Masalah? Maaasaaaaaalahhh...
Semua orang ada masalah. Tak kisah la besar ke kecik ke sekelumit ke apa ke, masalah tetap masalah. Jangan kata manusia, haiwan pun ada masalah. Tak percaya cuba tanya kucing ke arnab ke harimau ke, erkkk?!! Jangan tanya harimau, nanti kita pulak yang bermasalah!
Masalah harus di tangani dengan hati yang tenang. Tak usah terburu-buru kalu ada masalah. Rileksss. Tarik nafas dalam-dalam. Kalu tengah berdiri, cuba duduk. Kalu tengah duduk, cuba baring. kalu tengah baring, tido jela heheh.
Kebanyakkan kita bila di timpa masalah terus menjadikan diri kita sendiri bermasalah. Camana tu? Yelah, masalah dah memang masalah, kita pulak bukan carik jalan untuk selesaikan masalah,tapi menambah lagi masalah dengan masalah. Jadiknya, masalah yang bermasalah. Oh memang masalahhh! Macam orang masak.
Rileks. Sila bertenang. Ada masalah, cari pokoknya dulu. Kita selongkar sampai ke akar umbi. Bila dah jumpe kita tengok pulak daun-daunnya, kita senaraikan apa punca akar tadi jadi camtu. Lepas tu kita 'tackle' satu-satu punca yang kita dah senaraikan. Haa, kan setel masalah. Tak banyak satu setel pun kita dah lega.
So, selamat tinggal masalah!
2 comments:
erk...perli ke nih....
errr topik general. tiada kaitan antara yang idup dengan yang mati :p
Post a Comment