24 September 2008

Pandang Kiri...Pandang Kanan...

Yoshh!

Hari raya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dan dalam berita perdana kelmarin, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan melihat anak bulan pada 29hb ini dan seterusnya akan mengumumkan tarikh sebenar hari raya. Kalu nak ikut perkiraan, hari raya di jangka akan jatuh pada 1hb Oktober.

Bila sebut pasal hari raya, kita tak dapat dipisahkan dengan balik raya menggunakan jalan raya atau lebuh raya.Maka berduyun-duyunla kenderaan akan memenuhi jalan raya pada hujung minggu ini bermula hari jumaat. Dan sekali lagi kita akan mengalami kesesakan lalu-lintas yang maha luar biasa di lebuh raya. Dan yang paling hairan bin ajaib, lorong kanan lebuh raya akan sesak teruk manakala lorong tengah akan maintain laju. Fakta benar ini tak perlu diceritakan lagi. Seolah-olah ada simpang di lorong kanan lebuh raya untuk orang membelok!

Setelah mengkaji secara teliti (perghhhhh), aku dapati punca utama kesesakan lorong kanan lebuh raya adalah disebabkan sikap kita sendiri. Yess! SIKAP! Ada orang perasan yang dia bawak ferarri atau lamborgini tapi sebenarnya bawak viva jerkk memandu dilorong paling kanan dengan kelajuan 80-90 km/j! Tak pun bawak kete tapi berangan yang lorong tu dia sorang yang punya. Haaaa...nilah puncanya! SIKAP budus sumbung pemandu kita. Oppsss!! Ya ampun pemilik viva, bukan nak cakap kat korang. Ni aku cakap pada pemandu viva dari planet zargus :) Korang sume pemandu berhemah kan? Bagus². Ada lesen ke tu bawak kete? hehehe

Kalu korang buke radio la ni, banyak kempen² dan tips² berguna buat pemandu seperti kita semua. Dari sekecil-kecil tips yang kita pun tak pernah perasan sampai la tips yang major. Untuk membe-membe sekelian, aku sharekan beberapa tips agar perjalanan raya kita diberkati dan mengelakkan diri kita dari menyumpah seranah pemandu di depan kita:

  • Pastikan kenderaan anda telah diservis dengan sempurna
  • Cek angin tayar kereta untuk membantu menjimatkan minyak
  • Cek barang² seperti tayar spare, tools etc dalam kereta
  • Balik kampung ikut jadual yang telah disediakan oleh PLUS
  • Memandu dengan tenang dan jangan tergopoh-gopoh (Had laju telah diturunkan sebanyak 10 km/j, so kalu biasanya hiway 110 km/j, la ni jadi 100 km/j.
  • Kepada sesapa yang bawak kete baru, pastikan plastik seat kereta anda telah dibuang terlebih dahulu untuk mengelakkan anda ditertawakan dengan orang kampung.
  • Bagi yang memandu kereta proton yang baru (Gen2, Persona, Waja, Savy) signal korang kat sebelah KIRI okeh! bukan KANAN. So, ingat betul². Jangan nak belok kang viper plak yang bergerak tapi signal tak menyala!
  • Kalu korang rasa nak memandu perlahan, SILA MEMANDU DI LORONG PALING KIRI! Jangan sesekali berangan nak memandu di lorong paling kanan. Ini untuk mengelakkan korang dari disumpah oleh pemandu lain di belakang korang!
  • Kalu hujan lebat, jangan sesekali buke lampu emergency! Lampu tu untuk berhenti ajer, bukan untuk time jalan. Cukup dengan menyalakan fog light sahaja.
  • Jangan sesekali menyalakan lampu tinggi walaupun korang memandu di hiway dari sebelah depan. Walaupun ada divider kat tengah tu, silau lampu korang masih terasa oleh kenderaan di lorong sebelah dan mengelakkan korang disumpah oleh pemandu lain.
  • Akhir sekali, memandu dengan penuh berhati-hati diLORONG YANG BETUL!

Ingatlah orang yang tersayang! Kita nak balik raya jumpa keluarga, bukan nak balik raya dibawa oleh ambulans!
Renung-renungkan....dan selamat beramal!

p/s: Bawak kete macam siput sedut
p/s: Bloggers raya gathering, anyone?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin