Tol Oh Tol!
Ada satu malam tu aku jalan-jalan ikut Highway NPE dari Puchong nak ke Jalan Tun Razak. Sebelum sampai highway tu aku perasan ada satu kereta yang dipandu laju muncul dari belakang aku. Oleh kerana hari pun dah malam dan aku pun malas nak cari pasal, aku pun slow la skit sambil bagi laluan kepada kereta tu tadi memotong aku....
Owh...rupa-rupanya kereta tentera. Macamana aku tau? korang tau tak Tentera ni guna flat apa? Kalu mengikut pengetahuan yang aku ada setakat ini, kenderaan tentera menggunakan flat-flat yang bermula dengan huruf 'Z'.
Kalau Tentera Darat, dia guna 'ZD', kalau Udara 'ZU' dan kalau Laut 'ZL'. Kalau tentera kerajaan langit? korang carila sendiri!
Mengikut informasi dari pakcik aku gak, kereta yang dibawa oleh mereka ni adalah mengikut pangkat mereka. Kalau korang nampak diorang bawak iswara tu paham-paham jela apa pangkat mereka berbanding dengan mereka yang membawa perdana!
Ok, back to the main road. Al kisah mamat yang bawak iswara ni bawak laju giler walaupun jalan tu memang lenggang! Aku bagi dia peluang potong...dan aku cuba mengikut rapat hehehe (mala fide gak aku ni). Sampai kat tol NPE tu (aku lupa plak exit mana) dia pun memperlahankan kereta dia. Aku pun sama, slow kan gak kereta aku sambil menyediakan duit syiling yang mencukupi untuk bayar tol.
Apa yang berlaku?
Aku nampak mamat ni berentikan kereta dia, buke tingkap, angkat tangan, lepas tu penjaga tol tu angkat palang tol, dia pun terus pecut laju! Mak aihh!
Aku tertanya-tanya dalam hati...tak bayar tol ke? sampai je turn aku, aku pun buke tingkap, hulur duit lepas tu aku tanya... "Kak, dia tadik tak bayar tol ke?" Akak tol gate girl tu ..."(Senyum jerkkkk)" Lorrr!!
Aku tertanya-tanya la...adakah mereka yang pakai uniform ni boleh kuar masuk tol secara free macam tu? Seingat aku la...masa zaman Tun dulu pun dia tetap berenti nak bayar tol sampai budak yang jaga tol tu tak nak ambil sebab segan kott. Yela, PM kita beb! gila ke korang nak hulur tangan mintak dia bayar tol! tapi Tun tetap bayar gak!
Nak kata malam tu dia ada emergency, tak la jugak. takda pun motor escort dia atau dia pasang lampu 'lip lap' ke apa ke. Hai...pelik bin ajaib!
Lepas keluar tol terus lesap! betapa lajunya dia bawak kereta iswara dia tuh!
Kita renungkan .....
Sampai ketemu lagi!
4 comments:
tak nak comment yg tol oh tol tuh..
nk komen yg dialog bawah tu :p
tp tu bukan dialog sy dengan boipren saya ..
just utk orang2 dah panggil pakwe dia 'abang' saja dan sewaktu dengannya..huhu
Tu banner promosi la. Haaa kalu korang nak tau camana nak preparation untuk kawin, buleh klik situ. Klassifikasi sebagai Umum dan sesuai untuk bacaan semua hehehe
aku rasa la kan, dorg ada skandal kot...
tak pon yg jaga tol tuh, bini dia ker..
hehehhehe...teka2 jer..
hehehe
baik aku ngaku yang jaga tol sedara aku, mana tau buleh lepas gak hehe. jimat toll
Post a Comment