03 November 2008

Apa Cite Menarik Kat TV?

Heroes Season 3


Yatttaaaa! Sapa tengok cite ni? Angkat kaki! Ahahaha. Giler ah, adake nak kena angkat kaki. baik angkat kening jerkk kan heheh.

Aku pun terminat citer ni secara tak sengaja sejak beberapa tahun lalu, dan aku juga siap donlod dari torrent dan burn tiap-tiap episod dalam cd. Buleh layan kalu busan-busan k at umah. Kirenya ramai gak la peminat dari seluruh dunia tertunggu-tunggu season baru citer Heroes ni. Pada mulanya aku pun bukan minat sangat...aku bajet cite ni mesti macam smallville tuh. Tapi bila dah layan 2-3 episod, rasa syiokk plak. Trus donlod lagi beberapa episod. Lepas tu terus donlod satu season sekali gus! Ahahaha.

Lepas abis season 1, terus aku search lagi kat internet untuk season 2. Dan tak lama lepas tu season 2 plak keluar. Oleh kerna umah ku tiada astro, so aku donlod season 2 tu sekali gus! Kalu korang baru merangkak-rangkak nak tengok episod 1, lepas tu 2, lepas tu 3, aku siap dah tengok abis pun :p

Kalu kat astro la ni, tengah ada marathon Heroes dari season 1 sampai 2 kat channel starworld. Dijangka tayangan rasmi season 3 adalah pada 6hb November ni bersamaan hari khamis. Aku pernah baca satu forum, peminat citer heroes ni memang la ramai! Dan sebagai buktinya, tatkala aku tengah mendonlod cite ni dari internet menggunakan torrent, ada sekurang-kurangnya 4 hingga 5 ribu seeders dan peers! Giler ah ramai! Satu episod dalam 350mb, dan kalu donlod buleh siap dalam sehari. Tapi....ada tapi beb! Macam biasala, walaupun seeders ramai, tapi aku tengok kat torrent aku, donlod speed dia paling tinggi pun 3okb/s. Kadang-kadang cuma 5kb/s. Kalu satu episod mau 2-3 hari baru siap. La ni kat internet ada episod 1 sampai 7 untuk season 3! Dan aku tengah mendonlodnya! Ahahahah. Dijangka pada weekend ni aku dah buleh layan citer ni sampai episod 7! dan bersedia untuk mendonlod episod berikutnya! Tima kasih kepada eztv (www.eztv.com) :)

So, kalu sesapa yang guna streamyx tu, korang donlod jela kat internet. Cepat dan mudah :)

Sekian saja laporan saya dari Kelana Jaya hehehe.

p/s: aku biasa donlod cerita dari [SINI]
p/s: bersedia untuk bil api melambung!



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin