Tangan Di dada, Mata Ke atas
2012 sudah hampir suku tahun. Diam tak diam masa berlalu pantas. Samaada kita sedar atau tidak, atau buat-buat tak sedar, masa tetap akan pergi meninggalkan kita. So, selama 5 bulan sepanjang 2012 ni, apa yang telah kita capai? Atau tercapaikah suda azam atau matlamat kita yang kita duk pung-pang-pung-pang sejak awal tahun dulu? Tepuk dahi, terus fikir. Kalau dah tercapai skit, atau in progress, tahniah dan sila teruskan. Kalau yang belum tercapai, sila usaha lagi! Jangan longgokkan azam korang untuk tahun depan pulak, nanti bertimbun-timbun azam, last-last satu pun tak tercapai. Macam orang cakap, APTB! (Apa Pun Tak Boleh!)
Bulan mei jugak mengingtkan kita khususnya saya sendiri, bahawa angka umur tetap berganjak kehadapan, bukan ke belakang. Yup, diam-tak diam terasa diri suda 'berumur' hahaha (bukan tua yer). Diam tak diam jugak, blog ini dah berusia 5 tahun! Fuhhhh, lama dan panjang. Kalu budak kecik tu dah bole masuk tadika. Dah nak mengenal ABC dan 123. Bermakna semakin menganjak angka umur, sepatutnya semakin matang kita berfikir.
Saya tidak mahu menulis tentang politik sebab blog ini bukan blog politik, kita dengar berbagai-bagai isu semasa yang berlaku dua tiga bulan lalu. Kita sedeh bila lihat anak-anak muda kita bertindak ibarat orang 'hilang akal'. Teringat kata-kata Dr. Fadhilah Kamsah,"insan yang cemerlang datangnya dari akal,hati yang bersih dan jiwa yang tenang". So, mana jiwa-jiwa yang tenang? Mana insan-insan yang cemerlang? Jangan jadi Si Luncai. Jadilah macam Mat Jenin.
Selamat Hari Kelahiran
Indahnya zaman kanak-kanak, terasa macam mahu kembali ke waktu itu. Bebas, riang, menangis, ketawa, berlari, jatuh dan sebagainya. Walaupun dibesarkan ketika tanpa kehadiran seorang bapa ketika kecil, saya tetap berbangga dengan apa yang saya capai ketika ini. Kejayaan tidak datang bergolek-golek. Kejayaan tidak datang ketika kita tidor. Kejayaan datang dengan berbagai cara. Dengan usaha, dengan airmata hatta dengan darah yang menitis.
Untuk menuju ke puncak, kita harus memilih jalan yang betul. Sama-ada menggunakan lebuhraya ataupun menggunakan jalan kampung. Kalau dipilih jalan mati, alamat masuk ke parit lah jawabnya kita. Tak kisah kita menaiki kereta, jet paling laju di dunia, basikal, ataupun berjalan seperti kura-kura, selagi kita mengikut jalan yang betul, kita pasti berjaya. Usaha yang menentukan cepat atau lambatnya kejayaan yang ingin kita capai itu. Kalu usaha sekadar sahaja, jawapannya kejayaan yang kita dapat nanti sekadar sajalah.
Ahh, banyak pulak membebel. Selamat menyambut bulan Mei. Selamat menyambut hari kelahiran.
p/s: ok, bos dah jeling-jeling. sila buat kerja haha
No comments:
Post a Comment