Kelmarin saya servis kereta lagi di bengkel ni. Dan sekali lagi saya lupe mau tanya apa nama tokey dia tu hehe. Cumanya layanan kali ini suda lebih mesra sikit. Pekerja beliau yang 'bangla' tu mula memberi salam. Dan tokey ni dari jauh lag suda angkat tangan mendapatkan saya. Sewaktu kereta saya sedang diservis, saya cuba berbual-bual dengan anak tokey ni tadi.
"U kata nak sambung belaja, jadi ke?"
"Julai nanti"
"Kat mana tu?"
"Itu SEGI Kolej"
"Itu SEGI Kolej"
"Oho..u amik kos apa nanti?"
"Ermm business administration"
"Wah, bagus tu. nanti u punya membe ni tinggal sorang la"
Dia gelak
"Takda sorang nye, saya belaja dekat saja. Nanti balik kelas pigi sini balik tolong orang tua tu"
Selumber jerk dia kata ayah dia orang tu. Kami gelak.
Saya bukan nak cakap apa, cume saya perhatikan semangat nak belaja macam ni lah yang kita kena ada. Macam mak saya pesan dulu-dulu, "Kena ubah kehidupan keluarga dan siri sendiri. Jangan tengok mak macam ni, ko pun nak jadik macam ni. Mak nak tengok ko berjaya" Nasihat yang simple tapi padat sehingga menusuk ke hati. Sejak dari tu saya tak toleh ke belakang dah!
Kadang-kadang orang kita ni bukan tak mau nak anto anak-anak belaja jauh-jauh, tinggi-tinggi sampai masuk unibersiti (kata orang kampung saya), tapi tu lah..."Makcik takda duit..", "Pakcik tak sanggup nak gadaikan tanah tu" dsb lah. Tahukah anda, kerajaan menyediakan perlbagai kemudahan untuk kita belaja? Takda suit nak daftar, PTPTN bagi advance dulu kan? Berita semalam pulak (23/06/10), pihak-pihak boleh berbincang dengan universiti kalu takda duit nak bayar yuran pendaftaran semasa mendaftar masuk U. Alangkah bagusnya. Saya amat berterima kasih pada mak saya yang 'celik mata' tentang ini walaupun hanya kerja kilang dulu². Kalau tak, ntah² saya masih di kampung bekerja macam².
Jumpa lagi nanti!
p/s: the power of dream
2 comments:
belajar terus belajar =]
sokong diri ku :)
Post a Comment