27 October 2008

Jom Jalan-Jalan!

Tanjung Emas, Muar


Giler ah! dah seminggu posting dalam bentuk draft. Buat separuh jalan, stop. Buat separuh jalan je, stop. Bila nak posting pun tak tau. Mana taknya, bila nak start taip jerk, line internet macam kuda, eh silap, macam siput. Bila kena macam tu, terus takda mood nak taip. Ditambah lagi dengan CPU aku yang tetiba buat hal. Langsung tak buleh detect USB. Abis modem celcom tu nak cucuk kat mana? Takkan nak cucuk kat idung plak. Adessss!

Dekat ofis plak, internet on-off. Tak tau nape. Asal dc jerkk puas aku menggoyangkan kabel modem tu dengan harapan line kembali ada. Bila dah geram sangat, aku tarik jerkk wayar tu dari cpu sampai tercabut. Ada sekali tu siap patah klip kat wayar tuh! Adusss!! harta kerajaan tuh! Jangan bagitau sesapa ek :p hehehehe

Dah, back to the main road!


Orang Muar tenti tau Tanjung Emas ni kan? Kawasan rekrasi yang agak glamor kat muar selepas Tanjung Ketapang. Tanjung Ketapang tu tapak perkhemahan dulunya sama aktiviti melihat monyet. Betuiii...punya la jinak monyet kat situ. Sapa yang pegi hari-hari, sure monyet tu kenai korang. Selain tu tempat tu amat menarik kalu nak jog ke apa ke. Yela, tepi tu ada sungai muar. Kalu agak-agak nak mandi sungai muar pun buleh! tapi takat ni takda dibuat orang la hahaha. Kalu orang tak tau jerkk yang kununnya hulur-hulurkan kaki main air sungai tu. Tapi bagi yang tau, tak sanggup nak hulur kaki dalam tuh! Serius, bukan tak bersih...tapi tak berapa bersih. Ada banyak obor-obor juge. So, berhati-hati la ek.

Ok, kembali ke tanjung emas. Pada harini, 01/11/2008 sampai 02/11/2008, ada program sua rasa tv9 kat sana. So, bagi yang sempat, jalan-jalanla ke muar ek. (menyampah pulak aku tengok iklan sua rasa yang ada nabil promotekan acara tu kat muar. Asyik nak cakap 'ek' 'ek' jerkk. Ko ingat sume orang muo asyik cakap macam tu jeke? baru nak jejakkan kaki kat muo dah nak buat lawak terlebih) Opsss...ada peminat mamat tu ke? sori la. Lu pikir la sendiri!

Kembali lagi, kat tanjung emas tu gak ada satu perkhidmatan menyusuri sungai muar dengan bot. Amat menarik. Kadang-kadang orang muar sendiri pun tak penah naik (Aku la tu). Sejak keje dah nak dekat 3 tahun kat muar, tak penah nya aku naik. Sebab pada aku macam biasa jerkk. Hari-hari naik kete lalu jambatan muar, so nak naik bot nape plak kan.

Tapi haritu ntah camana, aku terpikir nak rasa naik bot tu menyusuri sungai muar. Biasa naik kete jerkk, mana thrill. So, nak tuka pemandangan pulak hehehe. Aku lupe pulak perkhidmatan ni dari kul berapa ke pukul berapa, tapi kalu korang tengok jeti tanjung emas tu ada bot dan ada orang yang jaga kaunter kat situ, korang pegi jela. Tiket untuk dewasa RM10.00 dan kanak-kanak ialah RM5.00. Mahal ke? Pada aku berbaloi la selepas naik. Memangla sebelum ni aku rasa macam mahal. Tapi lepas korang dah naik, korang akan rasa berbaloi. Masa yang diambil adalah selama lebih kurang 45 minit menyusuri sungai muar dari jeti tanjung emas tu hingga ke jambatan kedua sungaai muar. Dari situ korang buleh nampak masjid jamek muar, masjid jamek kedua muar, istana hinggap sultan johor, bangunan sultan abu bakar, dan seterusnya melalui jambatan pertama sungai muar hingga ke jambatan kedua. Korang akan melalui juga stesen bas muar-batu pahat yang baru, parking bot jabatan imigresen, kastam, dan nelayan. Kalu bernasib baik buleh jumpe orang yang sedang mencari kupang di sekitar sungai muar tu. Korang juga akan melalui kawasan medan ikan bakar sabak awor yang baru. Walaupun aku cakap bot ni sampai ke jambatan kedua, tapi hakikatnya bot ni takla pusing betul-betul kat bawah jambatan kedua tu. Bot akan berpusing sebelum jambatan kedua tu. Tapi buleh nampak la jambatan kedua tu.Memang menarik. Tapi sayang nya masa aku naik tu air tak pasang sangat. So, air sungai muar agak kotor. Ditambah dengan hujan yang tak berhenti-henti sejak beberapa haritu, menambahkan lagi kepekatan air sungai muar tu. Tapi bila air pasang, air dia agak bersih dan kebiru-biruan. Sampai aku terpikir diorang ni letak pewarna ke apa dalam sungai ni sampai air jadi kaler biru hahahaha.

BTW, cakap saja tak guna kan. Ni aku share beberapa gambar untuk tatapan sume. Enjoy!


Alamak, aku lupe nama tempat ni, kalu tak silap Medan Selera Maharani. Kat sini ada kedai yang jual mee bandung yang sedap kat muar (orang kata la heheh)


Ni jambatan kedua muar, bukan jambatan pulau pinang atau jambatan kabel kat sunway tuh okeh


Masjid Jamek Muar atau masjid pertama di muar


Ni Masjid Kedua Muar. Oleh kerana masjid ni dipisahkan oleh sungai, maka ada dua masjid yang saling mengadap.


Bawah jambatan pertama sungai muar


Bangunan Sultan Abu Bakar. Antara bangunan lama di muar. Kat sini ada Pejabat Tanah, JPN (dulula sebelum berpindah ke Bakri, KEMAS (tak pasti ada lagi ke tak) dan Jabatan Perhutanan

Astaka Tanjung Emas

Istana Hinggap Sultan Johor. Biasanya kalu ada event, sultan dan kerabatnya akan singgah disini. Errr..bukan banglo ye, istana tu. Kalu lalu depan, siap ada pos pengawal lagi. Dekat istana tu siap ada parking helikopter lagi.

Next time nak pegi Sabar Awor plak! Tunggu!

p/s: Muar? Muo la. Bandar? Bando ;)


5 comments:

~ miss femme fabulosity ~ said...

ooh... itu jambatan kedua muar ke (buat-buat tak tahu)

hehehe..

termasok nie, maknanya ada 3 jambatan la yg menyerupai jambatan pulau pinang.

satu jambatan kabel sunway
kedua jambatan kedua muar
ketiga jambatan kat putrajaya (lupa nama)

p/s: nape kat mesia semua nak copy jambatan pulau pinang? dah xde idea ke kita punye arkitek? haish!

n a d i r a said...

uih...dah cantik ek muo skrg...isk...isk...isk...lame bebeno x pegi muo nih...padahal kite berjiran jer...(kg i mean)...hehehe...

saye org melaka...mari ler ulau melingkau atas pagau...huhuhu ;p...

aL-gOjO said...

to Ell - Ekekeke...arkitek dari kilang yang sama kott..sebab tuh sama jerkkk. sume nak ada tali kabel la ni. nasib baik tak buat jambatan melengkung :p

to nadira - yeah, udah lawa tau muo la ni. selalu balik muo pun ikut ayer keroh jerkk (ikut lebuh AMJ). laju jerkk..cuma berhati-hati lembu melintas jalan :p

AdiHana said...

wahhh muar dah ada 2 jambatan meh??
sgt dh lama x pegi muar.
almaklumlah dh jadi warga tetap segamat skang..

oppp tumpang lalu!!

aL-gOjO said...

adihana - alamak, baru perasan ada komen huahua. btw, lepas ni ada jambatan ketiga plak :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin