Guru Oh Guru!
"Guru... kau ibarat lilin yang sanggup membakar diri...
menerangi seluruh alam..
Guru... kau ibarat cahaya dalam kegelapan..."
Penah dengar sajak macam tu?
aku yakin, acapkali kita dengar bila sambutan hari guru kat sekolah kita dulu²
Aku teringat masa sekolah rendah dulu. Waktu darjah 6 dulu la. Bila tiba sambutan hari guru, semua murid-murid berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu memasing. Termasukla aku. Aku pun apa lagi, bersemangat sangat nak bagi kat cikgu aku hadiah gak. Tapi tak tau nak bagi apa sebab duit tak da! adehh sedihhh. Aku balik umah aku tanya kat mak aku. Cakap nak bagi hadiah kat cikgu esok sempena hari guru. Mak aku diam je. Yela, sebab nak bagi apa?
Malam tu masa kitorang tengah makan satu family, mak aku cakap dia baru teringat dia ada beli satu set tembikar teko dengan cawan-cawannya yang comel² tu. Masih elok di simpan untuk perhiasan. Mak aku cakap, ambil jela tembikar tu bagi kat cikgu. Aku punya la gumbira masa tu! malam tu gak aku pi kedai, beli sampul, lepas tu balik umah balut hadiah tu sama-sama dengan mak aku. Tak kisahla..walaupun hadiah tu murah tapi at least ada something gak nak bagi...
Nak tau apa endingnya? Aku tak bagi pun hadiah tu kat cikgu aku! Adehhh! Apapun, aku tetap respek kat cikgu aku!
Itu la kenangan masa sekolah-sekolah dulu :)
so, dikesempatan yang ada ni aku ingin mengucapkan jutaan, kalu buleh berbillion terima kasih pada semua cikgu² aku dari aku sekolah rendah (Sek Ren Keb Peserian, Semerah, Batu Pahat & Sek Keb Bakri Batu 5, Bakri, Muar), sekolah menengah (Sek Men Keb Tun Dr. Ismail, Bakri, Muar), Lecturer² aku di matrikulasi dan kampus utama (Universiti Islam Antarabangsa) dan semua warga Pendidik di seluruh Malaysia!
"SELAMAT HARI GURU!"
2 comments:
huhu..slamat hari guru :)
banyak cikgu nak list ni kalo nak wish.
sedihnya baca al kisah al gojoh ni..
habis teko tu awk buat apa?
main masak2 dengan jiran sebelah umah eh :p
saya dl, pi mai2 asyik bg cikgu frame..haha..
tu jala termampu ..(actually mak sy yg beli :p sy tukang bg saja..hehe)
okla apa2 pon..saya ucapkan gak..selamat hari guru kepada smua warga pendidik ;)
last-last teko tu ada lagi kat umah sampai sekarang! ahahaha
Post a Comment