28 April 2008

Selamat Bersidang YB!


Tetakala aku sedang menaip ni, sidang parlimen pertama malaysia bagi sesi 2008 sedang bermula.
Tahniah YB-YB semua. semoga anda dapat menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada anda! Pertama kali dalam sejarah juga, sidang parlimen kali ini akan disiarkan secara langsung ke kaca tv anda! tahniah-tahniah! satu perkembangan terkini dan terbaru.

Diharapkan sidang parlimen kali ini lebih ramai pemimpin yang bercakap sambil membuat kerja daripada bercakap tapi takda kerja! Oppss!! sekadar pandangan dari seorang rakyat biasa. Tempoh 5 tahun bukan nya lama YB. Kalu rakyat tak berapa gemar gaya pimpinan korang tidak mustahil akan berlaku tsunami politik buat kali keduanya. So, amanah yang telah di amanahkan di bahu anda semua hendaklah di pegang dan di laksanakan dengan jayanya. 'Bekerja untuk rakyat' dan bukan rakyat yang bekerja untuk anda! jangan jadi pahat dengan penukul...sekali ketuk sekali jalan...sekali ketuk...sekali jalan. Kalu tak ketuk, sampai bila-bila tak jalan!

Fakta menarik Sesi parlimen kali ni:
  • Sembilan puluh sembilan (99) wakil rakyat adalah dari kalangan muka baru! (tukang rakam video klip pun ada...boleh mintak tolong buat rakaman majlis kawin ni heheh..yes...correct!)
  • Parti Pembangkang ada ada 82 ahli, 4 kali ganda lebih ramai dari sidang lepas! (Syabas inspektor sahabbb!)
  • Datin Seri Wan Azizah akan jadi Ketua Pembangkang Wanita pertama
  • Ada pasangan anak beranak, adik beradik, menantu mentua etc (oopss!)
Apapun kondisinya, kami rakyat biasa berharap banyak isu-isu rakyat yang dapat di utarakan untuk mendapat perhatian YB-YB semua!

Perkembangan dan tindakan dari YB-YB semua akan kami balas dengan "kuasa mengundi" yang ada pada tangan kami, so rajin-rajinkan lah diri anda mendengar suara rakyat biasa ni :)

Selamat Bersidang!

1 comment:

bcn1291 said...

hehe..sume YB YB dah testing suara smlm..jgn ari nie.. tak de suara dah la...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin