30 April 2008

Antara Hukum, Undang-Undang dan Peraturan...

Seorang sahabat bertanya,

Mana lagi tinggi, Hukum, Undang-undang atau peraturan?

Secara spontan aku jawab, tentulah hukum yang paling tinggi. Di ikuti oleh undang-undang dan seterusnya peraturan. Kenapa? Sebab hukum datang dari Yang Maha Esa. Undang-undang adalah ciptaan manusia dan peraturan lahirnya dari undang-undang.

Kemudian, satu lagi soalan diajukan…

Kalau hukum ialah yang paling tinggi, kenapa manusia tidak takut kepada hukum tetapi lebih takut kepada undang-undang dan peraturan? Kita bagi contoh, di sebatang jalan raya ada sebatang lampu isyarat. Kita sedang bawak kereta. Tiba-tiba lampu bertukar merah dan kita berhenti serta merta. Kenapa? Sebab kita ikut undang-undang, merah maknanya berhenti. Kalau kita jalan je dan 100 meter lepas tu kita kena tahan polis apa kita nak jawab? Polis tanya, “kenapa awak langgar lampu merah?” kita jawab “sebab saya ikut hukum” agak-agak apa yang bakal jadi? Tentu kita kena saman gak kan? kenapa? Mari kita fikirkan.

Pelik…kenapa manusia begitu takut kepada undang-undang dan peraturan tetapi tidak takut kepada hukum? Nak kata dua-duanya tidak tertulis, nah kita tengok dalam Al-Quran…ada tertulisnya hukum. Kita tengok dalam akta, ada tertulisnya undang-undang dan peraturan.

Adakah manusia lebih gerun kepada undang-undang dan peraturan daripada hukum? Tepuk dada, tanya iman. Satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang….fikir-fikirkan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin