Diam tak diam sudah genap 17 Ramadhan kita berpuasa. Amacam? Ada yang ter ‘miss’ tak? Kepada yang masih penuh, tahniah. Kepada yang dah ada rongak² tu, gantila posa korang nanti. Budak 10 tahun pun buleh posa full, takkan kita yang dah dewasa ni tak dapat kott. Aaa? Kena gastrik? Ish² pandai betul la gastrik tu. Time bulan posa je dia datang ek. Time bulan tak posa takda nye plak datang. Opss! Bukan nak kata kat korang, tapi oarang lain daa…
Dalam kerancakkan menyambut syawal juga kita hendaklah ingat beberapa perkara. Zakat dah bayar? Family bayarkan? Adesss…kalu dah keje gaji riban-riban tu apa kata bayar sendiri jerk. Takkan nak bayar zakat pun malas kott. Bersepah kaunter zakat kat shoping kompleks tu. Nak bayar pun tak sampai 5 minitla. So sesapa yang belum bayar tu segera-segerakan la. Tapi budaya kita rakyat malaysia ni suke last minit. Tak kire la apa benda pun. Kecuali makan jerk nak yang paling awal. Kalu melibatkan duit ni sume last minit. Bayar zakat last minit, bayar bil last minit, bayar cukai last minit, pendek kata sume last minit! Imam-imam pun nak raya bang. Terkojutt diorang tengok korang datang sebelum sebelum semayang raya semata-mata nak bayar zakat. Kalu kat sesetengah tempat tu, imam-imam ni siap stanby dah meja kat laman umah awal-awal pagi lagi sebab tau korang nak datang bayar zakat.
Bila bercerita bab posa ni, teringat kembali satu rancangan di televisyen dahulu. Kalu tak silap aku wartawan ni duk menebual beerapa kanak-kanak dari kalangan yang boleh aku kata berada juga. Mereka di tanya, “Kenapa adik berpuasa?” dan jawapan majoriti dari diorang ialah “Saya berpuasa sebab tengok orang miskin tak dapat makan dan minum”. Erkkk!! Biar betui nih? Ni ikut fahaman mana pun tak taula. Maybe parents diorang dah set kan macam tu kot dalam minda diorang. Tu yang bila bulan posa jerk, posa sebab nak tengok orang miskin tak dapat makan dan minum! Yaaa..ampun ibu², bapak². Bukan itu definasi berposa sebenarnya. Bukankah berpuasa itu ‘manahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga tenggelamnya matahari’. Takda pun mention sebab nak ikut orang miskin? Ke bila berposa ni korang jadi miskin?
Kamonla, berpuasa ni banyak faedahnya. Salah satu nya ialah untuk tujuan perubatan juga. Tak percaya cuba tanya doktor² ma. Orang yang mahu dioperasi (operation) hendaklah berpuasa sehari sebelum pembedahan nya bermula. Kalu dia bedal makan jerk agaknya apa akan jadi? “Eh, cik kami jumpe cekodok dalam perut encikla” Huh! Pelik tapi mungkin benar!
p/s: makan kurma hari²
2 comments:
mmm..anyway akak kena gastrik ramadhan tahun ni....:-( first day pose time buka...muntah ..sahur makan pun muntah..memula ingat sbb angin...tapi berlarutan sampai pose keenam...dah tak tahan asik muntah jer time buka ngan sahur..sampai fobia nak makan tapi time pose ok jer..kita gi la klinik doktor kompemkan kena gastrik...perut dah penuh asid...doktor suh buka tapi tak ikut pun ...bukannya sakit pun...cuma muntah jer..alhamdulillah tak tinggal lagi pose..walaupun sampai hari ke 15 pose masih muntah2 lagi...tapi la ni alhamdulillah dah ok
tak ada alasan tuk tak pusa beb..semangat kena kuat
bila nak belanja saya makan kurma al-gojo?
nak kurma yusof tayoob tau! Hihihi...
:)
Post a Comment