08 August 2008
Sesekali menekan minyak kete ...
Biar betul?
Jauh ke?Macam pegi Shah Alam patah balik je. Tapi tu la hakikatnya. Sekali lagi berbicara soal sikap dan moral! Topik yang glamer aku bawa untuk minggu ni.
Semalam KL hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sampai boleh basah kuyup. Helmet aku yang membe pinjam pun dah macam baju basah yang boleh diperah. Maybe dia jadikan helmet aku sebagai tempat tadah air kot. No wori beb, aku tak kisah. Nasib baik helmet cap appollo jer. Kalu helmet mahal mau aku suruh ko vacuum sampai kering!
Macam biasala KL ni. Asal hujan je, jalan jem. Asal jalam jem je, hujan! Bak irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Rutin kitorang malam tadi ialah bermain badminton kat Taman Melati. Aku pun macam biasala, lepas magrib sudah bersiap. Teman serumah sudah keluar dulu. Aku jalan kendian sebab menunggu dan mengambil membe. Bila membe dah sampai aku pun bergegasla ke sana. Sekali masuk jalan ampang, tengok jem semacam. Hujan masih renyai². Aku sangkut kat depan Kem Transit Tentera tu dekat 45 minit!
Jam dah kul 8.45 malam. Takpe sabar lagi. Maybe depan sana dah ok skit. Bila temgok jam dah kul 9.00 malam dan aku mash sangkut kat sana lagi, aku dah mula naik angin. Apahal pulak sampai tak gerak² ni?! Ada Ultraman tengah berlawan dengan raksaksa ke? Tak pun ada Kapal UFO jatuh tengah jalan.
Sampai trafic light aku tengok takda menda pun. Kat situ baru aku tau apa punca jem! Kereta dari sebelah kiri cuba masuk lane kanan! Kamonla! ko tak nak 'q' lepas tu nak pancung depan kereta orang plak! Kalu sebiji aku tak kisah sangat. Tapi kalu dah 10 biji, sorila. Aku pun nak cepat!
Jam dah kul 9.10 malam. Aku cakap dengan membe ni tak buleh jadi. Last² aku u-turn balik ala² filem holiwood. Nak masuk semula ke MRR2. Sekali sampai depan RISDA jalan pun jem!!! Mak aii! fly-over depan tu runtuh ke? Bila aku sampai tengok tak apa pun. Masuk je MRR2, jalan lenggang! Jadi kat mana jem nye? Nunn disana...ada satu eksiden sebelah kiri jalan. Tapi yang jem sampai 3 lane sekali nape? Laaaa...korang pakat bawak slow nak tengok eksiden tu nape? Nak amik nombor plat nak beli nombor ekor ke? Adusss!!
Sampai court badminton dah jam 9.30 malam! kitorang sewa dari kul 8.00 malam sampai kul 10.00 malam jerk. setakat main setengah jam peluh pun tak kuar!
Hairan bin ajaib. Kenapa mesti jem bila hujan? Kenapa korang mesti nak tengok sama eksiden tepi jalan tu? nak bantu silakan, bagi signal, sila ke tepi. Bukan turunkan tingkap sambil slow kan kereta korang sampai 20 km/j!
Sikap, sikap.... pemandu malaysia, memang pelik!
p/s: takda duit nak beli helikopter
07 August 2008
Bila jari menari ...
Sapa dapat full mark masa amik lesen memandu dulu? tak kire la, masa amik ujian 'L' atau ujian memandu. Bukan dapat full mark sebab 'undertable money' tapi dapat ful mark atas usaha sendiri. Ada sesapa? Kalu ada, tahniah, anda memang seorang pemandu yang berkhemah!
Tapi sikap rakyat Malaysia ni lain skittt. Kalau dia jalan kaki punya la bersopan santun. Orang kata sampai pijak semut pun tak mati. Tapi bila dah bawak kereta @ motor, abis semut tu bersepai kena langgar! Realiti dan bukan omong kosong. Percaya tak kalau geng kita yang biasa kita nampak kat ofis punyala innocent, nerd, pendiam tapi bila dia dah start masuk dalam kereta, perangai dah berubah! Daripada innocent jadi hilang arah dan pertimbangan! Bawak kereta macam bawak jet lajunya. Sabarla beb, ko bawak laju ke slow macam siput sedut ke, ko pun sampai jugak!
Ada ke orang bawak slow tak sampai? Setakat ni yang aku dengar orang yang bawak laju jarang sampai. Sebab apa, sebab dia bawak dah terlampau laju sampai langgar tiang lampu!! Yang bawak slow tak sampai sebab dia tengah tengok orang yang melanggar tiang lampu tu!
Apa bezanya? Ko bawak laju pun ko sampai (dengan selamat), ko bawak slow pun ko sampai (kompom selamat!).
Aku suka travel malam kalau balik kampung sebab jalan agak clear. Banyak kali kalu aku balik malam, hiway PLUS tu dah jadi macam litar lumba. Semua orang nak duduk lane kanan. Kalau duduk lane kanan tu bawak laju takpela jugak, ni bawak macam siput sedut! Sampai jemm lane kanan tu! Hairan bin Ajaib! Bila lane kanan dah jem, lane kiri pulak bertukar secara automatik jadi lane paling laju. Lane tengah jugak yang maintain. Ada sekali tu aku yang tengah memandu kat lane tengah pun kena 'blink²' lampu dari kete belakang. Aku rasa aku bawak dah cukup laju. Tapi masih kena blink² lampu. Aku tengok cermin belakang, laaaa...myvi jeke. Dah tau ko nak laju, ko masuk jela lane kanan. Yang ko nak cucuk aku kat lane tengah nape pulak. Oh ya, lane kanan banyak sangat kete merc dengan bm sebab tu ko tak berani masuk kan. Ish³. Aku pun rasa simpati juga dengan myvi tu. So aku tukar gear 4....nak slow, nak masuk lane kiri sama kasi dia potong. Bila dia dah nak potong tu........aku tuka gear 5, terus pecut masuk lane tengah balik tinggalkan dia!!! Hahahahahahahaha. Sapa suruh main blink² dengan aku. Silau tau. Oh ya, JANGAN DITIRU AKSI INI heheheh.
Niat aku memang baik masa tu. Cuma tu la aku cakap, moral dan sikap. Kadang² terlupa juga...ya ampunn!!
p/s: bila lagi minyak mau turun?
05 August 2008
Bila keybod berbunyi ...
Bukan salman khan atau salman ye, tapi S.A.M.A.N, saman. Sapa antara kita yang memandu tak pernah kena saman? Tahniah! Anda pemandu berhemah :) keep it up!
Aku pertama kali kena saman bila speeding kat Lebuh AMJ a.k.a By-Pass Muar-Melaka heheh. Kat situ limit dia 90 km/j je. Tapi aku telah tertekan minyak sampai 110 km/j! Aku pun tak sedar bila aku buat cam tu. Tau² dapat je surat dari PDRM. Aku ingat aku dapat anugerah ke, sijil penghormatan ke, rupanya pemberitahuan bahawa aku telah melakukan kesalahan! Ahahah. Pengamal Undang² pun buat salah, apalah lagi rakyat biasa. Punyala aku risau masa tu. Yela, sekali kena RM300 maa!! Banyak tuu!! Buleh buat isi minyak 2-3 bulan (masa tu la)
Maka, aku pun meminta tulung staff aku yang paling ayu kat ofis tu untuk pergi ke Balai untuk menyetelkan saman tu. Maklum la, aku dulu buat kes eksiden. So rajin juga la ke Balai sana untuk amik repot orang. Sambil kat ofis tu aku mundar mandir jela menunggu staff aku tu balik. Hati tak tenang ni. Tetiba...
"Encik wan, orang kat balai ni tanya berapa cik wan nak mintak kurang" "Err kalu boleh se maksimum mungkin la"
Talian 'idle' sebentar.
"Ok cik wan, diorang cakap bayar ikut kelajuan cik wan bawak"
Adusss!! Ikut kelajuan aku bawak? Jap²...aku bawak 110 km/j bermakna aku kena bayar....RM110 la.
"Ok la tu su. Nanti saya bagi duit"
Melayang RM110 aku!
Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!
Tu baru saman speeding. Lepas tu aku ada dapat saman parking plak! Adesss. Yela parking merata corok. Walaupun kereta ada lekat itu sticker "Peguam" sama "Mahkamah" tapi saman tetap saman! Siap sangkut saman aku dekat viper dekat sticker aku tu lagi. Terima Kasih Encik Penguasa, anda telah menjalankan tugas tanpa memilih bulu!
Bila teman berbicara ...
Teman dari akaurium lain singgah sebentar tadi. Berbicara soal moral dan sikap.
Pernah naik PUTRA LRT? Ataupun STAR LRT? Atau public transport yang lain? Perasan tak bila kita masuk dalam tren tu akan ada satu seat reserved yang tulis ‘Sila bagi tempat pada mereka yang memerlukan’ atau ada signboard gambar orang tua, ibu mengandung, etc. Perasan tak? Atau kita sengaja buat tak perasan?
Al-kisah…
Teman menaiki putra tempoh hari. Punyala ramai orang dalam putra tu (memang ramai pun) sampai nak berdiri pun kena berhimpit-himpit. Oh ya, teman ni pregnant lady. Adalah dalam 6-7 bulan. Kira memboyot gak la. Bila teman ni dah masuk dalam tren ni, dia pun cuba² la mencari seat kosong. Al-maklumla…perut memboyot sama membawa barang² lagi. Tak kesian ke kita? Cari punya cari tak berjumpa. Last² terpaksala berdiri. Teman ni menjeling juga orang yang duduk kat kusi tu…mana tau jelling punya jeling dia perasan yang teman ni pregnant. At least dapat juga seat. Jeling punya jelling, rupa-rupanya tak laku! Dan terpaksala berdiri teman ni sampai ke destinasinya!
Moral of the story
Menurut teman tadi, dia punya la geram dengan sikap orang kita ni. Langsung takda belas kasihan. Apa punya sikap pun tak tau la. Sebenarnya keadaan macam ni ‘common’ dan selalu terjadi. Tak percaya boleh cuba.
Aku dulu pun pegi kerja naik putra gak. Kadang² rasa geram juga bila kita tengok macam tu. At least bagi la tempat duduk tu. Bukan rugi apapun. Korang hanya perlu bangun, pelawa orang yang memerlukan tu dan senyum. Simple kan? tapi benda simple ni la yang ramai orang tak sanggup nak buat. Alasan dia, sukati ko la! kamon man, cuba bayangkan korang dalam situasi macam tu. Korang dah tua jalan terbongkok-bongkok, naik tren, lepas tu takda sorang pun pedulikan korang. Kalu dekat takpela. Cuba bayangakn dari KL Central sampai Terminal Putra sana berdiri. Tak bengkok lutut? Kita orang muda ni kenala mengalah skit. Aku rasa tak luak pun kita buat macam tu.
Ada juga yang buat pura² tak nampak. Buat² tido ayam dan sebagainya. Tapi hakikatnya itu lah rakyat Malaysia!
Tapi kisah pelik pun ada…terutama jejaka macho (atau perasan macho) bila naik tren. Bila orang tua masuk k obuat bodoh, bila ada awek masuk bukan main lagi offer seat…kunun gentle katanya. Cehhh!! Kamonla, sapa ;agi memerlukan seat tu? Orang tua atau awek yang ko rasa cun tu?
Sikap oh sikap!
Kita hidup ni jangan bodoh sombong sangat. Tak elok. Sekadar mengingat diri sendiri juga. Oh ya, buat teman tadi, dun wori, aku dah tulung ko luahkan apa yang ko rasa terbuku dalam hati tu free of charge :)
p/s: penah naik star yang takda ekon? Perghhh!!
29 July 2008
Wake Up!
Jiran akaurium sebelah duk menjeling-jeling.
"Tengah update nampak"
"A'ah...update...tapi x penah nak publish...jadi draft jerkk"
Kalu ikut hati dan perasaan, mau je publish draft dalam ni. Tapi tak syiok la kan..ibarat orang nak makan nasi...kenala makan time tengah panas, bukan makan nasi semalam yang dah di panaskan!
Apa cite terbaru ni?
Banyak je cite terbaru :) yang gempar lagi mengemparkan pun ada. Semuanya akan di terbitkan satu persatu...tidak perlu rakus. Bukan takut terliwat..opppss!!! terlewat untuk memberitahu, tapi masa dan keadaan belum mengizinkan.
Dalam mengejar impian dan angan², hambatan kerjaya juga kian terasa. Rezeki dari ALLAH :) Hidup ibarat roda, mula² kita berada di bawah...lambat laun kita akan naik ke atas. Bila dah duduk kat atas, SYUKUR kena ada.
Jika di lihat masa yang berlalu, tidak sedar keadaan sudah banyak berubah. Kalu umur menjadi perhitungan, alamak sudah menjejaki penghujung 20-an. Aisey, orang kata life start at 40 kan? Ahahaha.
Menyusun impian dan angan² bererti kita sudah bersedia untuk menghadapi hari mendatang. Hidup penuh pancaroba. Dugaan dan ujian datang dari segala arah. Ketabahan menjadi kayu ukuran. Baca emel dari seorang teman, mengingatkan diri sendiri akan dugaan yang boleh datang tanpa diduga. Harap beliau tabah. Simpati bukan diukur dari wang ringgit. Simpati @ kesian di tunjukkan dengan keikhlasan hati. Berkongsi idea dan pandangan di harap dapat meringankan beban.
Sekadar meng 'update' kan diri.
Kita berjumpa lagi di lain rancangan.
21 July 2008
Program Affiliate
Program affiliate “Mentor Jutawan” ini adalah “program affiliate 2-tier”. 2-tier maksudnya, katalah anda, signup sebagai affiliate secara percuma. Anda akan mendapat link.
Contoh: www.xxxx.com/ID12345
Apabila anda letakkan link tersebut di laman web anda, atau dalam email kepada kenalan anda, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan anda membeli produk “Mentor Jutawan”, anda akan dapat komisyen. Ini dipanggil 1st-tier.
Sebagai tambahan, sekiranya pelawat/kenalan anda itu pula menyertai program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, mereka juga akan mendapat link.
Contoh www.xxxx.com/ID67890.
Apabila mereka letakkan link tersebut di laman web mereka, atau dalam email kepada kenalan mereka, sekiranya link tersebut di klik… dan pelawat/rakan mereka pula membeli produk “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat dapat komisyen sebagai 1st-tier. Tetapi, yang bestnya… anda juga akan mendapat komisyen sebagai 2nd-tier!
Ini baru goyang kaki dapat duit!
Oleh sebab konsep 2-tier ini, sebab itulah siapa yang menyertai awal dan mendapat ramai rakan mereka juga signup sebagai affiliate “Mentor Jutawan”, mereka akan mendapat untung extra!
Camana nak join?Senang je, korang hanya perlu mendaftar secara PERCUMA di [SINI]
p/s: untuk menambahkan lagi 'power', apa kata beli e-book 'Mentor Jutawan tu sekali :)
E-book: MENTOR JUTAWAN by Irfan Khairi

Penah dengar nama Irfan Khairi? Kalu ada yang tak tahu memang korang jarang tengok internet la tu! Tak pun buke internet tengok menda lain hehehe…gurau jerk :p
Ok, Irfan khairi adalah JUTAWAN INTERNET MALAYSIA! Dia selalu muncul dalam rancangan bersama jutawan di tv (dari tv1 sampai ke astro!) dan radio! Ada sesapa tahu? Aisey…tak kan tak tahu beb. Irfan Khairi (IK) ni telah menjadi jutawan se awal umur 18 tahun!!! Hanya dengan menjual peta Malaysia! (Mak aii..jual peta pun boleh jadi kaya!!) Semuanya dengan internet!
Banyak rahsia internet yang kita tak tahu rupanya…
Apa yang aku nak rekomen dengan korang adalah E-Book “MENTOR JUTAWAN” yang dihasilkan sendiri oleh IK. Apa ada dalam e-book ni? Dalam e-book ni ada ‘RAHSIA’ dan ‘TIPS’ dari 8 orang ikon jutawan kat Malaysia!!! Korang tahu tak ni? Adesss. Antara nye ialah:
• Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor dan juga motivator!
• Azizi Ali, Jurulatih jutawan (buku dia yang glamor ‘Jutawan dari Planet Jupiter’
• Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap (jadi chef pun buleh kaya!)
• Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM) (sapa yang join MLM tapi tak kenal dia aku tak tau la nak cakap apa..)
• Billi Lim, Jutawan Berani Gagal (dare to fail!)
• Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
• Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
• Irfan Khairi, Jutawan Internet
Amacam? Aku yang baca e-book ni pun teruja sebab banyak tips dan pengalaman yang diorang bagi! Aku takdala nak cakap yang bila beli e-book ni korang akan jadi jutawan, tapi at least korang ada guide dan tips untuk expand bisnes korang!
Oh ya, BONUS, penah dengar tentang program affiliate? Program buat duit bagi orang malas! Korang hanya perlu register sebagai agen affiliate secara PERCUMA lepas tu promosi link korang! Dan bila ada sesapa yang membuat pembelian melalui link korang tu, korang akan dapat komisen! Mudah dan sesuai untuk korang yang malas cari orang @ jumpe orang. Just duduk ngadap computer jer dapat duit!
Panjang sangat ni aku taip, segala macam info tentang e-book dan program affiliate ni korang boleh dapat dari link kat bawah kat [SINI] klik je, bukan kena bayar pun :)
p/s: boleh di forwardkan ke rakan² yang lain (pun percuma dan tak kena bayar)
p/s: nak tau lebih lanjut tentang Irfan Khairi, boleh klik kat ruangan 'motivator', sebelah kanan dlm blog aku ni :)


