Monday Blues
Pagi tadi bangun agak lambat. Tak la lambat sangat...Tapi kalau pukul 810 pagi baru nak gerak ke ofis memang soheh sampai lambat!
Di tambah pulak dengan roadblock dekat depan Ampang Point tadi gara-gara khabar angin dikatakan akan ada demonstrasi kat bangunan parlimen pagi tadi juga. Sesapa yang tak tahu, hari ni Pembangkang akan buat satu usul tak percaya terhadap PM. Ramai orang menunggu hari ini. Samaada usul ini berjaya atau sebaliknya. Tapi merujuk pada paper harian metro online tengah hari tadi, usul ini telah di tolak oleh Speker Dewan Rakyat. Pihak-pihak Pembangkang dikatakan telah bertindak keluar dewan apa bila usul ini tidak diterima. Aku pun tak tau apa nak jadi dengan politik negara kita hari ini. Kalau mengikut sesetengah blog, politik negara sekarang kacau bilau, haru-biru dan bercelaru!
Adoii!!! tak paham betul aku sebagai rakyat biasa ni. Walaupun rakyat biasa, aku tetap pergi mengundi! Pada aku mengundi ni WAJIB. Masa depan dan halatuju negara ada pada tangan kita. Sebagai rakyat biasa yang tidak punya apa-apa, kita hanya ada kuasa mengundi ni sahaja. So, gunakanlah sebaik mungkin. Jangan main 'tonyoh' jerk kertas undi tu kak, abang, kang sudah jadi undi rosak!
Warga kerja,
Apa cerita kita? Yang keje gomen tak tau la aku. Yang keje separuh gomen @ swasta macamana? Gaji ada naik? Takda? Abis apa yang naik? Minyak? Jangan naik minyak udahla bang oiii!!
Monday Blues
Baru je lepas ujan kat KL ni. Nasib baik dah berenti. Tapi impaknya sudah boleh dijangka. Apa impaknya tu? Impak Maksima ke? Bukannlahhh. Impak jalan jem! Asal ujan je jem, asal jem je ujan! Hah, macam tu la KL. Sinonim dengan jem nye. Hiway pun jem! Aduss! Aku rasa kalu kita guna kete terbang macam cite star wars pun sama je jem nye!
Duduk ofis, Big Boss takda. Bos kecik ada, tapi buat keje sendiri. Samala dengan aku pun, buat keje sendiri hehehe
Jam dah kul 4.30pm. Lagi sejam mau pulang. Tapi aku masih bermalas-malas. Hahaha...jangan ditiru aksi ini :p
Warga keje!
Ayuh sambung buat keje sendiri! Hahaha
"Berkhidmat Untuk Negara"
Yang benar,
azawan shah
p/s: Blur² mengadap monitor
4 comments:
ni mesti kerja ngan gomen kan, kan?
hujung tahun ni ada bonus tak?
;)
eedany: keje dengan separuh gomen jerk. bonus sudah diberikan tapi sy tak dapat..uwaaa! sebab baru keje 7 bulan! Adess!!
gomen o0o gomen
nad: welkam to gomen world hehehe
Post a Comment