal jalam jem je, hujan! Bak irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Rutin kitorang malam tadi ialah bermain badminton kat Taman Melati. Aku pun macam biasala, lepas magrib sudah bersiap. Teman serumah sudah keluar dulu. Aku jalan kendian sebab menunggu dan mengambil membe. Bila membe dah sampai aku pun bergegasla ke sana. Sekali masuk jalan ampang, tengok jem semacam. Hujan masih renyai². Aku sangkut kat depan Kem Transit Tentera tu dekat 45 minit!
Jam dah kul 8.45 malam. Takpe sabar lagi. Maybe depan sana dah ok skit. Bila temgok jam dah kul 9.00 malam dan aku mash sangkut kat sana lagi, aku dah mula naik angin. Apahal pulak sampai tak gerak² ni?! Ada Ultraman tengah berlawan dengan raksaksa ke? Tak pun ada Kapal UFO jatuh tengah jalan.
Sampai trafic light aku tengok takda menda pun. Kat situ baru aku tau apa punca jem! Kereta dari sebelah kiri cuba masuk lane kanan! Kamonla! ko tak nak 'q' lepas tu nak pancung depan kereta orang plak! Kalu sebiji aku tak kisah sangat. Tapi kalu dah 10 biji, sorila. Aku pun nak cepat!
Jam dah kul 9.10 malam. Aku cakap dengan membe ni tak buleh jadi. Last² aku u-turn balik ala² filem holiwood. Nak masuk semula ke MRR2. Sekali sampai depan RISDA jalan pun jem!!! Mak aii! fly-over depan tu runtuh ke? Bila aku sampai tengok tak apa pun. Masuk je MRR2, jalan lenggang! Jadi kat mana jem nye? Nunn disana...ada satu eksiden sebelah kiri jalan. Tapi yang jem sampai 3 lane sekali nape? Laaaa...korang pakat bawak slow nak tengok eksiden tu nape? Nak amik nombor plat nak beli nombor ekor ke? Adusss!!
Sampai court badminton dah jam 9.30 malam! kitorang sewa dari kul 8.00 malam sampai kul 10.00 malam jerk. setakat main setengah jam peluh pun tak kuar!
Hairan bin ajaib. Kenapa mesti jem bila hujan? Kenapa korang mesti nak tengok sama eksiden tepi jalan tu? nak bantu silakan, bagi signal, sila ke tepi. Bukan turunkan tingkap sambil slow kan kereta korang sampai 20 km/j!
Sikap, sikap.... pemandu malaysia, memang pelik!
p/s: takda duit nak beli helikopter
No comments:
Post a Comment