12 May 2008

Ini ada satu cerita ...


Salam Ceria!

Bagi pengguna highway, apa kabar? selesa tak memandu di highway-highway dalam negara kita ni? Jalan yang bagus, takda cacat cela, pendek kata semua bagus la! Mesti korang nak cakap, cuma tol jer yang tak bagus kan? kita berbicara tentang tu dalam episod akan datang.

Dah lama sebenarnya aku nak bangkitkan hal ni. Perkara pokoknya adalah sikap! sikap sapa lagi, kalau bukan pemandu di malaysia ni. Tak dinafikan bahawa orang Malaysia sangat bagus, sopan santun, berbudi bahasa, peramah etc² la. Tapi bila dah start pegang setereng kereta, terus jadi gila sama hilang akal! kenapa? tak percaya?

Semalam aku memandu melalui KESAS untuk ke Shah Alam. Aku keluar dari Jalan Cempaka tu. naik je simpang Jalan tu untuk masuk KESAS aku tengok jalan jem semacam! aku pun dengan berhati-hati bagi la signal ke kanan sebab aku nak masuk lorong laju. Sapa yang tak tau, KESAS ada 3 lorong. Lorong kiri untuk bawak slow, lorong tengah untuk sederhana, lorong kanan untuk laju. Bagi punya bagi, aku pun selamat masuk ke lorong kan. Tukar gear 3, tengok² lorong kanan jem giler! siap berenti lagi kereta depan aku tu. Erkkkk....biar betul ni...kalau ikut logik, takkan ada simpang plak kat lorong kanan ni untuk kereta buat u-turn ke apa ke tapi itulah hakikatnya! lorong paling laju boleh jem. lepas tu plak lorong tengah sama lorong kiri ok je. macammana tu?

Takpela, aku bajet sure ada eksiden depan tu...sebab tu kereta slow jerkk. Jalan punya jalan tengok takda pun eksiden! abis, camana boleh jem?! setelah aku jalan lagi....baru aku tau apa punca jem tu. antaranya:
  1. Ada beberapa kereta dari lane kanan nak kuar ke exit-exit tertentu (takpe, boleh dimaafkan)
  2. Ada satu kereta Proton saga lama yang bawak dalam 80 ke 90 km/j kat lane kanan tu (yang ni tak boleh dimaafkan!)
Aku rasa nak sondol pun ada gak kereta tu! Ntahla, maybe haritu aku tengah naik angin gak aku cucuk rapat giler kereta tu! Buat incik kereta tu, sorila ye...bukan sengaja tapi paham-paham jela. dah tau nak bawak slow, sila ke lorong paling kiri. atau boleh berenti di lorong kecemasan terus!

Kadang-kadang atas sebab sikap ni la kecelakaan jalan raya boleh berlaku. Kita rasa kita dah betul tapi sebenarnya kita masih tak betul! apa halnya kalau nak bawak slow tu duk lane sebelah kanan? kan ke menyusahkan orang tu. Hello! tau tak kenapa kerajaan buat jalan kat highway sampai 3 lane? sebabnya adalah:
  1. Untuk melancarkan perjalanan
  2. Untuk memberi laluan kepada kenderaan yang nak pergi jauh ikut lorong paling kanan
  3. Untuk memudahkan memotong kereta awak yang awak bawak macam kura² tu
Jadi, paham-pahamla keadaan pemandu lain ye. Jangan sebab anda sorang, semua orang marah-marahkan anda!

Renung-renungkan!

2 comments:

Anonymous said...

huhu..itu saya setuju!! no objection :p
haha..sy yg hari2 kena mausk jem pon rasa cam tuh..tmbh2 kat s.alam ni..apa daa..lori la bas kilang la bas skolah la budak skolah la moto la..keta kura2 la..haa....macam2 ada..

ada 1 pagi ni..saya dah la macam dah lambat (ecece..macam dah lambat eh :p )..pastu lorong kanan ni..ada la minah 3 orang ni naik moto..mak aii..boleh borak2 plak tuh dari 1 moto dengan moto len..kalo nk makan angin..pi la time lain..ni time nak pi keja..adoi..saya pon hon la skit..ek eleh..boleh buat bodo..bengang btoi..dahla berbaju kurung ..tak soapn di jln raya..ish3..

apa2 pon kadang2 pon kita tak sedar kita ni bawak cam kura2 ka apa..tp kalo agak2 bawak cam kura..jgn la masuk lorong kuda..aiyoo..

tp bagusnya time2 cam tu menguji kesabaran kita..kadang2 kita ni sabar..kadang2 cam tak sabar gak kan :p

takpala..dulu time2 kena tunggu bas rasa cam nak naik darah tinggi..
sebabnya bas suka2 ati ja tak nak berenti..padahal penat kita dah tggu lama2..

pastu dah ada keta bengang ngn pengguna2 bijak ni gak..hehe..apa2 pon..Berhati2 di JALAN RAYA ;) PANDU dengan SELAMAT..ingat orang tersayang :D

*huhu..kalo ingat orang tersayang apa korang buat?

heheh..jawapannya...
kepada orang2 moto --> pakaila topi keledar :p
untuk incik2 keta --> pakai tali pinggang keledar eh ..

~~~~~~~Layan.....~~~~~~~~~~~~

aL-gOjO said...

mana taknya, bawak kancil (takda prejudice aa) tapi berangan macam bawak BMW!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin