Showing posts with label Jem. Show all posts
Showing posts with label Jem. Show all posts

08 August 2008

Sesekali menekan minyak kete ...

Ampang ke Taman Melati, 1 jam.

Biar betul?

Jauh ke?Macam pegi Shah Alam patah balik je. Tapi tu la hakikatnya. Sekali lagi berbicara soal sikap dan moral! Topik yang glamer aku bawa untuk minggu ni.

Semalam KL hujan lebat. Lebat selebat-lebatnya. Sampai boleh basah kuyup. Helmet aku yang membe pinjam pun dah macam baju basah yang boleh diperah. Maybe dia jadikan helmet aku sebagai tempat tadah air kot. No wori beb, aku tak kisah. Nasib baik helmet cap appollo jer. Kalu helmet mahal mau aku suruh ko vacuum sampai kering!

Macam biasala KL ni. Asal hujan je, jalan jem. Asal jalam jem je, hujan! Bak irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan. Rutin kitorang malam tadi ialah bermain badminton kat Taman Melati. Aku pun macam biasala, lepas magrib sudah bersiap. Teman serumah sudah keluar dulu. Aku jalan kendian sebab menunggu dan mengambil membe. Bila membe dah sampai aku pun bergegasla ke sana. Sekali masuk jalan ampang, tengok jem semacam. Hujan masih renyai². Aku sangkut kat depan Kem Transit Tentera tu dekat 45 minit!

Jam dah kul 8.45 malam. Takpe sabar lagi. Maybe depan sana dah ok skit. Bila temgok jam dah kul 9.00 malam dan aku mash sangkut kat sana lagi, aku dah mula naik angin. Apahal pulak sampai tak gerak² ni?! Ada Ultraman tengah berlawan dengan raksaksa ke? Tak pun ada Kapal UFO jatuh tengah jalan.

Sampai trafic light aku tengok takda menda pun. Kat situ baru aku tau apa punca jem! Kereta dari sebelah kiri cuba masuk lane kanan! Kamonla! ko tak nak 'q' lepas tu nak pancung depan kereta orang plak! Kalu sebiji aku tak kisah sangat. Tapi kalu dah 10 biji, sorila. Aku pun nak cepat!

Jam dah kul 9.10 malam. Aku cakap dengan membe ni tak buleh jadi. Last² aku u-turn balik ala² filem holiwood. Nak masuk semula ke MRR2. Sekali sampai depan RISDA jalan pun jem!!! Mak aii! fly-over depan tu runtuh ke? Bila aku sampai tengok tak apa pun. Masuk je MRR2, jalan lenggang! Jadi kat mana jem nye? Nunn disana...ada satu eksiden sebelah kiri jalan. Tapi yang jem sampai 3 lane sekali nape? Laaaa...korang pakat bawak slow nak tengok eksiden tu nape? Nak amik nombor plat nak beli nombor ekor ke? Adusss!!

Sampai court badminton dah jam 9.30 malam! kitorang sewa dari kul 8.00 malam sampai kul 10.00 malam jerk. setakat main setengah jam peluh pun tak kuar!

Hairan bin ajaib. Kenapa mesti jem bila hujan? Kenapa korang mesti nak tengok sama eksiden tepi jalan tu? nak bantu silakan, bagi signal, sila ke tepi. Bukan turunkan tingkap sambil slow kan kereta korang sampai 20 km/j!

Sikap, sikap.... pemandu malaysia, memang pelik!

p/s: takda duit nak beli helikopter

16 May 2008

Ini ada satu cerita ... (Part I)

Lepas buat posting Part II haritu baru perasan takda pun posting Part I! aiyakk! sori lorr! gue tak perasan!

Bila cek balik inbox, rupanya Part I masih dalam draft! heheheh. Takpela...posting tu dah jadi sejarah. Aku buat posting baru. Ala, macam dalam omputih gak la kan. Diorang terus tayangkan citer yang dah climaks. Tak tau hujung pangkal. LEpas tu barula diorang buat yang awal² plak. Tu sume untuk promosi filem diorang. Supaya penonton akan terus mengikuti apa yang berlaku sebelumnya. Samala macam aku buat ni hehehehe.

Jem Oh Jem!

Bukan jem untuk dimakan dengan roti tau. NI jalan jem punya cerita! masih hangat untuk diperkatakan. Walaupun nampak remeh, tapi kalau kita semua alert kita boleh mengurangkan ke 'jem' an jalan raya. Tak percaya?

Semua orang tau kan, bila kita sampai simpang yang ada trafic light, kita akan berenti sebab masa tu lampu merah. So kita berenti.

Ok, kita bagi situasi la senang. Sampai lampu merah kita berenti. Kita pun free kan gear. Kalu auto kita neutralkan gear. Takut tersondol kereta BMW depan kita tuh.Depan kita ada dalam 10 kereta lagi. Tak lama lepas tu, lampu pun hijau. Kita pun masukkan gear satu...tapi still tak bergerak lagi. Lepas 2 minit, kita baru nak gerak dan lampu pun dah merah. Eh...apa cer? nak masuk gear 2 pun tak sempat!

Korang tau tak nape? Mengikut kajian dan pemandangan aku, kalu 10 kereta depan kita tuh semua freekan gear msa lampu merah, dan lepas tu semua masukkan gear 1 bila tiba lampu hijau, berapa banyak masa akan diambil oleh setiap kereta? contohnya, katala setiap kereta akan mengambil masa 5-10 saat untuk masukkan gear 1, kalu ada 10 kereta dah berapa saat? kalu 20 kereta dah berapa minit? lampu isyarat plak hanya beberapa saat jerkk. So bila tiba turn kita lampu dah merah balik! Adehhh

Solution dia senang jerk. Penyebab utama jalan jem ni ialah kereta yang berada di depan sekali dan kereta kedua yang mengikut dia. kalau korang tak percaya, korang tengok jela sendiri. ORang yang depan sepatutnya alert bila lampu dah hijau nih. Bukan lampu hijau dia masih terkebil-kebil tengok awek nak seberang jalan tu atau tengok ada mamat hensem yang ada atas moto sebelah kereta dia tu.

Kalu korang sampai simpang tu lampu dah merah, dan korang tau lampu isyarat tu memang cepat, apa kata korang trus maintain gear 1 jer sambil mainkan clutch tu. Sebabnya kalu korang free kan gear dan tetiba lampu tu trus tukar kaler hijau balik, mau amik masa nak masukkan gear 1 balik. Pulak tu tetiba kena gear sangkut ke apa ke, dah makan masa beb!

Kalu lampu isyarat tu ada number (yang ni lagi senang nak alert), bila lampu merah tu dah tinggal lagi 10 saat tu, sila masukkan gear 1 trus! bukan bila dah dekat 10 saat lampu hijau baru korang terhegeh² nak masukkan gear 1! Err bukan korang la...orang lain hehe. Contoh je.

Senang kan? Yang penting kita kembali kepada sikap kita sendiri. jangan nak nyusahkan orang lain kerana sikap anda! Pandu cermat, Jiwa Selamat.

p/s: bukan kaki kejar lampu hijau hehehe


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin