30 April 2009

Apa Bikin Sedara?

Bila Pekerja Bercuti


Selamat menyambut Hati Buruh @ Hari Pekerja yang jatuhnye tiap-tiap tahun pada 1 mei. Tak kira la awak kerja apa, dari sekecil-kecil kerja sampai sebesar-sebesar kerja, selamat hari pekerja lagi. Kalau awak tukang pecah rumah, pun selamat hari pekerja...eh...orang macam tu pun kena kasi ucap selamat ke? Kita ucapkan dia selamat kembali ke pangkal jalan, bukan selamat pergi pecah rumah orang!

Dalam kesibukan seharian kita bekerja, sesekali kita kena merenung dan berfikir...untuk apakah kita bekerja selama ini? Kenapa kita bersusah payah bekerja selama ini? dan tak pun, kenapa kita bekerja? Tak boleh kah kita duduk di rumah sahaja? Bak kata pepatah, ulat dalam batu pun bleh hidup. Ni takkan kita sebagai manusia duduk rumah tak boleh hidup?

Kita jangan macam tu bang, akak...kita bekerja kena ada matlamat. Yang baru tamat belajar mesti berazam untuk bekerja untuk membalas jasa-jasa keluarga kita, yang bujang mahu bekerja untuk mengumpul wang untuk berkahwin dan sebagainya dan tak lupe yang dah berkahwin, bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Itulah antara sebab-sebab kenapa kita perlu bekerja. Bagi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading tentulah mahu merasa hasil penat lelah dibayar dengan setimpal bila bekerja dan yang mahukan sesuatu matlamat, kena juga bekerja untuk mancap hasilnya.

Nak bekerja tak semestinya seseorang itu perlu ada kelulusan tinggi. Sapa kata ada UPSR tak boleh bekerja sampai ke peringkat lebih tinggi? Sapa kata ada ijazah kelas pertama pasti dapat kerja di peringkat yang tinggi? Pokoknya, usaha diri sendiri dan matlamat kena ada dan kena buat. Kalau dulu orang kata jangan jadi Mat Jenin yang suka berangan @ Si Luncai dengan labu-labunya, tapi la ni Mat Jenin, kalau dia betul-betul betindak atas apa yang telah diangan-angankan, dia pasti berjaya! Si Luncai juga pasti berjaya jika dia berusaha gigih. Pokok pangkalnya kembali pada diri kita balik. Sejauh mana kita mahu berjaya, kita yang tentukan.

Prinsip ulat dalam batu boleh hidup dah tak boleh diamalkan. Orang kita ni suka tengok secara sekali lalu jerk. Kalau kita pikir balik betul-betul, Ulat tu pun dia berusaha untuk menggali lubang dalam batu untuk dia hidup. Bukan dia tiba-tiba je ada dalam batu.

Saya teringat satu ketika dahulu sewaktu menjadi fasilitator di sebuah sekolah luar bandar. Bila ditanya apa yang kamu mahu jadi 30 tahun akan datang, ramai yang menyatakan cita-cita masing-masing. Tapi bila saya 'belasah' balik cakap result pun cukup-cukup makan, boleh ke jadi seperti apa yang dimahukan? Terdiam seketika. Mungkin dalam kepala masing-masing berfikir, betul jugak apa yang mamat ni cakap. Oleh itu saya telah tegaskan pada mereka, kalau betul kita mahu apa yang kita impikan, mulai hari ini, kita kena tekadkan azam dan usaha untuk berjaya.

Awak ingat kalau berbaring sambil tangan kat atas dahi tu awak boleh dapat apa yang awak impikan? Oh, sori..orang yang tidak mahu bekerja bukan orang yang cemerlang. Kadang-kadang saya pun hairan, kenapa ada orang tak suka bekerja. Tak mahu duitkah? Mahu, nak dapat dari mana? mintak pada family...Oh nehi, nehi. Jangan dibagi lenkali kak, bang. Tu namanya dah menyokong aktiviti tidak mahu bekerja dia. Paksa dia bekerja untuk merasa susahnye mancari duit. Bukan dapat duit lepas tu duk pi bakar dengan api! Paham ke dapat duit lepas tu bakar dengan api? Paham bangg? Bagusss... yang awak isap rokok tu bukan beli guna duit ke? Kan ke membakar duit namanya tu. Opsss...saya bukan nak cakap pasal abang-abang yang membaca blog ni. Saya nak cakap pada orang-orang kat Planet Zargus sana.

Salahkah bekerja di kedai makan membasuh pinggan walaupun ada segulung ijazah? Kelas pertama gituu. Salah? Sebagai pengalaman, saya juga pernah bekerja di cyber cafe sebagai cashier sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan saya dahulu. Ada orang yang pandang rendah, tengok mamat ni pakai moto cabuk, muka tak hensem, memang padanla keje cyber cafe. Padahal diorang tak tau mamat ni la ada ijazah undang-undang. Selagi kerja kita halal, tak perlu amik port apa yang orang nak kata. Bukan diorang bagi duit pada kita pun kan? Saya rasa ramai lagi kawan-kawan kita yang sanggup bekerja dari bawah sementara mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan. Syabass kepada diri anda! Anda adalah seorang yang cemerlang! (^_^)

Macam dah terlalu panjang entry kali ni, mungkin ada sambungan part II? Kalau korang tak bosan membaca la heheh.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat hari Pekerja! Ianya adalah hari anda, sebagai pekerja, gunalah masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat! Chaloo!

p/s: balik kampung laa


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin