10 December 2010

Edisi Khas

Wohoooo!
 

Tak sangka, diam tak diam suda 3 tahun blog ni! Fuhhhhh, lama tu! Selak-selak balik posting lama dulu, baru perasan blog ni bertarikh 04/09/2008. Harini ini suda 09/12/2010. Tak lama lagi suda masuk 2011! Tahniah pada diri sendiri kerana berjaya me'maintain' blog yang sebegini rupa :) Saya masih ingat dalam posting pertama dulu;

tengok member-member ada blog aku pun dengan susah payah nak buat gak hehe
maksud aku blog yang santai, ringan, penuh dengan idea-idea, perkongsian minda dan sebagainya.

Yeahh, sebuah blog yang santai, ringan, etc-etc. Tak kisahla pengikut tak sampai jota-jota pun. Yang penting masih ada yang sudi membaca. Terima kasih pada pengikut dan sahabat dan pembaca tersembunyi (kalu ada). Korang tak komen pun takpe, janji korang baca heheh. 

Pada saya berblog bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan orang atau membuat gossip semata-mata. Ianya lebih kepada meluahkan sesuatu dan berkongsi pandangan. Tak salah nak tulis berjela-jela. Blog awak, bukan blog saya kannn heheh.

Saya masih ingat dolu-dolu. Zaman tak tau apa-apa mengenai blog nih. Orang buat tu, saya pun buat tu. Orang letak tu, saya pun letak tu. Macam-macam la benda ada masa tu. Sampai semak tengok blog sendiri. Lepas tu berkenalan dengan membe-membe blogger lain. Macam-macam idea timbul. Sharing is caring. Sama-sama berbincang dan berkongsi idea tentang blog masing-masing. Dan akhirnya menjadi kawan.

Kawan kita tu pulak kawan yang tak pernah kita jumpa, tak pernah dengar suara, apatah lagi sms-sms. Kawan alam maya namanya. Walaupun macam khayalan tapi sebenarnya realiti. 

Buat semua bloggers, teruskanlah berblog! teruskanlah mencurahkan dan berkongsi idea. Seronok tau berblog ni :) Tapi ingat yer kawan-kawan. Mau menulis kalu, sila ingat BATASANnya :) Jangan sampai terlajak tulis okeh. Sebab terlajak stemroll buleh di undur. Terlajak tekan button publish, buruk padahnya :)
Selamat berjumpe lagi!

p/s: frens :D



Photobucket

2 comments:

nadzunix said...

salam ...
wah dah berusia 3 tahun blog ni .. huhu dah tuaaa ahahha ...uit rerajin la tgk shoutbox tuhh ....

aL-gOjO said...

ahahah toce nad ;)
err suda tgk shoutbox itu.
mau tgk pic baby yer?
sila ke fb saya hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin