09 April 2009

Ada Mata Pandang

Eh, Janganlah Kurang Ajar Beb!


Beberapa hari lepas membe se-uia datang ajak lunch kat Kelana Jaya nih. So, aku pun oleh kerana dah lama tak jumpe membe ni sama ada benda nak bagitau dia jugak, setujula kuar lunch dengan dia. Kitorang decide nak makan kat sekitar ofis aku ni gak. Yelah, rehat pun sejam. Takkan nak pegi jauh-jauh pulak.

Dipendekkan cerita, kami pun sampai la kat kedai makan ni. Tengah nak cari parking nih, tetiba nampak la satu kereta ni nak reverse keluar dari tempat parking dia. Alhamdulillah, sudah ada parking free. Masa kereta dia tu nak reverse, ada la sorang uncle ni sedang berjalan belakang kereta tu. Aku yang duk dalam kereta dah mula ter 'Ehh..ehh..' Takkan driver tu tak nampak uncle tu duk berjalan belakang kereta tu. Slumber jerk reverse. Agaka laju pulak tu. Lepas tu agaknya bila terperasan ada orang kereta tu brek. Aku tengok ada la terlanggar uncle tu sikit. Takdala sampai uncle tu jatuh. Cuma uncle tu terkejut kott. Aku tengok dari reaksi muka dia dia agak marah la, sambil angkat tangan (takda isyarat lucah disini). Aku dengan membe aku duk perati jela. Uncle tu pun berlalu ke kereta dia.

Tapi ntah macamana, tetiba aku tengok ada sorang laki keluar dari kereta tu. Dengan muka marah², siap meluru ke uncle tu sambil maki hamun (aku rasala, sebab tengok mulut dia terkumat kamit dengan mimik muke macam orang marah) Aku dengan membe dalam kereta tergamam jap sambil berpikir. Sapa yang patut marah sapa nih?

Aku tengok bukan main marah lagik mamat tu kat uncle tu. Siap macam nak ajak gaduh pulak. Uncle tu cool jerk. Yang mamat ni macam cacing kepanasan. Aku rasa awek dia yang bawak kereta tu. Sebab tu nak tunjuk eksen kat situ. Aku tengok gak kereta dia takdala calar ke kemek ke. In fact, kereta tu normal jerk. So, apa motif mamat tu nak marah-marah?

Kamonla beb, salah sapa tu? Salah ko jugak kan? Kenapa nak reverse kereta main keluar laju jerkk? Kan jalan tu agak buzy. Cubala tengok cermin pandang belakang dulu sebelum reverse kereta. Satu lagi, takkanla kereta tu tak da alarm reverse? Kereta import aku tengok, takkan alarm pun takda? Ada lesen ke takda lesen awek yang bawak kereta tu? Kalu aku yang jadi uncle tu, aku la yang patut marah sebab ko yang keluar meluru. Uncle tu pun dah tua. Dia nak jalan slow ke, merangkak ke, ko kenala respek dia. Ni macam nak carik gaduh pulak. Cubala buke tingkap sikit, angkat tangan cakap 'Sori uncle', sure setel masalah. Tapi ni aku tengok mamat tu pun nak tunjuk ego dia jugak depan awek dia, nak buat camana...

Kesian kat awek mamat tu ada pakwe cam tu. Dengan orang tepi jalan pun dia tak respek ni kan pulak awek dia sendiri. Kat sini la kita kena menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak. Guna akal yang ada kat kepala bukan akal yang ada kat kepala lutut. Lagi satu, respeklah orang tua, walaupun bukan bangsa sendiri. Tak rugi aku rasa buat macam tu. Orang yang cemerlang akan bertindak waras. Cakap sorry pun susah. Bukan kena bayar pun!

p/s: cuba amalkan the power of minta maaf :)

1 comment:

SyaFia said...

masa dekat matrik dulu pernah juga macam ni.. ada la sorang abang budak perempuan tu.... datang masuk kolej lepas tu bawak main laju, K tengah lintas jalan, nak berlanggar dah.. K angkat tangan (bukan carut tapi tumbuk)..

lepas tu dia berhenti, kuar.. tanya "pesal bro, ada masalah ke"..

K jawab kalau, "dalam kolej perlu ke bawak macam orang gila? ko langgar aku dalam ni, aku patikan dengan adik2 ko tak dapat nak belajar dah lepas ni."

terus dia diam, K blah..

p/s: jangan la ego..tahu la ada 2 peremmpuan dalam tu.. sorang tu bini/awek dia kot.. ego tol..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin