13 May 2008

Jalan-Jalan Tengok Wayang!

Salam Ceria!

Hari sabtu haritu aku dengan Cik Erni telah decide untuk membuat maraton menonton seberapa banyak wayang yang boleh dalam masa satu hari!

Lokasi: TGV Sunway Pyramid

Kitorang sampai dah pukul 3.00 petang. Pusing-pusing cari parking semua sampai kul 3.10. Sebenarnya kitorang ada book dah awal-awal tiket ni. Oleh sebab sampai pun lewat, maka boooking tuh terbatal secara automatiknya.

Sampai kul 3.10 terus berlari ke TGV tingkat paling atas sekali. Tengok-tengok skrin tiket available lagi! apalagi, terus beli dan masuk. Masuk-masuk, cerita dah 10 minit bermula. So, aku miss la gak part mula tu..tapi tak banyak la kot.

1st Movie: Ironman


Cerita ni masa aku kanak-kanak lagi dah ada! sapa tak tau Tony Stark, genius mencipta senjata. Kalau dalam cerita kartun, banyak giler suit dia dah buat. Dalam movie ni satu suit jer diorang tunjukkan.

Al-kisah (saja nak buat spoiler skitt), Tony Stark telah diculik oleh kumpulan pengganas di Afganistan (kenapa perlu Afganistan?). Dia telah dipaksa untuk membuat senjata yang dikenali sebagai 'Jericho Missile' untuk kumpulan ni. Ntah macamana, dia mendapat idea untuk mencipta satu suit untuk melepaskan diri dari situ. Dalam filem ni Tony Stark ni dikenali sebagai seorang playboy dan suka berfoya-foya. Hanya selepas dia ditahan di kem ni dan bila kawan dia masa dalam tahanan tu mati bari dia tahu apa itu erti kehidupan dan dia berazam untuk menyelamatkan bumi ini.

Secara keseluruhannya, aksi Tony Stark dalam suit iron man ni tak banyak! ada dua babak jer yang kita boleh tengok dia beraksi dalam suit ni. Pertamanya bila dia pergi semula ke kubu penjahat tuh dan lepas tu masa dia lawan dengan orang yang duplicate rekaan dia. Aku kira aksi macam ni tak memuaskan hati sangat. Kita tak dapat nak tengok aksi sebenar suit iron man ni. Aku kira pasti ada sambungan lagi lepas ni. Macam biasala...Ironman 2 ke 3 ke

Apapun, filem ni tak busan untuk ditonton. Aku bagi 4 bintang! :)

2nd Movie: Speed Racer

Apa yang korang pikir bila tengok tajuk filem ni? Bagi pengikut setia kartun ni aku pasti korang tau. Yup, Speed tu adalah nama watak utama filem ni! Oleh kerana Speed ni bercita-cita utnuk menjadi pelumba, maka dia dikenali sebagai Speed Racer!

Aku tertarik dengan cara filem ni di buat dan cara persembahan dia. Rasa macam lain dari yang lain. Kalau korang biasa tengok kartun dia, korang tau la camana. Filem ni di adaptasi 100% dari cerita kartun. memang menarik!

Tengok filem ni tak terasa pun dah 2 jam rupanya duk dalam panggung wayang tuh! (giler dah beku beb!) Secara ringkasnya, Speed bercita-cita untuk menjadi pelumba handalan seperti abangnya Rex yang telah mati dalam kemalangan sewaktu perlumbaan di errr aku lupa nama tempat tuh. Bila dia dah jadi pelumba terkenal, baru dia tau sebenarnya dalam dunia perlumbaan ni penuh dengan penipuan dan perancangan dari syarikat-syarikat besar penaja. Hingga munculnya Racer X yang bercadang untuk menegakkan keadilan. Siapa Racer x? dia telah membuka topeng dia di depan Speed kerana Speed menyangka Racer X ialah Rex. Tetapi adakah begitu realitinya? Ending akan membongkarkan segala-galanya!

Secara keseluruhannya filem ini amat menarik! aku bagi 5 bintang! kita dapat tengok beberapa perlumbaan yang sangat menarik!

Kesimpulan

Tepat jam 8.00 malam baru keluar panggung! aku rasa dah macam duduk dalam peti ais plak. Lepas tu baru kitorang pi makan tak hengat dunia kat Chicken Hartz!

Masa kat TGV tu sempat gak tengok beberapa trailer filem yang bakal keluar. Antaranya Hulk .... ala, makhluk paling hijau tu hehehe.

Sekian saja laporan kami, koresponden dari TGV Sunway!

3 comments:

+ernie+asyura+ said...

banyaknya bintang awk bg..
yg sy tau sy dah sempat lelap2 mata..hahaha
ala2 ultraman pon ada :p
huhu..
apa2 pon best la gak..

aL-gOjO said...

tula org tgk wayang dia makan popcorn jerkk, mau tak tido muahahaha

+ernie+asyura+ said...

ewah2..inick yg hbskan popcorn tu tanak ngaku :p
saya tkang pegang ja tau :(
tgk penderaan btoi..mentang2 la jadik besday boy.layan jala :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin