03 December 2008

Apa Kata Hati?

Salam hujan lebat!


Hujung-hujung tahun ni memang normal la kan kalu dikaitkan dengan musim hujan. Dan seperti biasa hujan membawa sekali banjir yang melanda tempat kita. Membe-menbe gue cakap, lepas pantai timur ni, sure ujan akan ke selatan plak! Waduh! Kok macam tu? Apalagi penduduk kampung!! Kita sediakan payung sebelum hujan! "Payung burger buleh ke bang?" "Errr...asal ko larat nak angkat buleh je la labuuu"

Takziah kepada mereka yang terkena bencana alam ini. Takziah juga buat kengkawan yang kehilangan orang yang tersayang akibat bencana alam ini. Kita tak mintak ini terjadi. Semuanya qada' dan qadar dari Ilahi. Ujian yang datang bukan untuk menyusahkan kehidupan manusia. Tetapi sebagai hambatan atau booster dalam diri untuk bertindak pantas dan berusaha untuk kekal hidup.

Ujian tu booster? Apakebenda nya tu? Bazooka ke? Adesss...booster ni macam semangat la. Kalau hidup kita ni takda ujian yang melanda, kita tak akan sedar diri. Kita akan terus rasa meninggi diri. Bila dah kena sekali, baru terjelepuk terduduk kan? Tu semua bukan untuk menjadikan kita lemah. Bukan bila datang ujian kita terus rasa 'mandom' atau 'down' tak tentu pasal. Tapi ujian akan mematangkan cara kita berfikir, cara kita bertindak dan cara kita mengatasi masalah.

Sapa tak da masalah dalam duni ni kakk oiii!! Semua orang ada masalah masing-masing. Drebar bas ada masalah dengan bos dia. Penumpang bas pulak ada masalah dengan bas dan begitulah seterusnya. Kalau orang yang takda masalah tu, memang hairan bin ajaib la!

Kenapa? Yela, tengok dia 'happy go lucky' jerr. Pelik gak kita. Kita bila dapat gaji macam-macam nak kena fikir. Nak bayar itu la, ini la, apa la. Silap-silap sebelum gaji lagi list hutang tu dah tertampal kat keja kita. Dan silap-silap, hutang kita lagi tinggi dari gaji kita! Sampai defisit bang oi! Tu bukan masalah ke?

Maybe luaran jer dia happy, tapi dalaman sapa yang tahu kan? Pernah kan kita tengok membe-membe kita asyik senyum jer memanjang. Tak da problem ke dalam hidup dia? "Owh, dia belum kawin la, sebab tu dia tak payah pikir hal rumahtangga". Mesti terdetik dalam hati.

Kita kena tengok dari sudut lain. Macamana dia handle masalah dia. Maybe problem dia lagi menggunung tingginya sampai kita pun tak terdongak nak tengok. Tulah, aku memetik kata-kata seorang motivator, "Orang cemerlang ialah orang yang berjaya mengatasi masalah dia dengan menggunakan akal dan bukan dengan hati".

Ada tengok berita 2-3 minggu lepas? Ada 2 kes kalau tak silap. Dua-dua ialah cubaan membunuh diri. Satu tu sebab pakwe dia buat hal dengan dia dan satu lagi sebab laki dia buat hal dengan bini dia. Sampai nak terjun bangunan tu beb! Ya Allah, apa tak fikir ke? Membunuh diri ialah perbuatan yang paling dikeji. Dan of coz la, salah disisi undang-undang. Kalau korang bunuh diri tu, korang mati, maybe setel masalah korang tapi masalah orang lain yang nak uruskan mayat korang plak camana? Kalu korang bunuh diri, tapi tak mati, korang pun dapat penyakit. Korang akan didakwa sebab cubaan membunuh diri! Tak kena naya tu? Dahla tak mati, kena dakwa lagi. Ehh, ni aku cite bukan korang yang baca blog aku ni. Tapi 'korang' lain kat sebelah planet bumi sana.

Lepas tu ada satu lagi berita yang tak kurang menggemparkan. Seorang pemuda mati dibelasah sekumpulan lelaki gara-gara seorang wanita. Makk aii, sampai macam tu sekali? Perempuan punya pasal, laki sanggup bergaduh berbunuh-bunuhan. Teringat aku cerita 'Troy'. Korang tau tak cerita tu pasal apa? Yup, gara-gara seorang wanita, abis dua negara berperang. Dan gara-gara seorang wanita juga, achilles (betul ke aku eja ni) mati terbunuh. Sampai macam tu sekali penangan seorang wanita. Errr....bukan nak kata kat awak ye cik kak. Tapi kita tengok dari sudut lain. Iaitu bagaimana menyelesaikan masalah dengan hati. Ikut hati, mati bang oii! Dan itu lah realitinya. Sanggup membunuh. Alahai, dah takda pompuan lain ke kat Malaysia ni? Dia juga yang ko kejar. Perkara sudah terjadi. Dan suspek telah ditangkap dan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan i.e. gantung sampai mati JIKA sabit kesalahan.

Sekali lagi kita gagal menyelesaikan mengikut akal yang waras. Kita hanya mengikut kata hati dan nafsu di tambah pulak dengan bantuan kawan-kawan yang terus menerus menyimbah minyak kedalam kuali yang sedang panas. Bila kuali dah panas, minyak pun dah melegak, apa lagi....zassss!! Lu pikir la sendiri!

Ada akal guna, ikut hati mati.

p/s: u jump, i jump? Nehhi..nehi..!

3 comments:

Cutestamoi said...

Hujan2 ni bisa buat mengantukssss.. Skrg tgh ujan kat Jln Tun Razak.. Rase nak tido bawah meja je.. huuu

Anonymous said...

2 hari ni kurang hujan ... maybe lg 2-3 hari hujan balik kut ... pasal monsun belum habis lg ... doa2 kan lah nadz kat sini ... di pantai timur ini ...

cubaan membunuh diri .. hmmm ... no komen ...

salam aidiladha mr wan ... :)

Anonymous said...

ema - Kelana Jaya dilaporkan ujan sekejap-sekejap tiap² petang. Bila lunch dah balik umah tu,rasa macam nak dtg balik semata-mata nak punch kad jerkk hehehe

nad - Harap-harap situsai kat sana semakin elok. Kadang² berita ni pun bukan bagi info yg tepat. Apapun, hati-hati ketika bermain ujan heheh

selamat aidiladha juga cik nad :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin