05 August 2008

Bila keybod berbunyi ...

Saman oh Saman!

Bukan salman khan atau salman ye, tapi S.A.M.A.N, saman. Sapa antara kita yang memandu tak pernah kena saman? Tahniah! Anda pemandu berhemah :) keep it up!
Aku pertama kali kena saman bila speeding kat Lebuh AMJ a.k.a By-Pass Muar-Melaka heheh. Kat situ limit dia 90 km/j je. Tapi aku telah tertekan minyak sampai 110 km/j! Aku pun tak sedar bila aku buat cam tu. Tau² dapat je surat dari PDRM. Aku ingat aku dapat anugerah ke, sijil penghormatan ke, rupanya pemberitahuan bahawa aku telah melakukan kesalahan! Ahahah. Pengamal Undang² pun buat salah, apalah lagi rakyat biasa. Punyala aku risau masa tu. Yela, sekali kena RM300 maa!! Banyak tuu!! Buleh buat isi minyak 2-3 bulan (masa tu la)

Setelah berdiskusi dengan rakan sekerja, aku pun dinasihatkan untuk membayar je saman tu kat Balai Polis Trafik berhampiran. Takkan nak mengadap Majistret pulak semata² sebab tu. Kang jatuh reputasi hehehe.

Maka, aku pun meminta tulung staff aku yang paling ayu kat ofis tu untuk pergi ke Balai untuk menyetelkan saman tu. Maklum la, aku dulu buat kes eksiden. So rajin juga la ke Balai sana untuk amik repot orang. Sambil kat ofis tu aku mundar mandir jela menunggu staff aku tu balik. Hati tak tenang ni. Tetiba...

"Encik wan, orang kat balai ni tanya berapa cik wan nak mintak kurang" "Err kalu boleh se maksimum mungkin la"
Talian 'idle' sebentar.

"Ok cik wan, diorang cakap bayar ikut kelajuan cik wan bawak"

Adusss!! Ikut kelajuan aku bawak? Jap²...aku bawak 110 km/j bermakna aku kena bayar....RM110 la.

"Ok la tu su. Nanti saya bagi duit"

Melayang RM110 aku!

Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!

Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!

Haritu balik Muar lagi. Bertolak dari KL jam 8.30 malam. Masuk tol Sungai Besi, keluar tol Ayer Keroh. Aku kalau balik Muar memang takkan ikut Tangkak atau Pagoh. Kalau ikut Tangkak, malam² bute memang bahaya! Dan jauh juga. Aku duduk Bukit Pasir, senang lagi kalu ikut Ayer Keroh atau Pagoh. Bahaya ikut Tangkak bukan sebab jalan licin kea pa, tapi sebab orang cerita ada benda² yang korang tak sangka jumpe buleh terjumpe. No harm Tangkak people. Hanya mendengar cerita² larut malam J. Kalau ikut Pagoh memang dekat tapi tol mahal. Oh nehi, nehi! Dengan harga minyak yang mahal (ehh…harga minyak dunia bukan dah turun ke? Kenapa minyak kita tak turun lagi? Owh…tengah kaji rupanya. Muskil…nak naik minyak tak payah kaji pulak…haiiii) di tambah dengan tol yang memang mahal, hanya keadaan tertentu je aku akan ikut sana :p

Btw, sampai tol Ayer Keroh dalam jam 10.00 malam. Dah nak masuk area Kandang aku bawak slow je (slow kott). Sampai kat traffic light tu aku tengok lampu tengah hijau lagi. Aku pun apa lagi, try memecut kereta selaju mungkin (jangan tiru aksi ini). Betul² kereta aku mencecah simpang tu, lampu jadi merah. Dah alang², baik aku terus aje. Lagipun dah malam. Sapa yang peduli. Lepas tu aku pun slow. Dalam 3-4 minit lepas tu aku perasan ada lampu kelip² kaler biru nun hujung jauh belakang aku. Dalam hati aku mesti polis tu nampak aku langgar lampu tadi. Ahhh…biarla. Diorang ada sebab lain kot. Tetiba kete polis tu betul² sebelah aku. Bagi isyarat suruh berenti. Ok, fine aku berenti tepi jalan. Macam biasa la, mintak lesen sama ic. Lepas tu bagitau aku yang aku dah langgar lampu merah. Aku cakap aku tak perasan, lagipun masa aku bawak tu tengah laju, takkan aku nak berenti mengejut kott. Ada yang menyanyi tayar kete aku kat tengah² simpang tu. Aku hanya bertindak ‘reasonable’ berdasarkan keadaan. Lepas tu diorang cakap la dia Nampak aku bawak laju la apa la itu la ini la. tapi yang paling aku tak suke bila dia cakap dia kena saman aku jugak sebab dia kena buat report. Kuota saman dia bulan ni belum ada lagi. Kirenya bila saman aku cukupla kuota dia untuk bulan ni. Kamon la bro, tu namanya dan mencari kesalahan orang semata-mata untuk memenuhkan buku repot ko tu! Aku tengok yang beria-ria nak saman aku tu mamat polis yang muda tu. Yang sorang lagi agak senior, gelak² je macam malas nak amik port.

Yela, berdasarkan pengamatan aku dan kajian aku (sempat tu buat kajian), masa aku dah langgar lampu merah tu, kete polis masih jauh lagi. Maybe baru lepas traffic light simpang ke Bukit Katil sana. Jarak adala dalam 300 meter. Lepas aku dah lepas traffic light Kandang tu, jarak aku dengan traffic light tu dah 300-400 meter. Aku bajet polis tu dah berenti kat traffic light tu. Maybe atas desakan budak muda tu, yang senior pun angguk jela. Lagipun kuota belum cukup, diorang nyalakan lampu, langgar lampu merah juga dan terus kejar aku sebab takut aku dah melepasi traffic light kedua lepas Kandang sana. Kalu dah terlepas sure lagi susah diorang nak cari kesalahan aku. Sebab waktu aku berenti tu, jarak aku dengan traffic light kedua lepas Kandang tu adala dalam 200 meter je. Nampak sangat ‘mala fide’ kat situ.

Semata-mata mahu menyaman aku sanggup mengejar aku balik. Kalu la aku ada niat tak baik time tu mau aku belok je ke simpang tu lari. Tapi oleh kerna aku yakin aku betul, maka aku pun menyain jela surat saman tu. Adusss…. Dah terbayang RM yang bakal melayang lagi.

Moral of the story

Aku ingat nak sogok je mamat polis tu. Tapi aku pikir balik, tak payahla. Membazir duit aku jerk. Baik aku setel je saman tu daripada buat benda tak senonoh tu.

p/s: speed racer :p

2 comments:

ikpunye said...

Saman...mm mase kete dulu..penah ler sekali kena saman ...langgar lamppu merah..heheh melayang 200 beb! tu first time aku kena saman sepanjang jadi pemandu berhemah..tu pun langgar traffic light depan ofis aku..bukan sengaja langgar mase langgar tu kuning lagi tapi sbb kete depan agak perlahan so dah 'ter'merah..aku pun satu dah tau traffic light tu ader kamera pegi langgar gak..padan muka..sejak tuka kete skang ni 3 tahun lepas so far tak de lagi..

eh wan...buka ke kuar pagoh pun same ngeri gak?..hutan banyak beb..sedara akak dulu kuar pagoh memalam dia namapak ular tapi ular tu turun dari atass..mm kalau kat PLUS tu mmg bila smapai area melaka jer..meremang gak ..kalau jalan malam..arwah makcik akak dulu siap ader langsuir atas kete baik punye langsuirsiap buang najis atas kete..samapai umah kete penuh dgn tanah kubur

aL-gOjO said...

Fuhh!! seekers nye cite nih. Btw, kalu ikut tangkak tu memalam seram juge. ada sekali tu membe saya lalu lewat malam nak dari KL ke muar. dia kuar kat tol tangkak tu la. dari tangkak nak ke parit bunga tu kan agak gelap sebab banyak hutan. masa dia lalu antara area tu la tiba² ada budak duduk atas bumbung kete dia. dia tak berani nak berenti. dia cuma nampak kaki budak tu main² kat depan tingkap dia (macam main² kan kaki dalam air la) seram membe. lepas saya dengar citer tu, terus saya tak berani nak ikut tangkak lagi memalam.

ikut pagoh la ni memangdah ok. tapi tol mahal :p Rm24 kalu tak silap. kalu kuar ayer keroh rm16 je hehe. Lagipun jalan melaka dah ok la ni. ada shortcut trus ke muar! ada exit ke bukit pasir gak. tu yang saya ikut situ :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin