01 October 2008

Satu Hari Di Hari Raya ...

Salam Aidilfitri!
Wahhhh...tengok baju dia..bergemerlapan! pinau mata menengoknya hehehe. Eh cik abang, kasut but tu macam nak naik kuda jerkk hehehe. Jangan marah, sekadar bergurau senda di pagi hari raya :)

Alhamdulillah, rasa bagaikan baru semalam jerk kita berpuasa. Tengok-tengok dah raya! Eh, makanla kuih tu...jangan asyik sangat mengadap monitor ni haa...tambah² lauk tu :)

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, aku ingin menyusun jari memohon jutaan ampun dan maaf buat semua rakan bloggers dan pembaca lain andaikata ada melakukan salah dan silap yang samaada sengaja atau tidak. Orang kata pena ibarat pedanga...dalam hal ni kita iaratkan keybod kita ni ibarat pedang buleh? Yela, sebab kita menaip guna keyod bukan guna pena pun kan.

Kadang-kadang bila kita asyik menaip, kita lupe...ada sesetengah penulisan kita yang tidak dapat diterima umum. Walaupun hakikatnya kita bebas untuk menulis apa saja, kita masih perlu mempunyai akal dan fikiran yang rasional dalam menulis sesuatu artikel. Kita lihat sahaja trend sekarang. Bloggers bukan kebal dari undang-undang dan kadangkala kebebasan bersuara kita pula disalah ertikan. Tidak mahu mengulas panjang. Hari raya kita kena ceria! Ayuhhhh!! kita pergi dapatkan duit raya!!

Sekali lagi, mohon ampun dan maaf, dan Selamat Hari Raya!

p/s: makan tak hengat dunia!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin