17 November 2009

Ada Mata Pandang

Wayang Oh Wayang


Saya masih ingat sewaktu menonton wayang tempoh hari, begitu ramai peminat dan berbagai jenis orang yang ada. Siapa sangka, walaupun jam sudah menunjukkan 1200 tgh malan, tapi masih ramai yang datang menonton filem ini. Ada yang datang sorang, ada yang datang bersama pasangan, ada yang datang bawak anak termasuk ada yang datang satu famili! Hebat². Mungkin masa ini lah baru mereka berpeluang untuk bersama keluarga masing-masing dan anak masing-masing setelah seminggu bekerja dan tak jumpe mereka.

Cuma saya kadang-kadang lihat sikap orang-orang malaysia ni pelik sikit. Yelah, kalau kita tengok wayang, sure kita kena beli tiket kan? Kalau dahbeli tiket sure kat tiket tu ada tulis number seat sama panggung mana kan? Tapi yang hairannya bila lampu menunjukkan pawagam itu suda berkelip dan penjaga pintu suda membuka laluan untuk penonton masuk, masih ada yang berebut-rebut macam korang takda number seat! Eh, rileklah...tak perlu berebut-rebut.

Samalah keadaannya di mana-mana sahaja. Naik bas ekspress pun mau berebut. Padahal kat tiket masing-masing suda ada number seat. Memang takda sapa punyala yang nak duduk kat seat korang tu [melainkan korang tersalah number je]. Kita bukan nak naik bas mini ke apa ke. Sebab tu semasa saya bekerja di Ampang dulu, saya masih teringat, setiap pagi dan petang selepas balik kerja, petugas-petugas di stesen putra 'terpaksa' membariskan penumpang untuk menaiki tren. Sekali imbas suda macam sekolah pulak sebab kita tidak tahu berbaris!

Susah ke mau mengikut peraturan? Susah bagi mereka yang pentingkan diri sendiri dan senang bagi mereka yang dah biasa. Anda yang mana satu?


p/s: angkatt tangannnn...turunn tangannnn


Photobucket

2 comments:

Juliet said...

Betol3x..!!

Dah ade number seat pon macam org Jakun masok wayang nak berebut! Haish!

PS. Tak suke la kat sekolah dulu bila berbaris kena "angkat tangaaaannn.... TURUN! Angkaaaaatttt..... TURUN!" hish!

ikpunye said...

mungkin sebab kalau seat dia yg tengah2 barisan, dia tak nak menyusahkan org lain yang seatnya kat hujung kat hujung barisan, sebab tu dia berebut nak masuk cepat...*kadang2 kena bersangka baik* hehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin